20111124

Briged Bakti di Hati (>_<)

بسم الله الرحمن الرحيم

" Sungguh bukan perhatian yang diperlukan melainkan kehadiran walaupun dalam diam "

Alhamdulillah segala puji-pujian untuk Allah S.W.T yang memiliki segala sesuatu apa yang ada di langit dan di bumi. Alhamdulillah masih punya rasa untuk menulis. (^_^) Nak meluah rasa menulis memori nie. Bagi yang anda yang sibuk atau mengharapkan benda bermakna dalam post nie ana mintak maaf kalau tiada dan jangan baca kalau tak sudi. Hehe. Sekadar pengalaman dulu...

Briged Bakti atau kami2 selalu sebut bb. Suatu pengalaman yang cukup menakjubkan bagi ana. Cukup banyak mengajar erti kehidupan bermasyarakat. Pelbagai ragam dan karenah yang entahkan pape. Pening nak bagi idea, bantuan, komitmen, sebab,alasan dan teguran. Dulu ana selalu biasakan senior2 bb dengan menggelarkan diri ana ini bdak kecik supaya mudah untuk ana masuk memahami keadaan mereka dan alhamdulillah berjaya walaupun hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku. Walau apa yang berlaku antara kita semua dahulu, namun ikatan persahabatan tetap ada insyaAllah. Mungkin jasad agak terpisah kini dengan pejabat dan senior2 dan adik2 bb di sekolah, tapi anda semua masih di hati. 

Teringat saat mula melangkah ke alam sukarelawan. Betapa hati ini tidak mahu menjejak ke kem jati diri itu walaupun sudah biasa dengan kem selama 3 tahun. Kenapa? Bukan ke jiwa ini jiwa kem, jiwa kawad kaki dan jiwa lasak an? Sebabnya ialah pergaulan. Biasalah bila bermasyarakat bercampur usia, perangai dan jantina. Banyak masalah sebenarnya dalam bb terutama ikhtilat. Jadi ana malas nak campur tangan tapi jauh di lubuk hati ada terdetik, "...kalau dah tahu kenapa tak cuba ubah? tahu kata saja, tindakan? atas angin je tahu...kata dai'e dulu kat sekolah kata muslim tapi tak jalankan amanah dengan orang lain...hak mereka nak mereka tuntut di padang mahsyar ke?..susah? sorang? lu pikirlah sendiri..haha..bak kata nabil..." ~kata2 sorang bdak kecik a.k.a tiflus soghir~

 Niat asal tidak mahu terlibat kecuali ada keperluan untuk menjaga batch ana jika ada yang menyertai. Tak mahu kejadian2 yang berlaku pada batch terdahulu yang menjadi sukarelawan ini berulang pada batch ana. Tak mahu dan tak mahu. Batch ana ialah sahabat2 ana walaupun di sekolah mereka ini membuat masalah dengan pihak disiplin sekolah tapi mereka masih punya hati dan potensi untuk Islam jadi mengapa ana harus biarkan. Ana harus jaga walaupun bersendirian berhempas pulas menjaga Islam dalam bb di sekolah dulu. 

Perangai ana yang serius memanjang dalam berfikiran dan tindakan serta pendiam sebab hanya tahu memerhati ana ubahkan menjadi sedo, tak berapa betul, berani bersuara dan ntah pape sampaikan ana sendiri pun rasa macamana nak berakhlak dengan betul ni. Yelah, bila dengan sahabat2 pimpinan sekolah dari badan disiplin,dakwah dan kaunseling takkan nak berakhlak ganas semacam...tapi takkanlah nak main ubah2 perangai, sekejap camnie sekejap camtue, penim eden...last2, ana fixkan perangai ana, jadilah diri ana yang sekarang ini. Bagi sahabat2 yang mengenali, mereka mungkin tertawa sendiri dengan gelagat ana yang ana sendiri tak tahu nak kata apa.

Teringat waktu itu, sahabat2 lain berjuang dalam badan dakwah, badan disiplin, badan kauseling tapi ana...badan beruniform. Melihat mereka berjuang bersama-sama mereka, membuat keputusan dan berfikir bagaimana bersama. Ana turut menyertai mendengar perbincangan mereka. Hanya bisa mendengar...tapi takdir yang menentukan segalanya ana untuk berada di jalan di medan yang ramai pendakwah lain tiada. Bila masuk, tawakkal jelah jawabnya, dah terlibat dah pun...

Berbalik pada bb. Habis alasan cari tak nak pergi kem jati diri yang sukarelawan bb punya kepada kakak senior bb ana sorang nie. Adoyai, dah putus idea lagipun ana nie tak pandai nak menipu. Terlalu jujur, perangai yang tak dapat nak ubah dari dulu. Namun, begitulah hakikatnya  tiba2 ana sudah berada di tempat kem sorang2 wakil sekolah ana. Minda bertanya, " amende kau buat kat sini nie? balik2...malu2..x kenal sape2 neh...nak balik..." Lima hari kem terasa kosong, dan asyik bertanya sahabat ssr dari SMKA Melor, " Apa yang saya buat di kem nie? X paham x paham " Mereka cuma tersenyum mungkin geli hati atau confius dengan soalan ana itu. 

Tapi hakikatnya itulah yang bermain di minda sepanjang kem tersebut. Tapi, alhamdulillah kata mereka kem tahun ana ni berbeza sebab kebanyakan yang datang pakai tudung agak labuh dan berbaju kurung. Ana beserta sahabat baik ssr, Alifah dan Thaqifah yang datang dengan t-shirt, seluar dan tudung labuh. Kami dah biasa dengan kod pakaian kem bb jadi kami plak yang rase janggal lihat peserta pakai baju kurung datang kem. Huhu.

Lepas tue, pemilihan jawatankuasa. Tetiba ana dah jadi bendahari ssr. Ok. Semacam je, tapi takde orang sebenarnya nak melibatkan diri dalam medan suka2relawan nie sebab terpaksa bagi komitmen yang benar2 berkualiti. Hasilnya, ana sekarang memang sesaat nak berhenti fikir pasal kerja tak boleh dan setiap benda dibuat dengan komitmen total. Semalam pening fikir macamana nak berhenti fikir pasal buat kerja nie...? Tolong2 seseorang tolong. Tapi, seterusnya, program mula batch ssr 2011 handle. Kalau ikut susunan asal ana bahagian disiplin. Yelah, mula2 senior ana nie manalah kenal ana lagipun ana niekan serius plus tudung labuh hitam memanjang. Tapi best jgk disiplin ana suka. Hoho. Tapi....tetiba pada malam program...

Takdir kata, enti awatif duk teknikal program. Hah???!!! Tolonglah faham amenda nie tetiba bagi biro paling penting dalam program bb kat ana. Dahla mula2 masuk, first program, ramai lagi senior lain tapi kenapa ana? Dahla ana berdua je dalam biro ni. Encik Muhammad Farhan Rosli. Senior yang paling banyak ajar ana erti manusia, paling buat masalah pada ana, paling ntah pape, tapi paling bijak dalam berkomunikasi, paling pandai hipokrit, paling pandai psiko orang lain dab sebagainya. Dahla lelaki, abenda neh.....nie mula2 dululah, sekarang dah biasa dah bekerja dengan muslimin.

Ya Allah, tuhanlah tahu apa yang dia buat pada ana dengan ssr batch ana. Macam2, pening ana nak kena bekerja dengan dia. Masalah pertama, kenapa tak makan semeja di KB Mall? Masalah kedua, laporan biro. Masalah ketiga, main2 dengan sahabat ana pasal benda2 cinta. Keempat, buat hal dengan adik2 bb ana d kem sekolah. Kelima, main2 dalam main2. Dan banyak lagilah pak cik nie sorang buat. Tapi, ana akhirnya ambil keputusan berbincang dengan dia. Kecek kiro org klantan panggil. Bosan dengan perangai dia sorang nie. Lepas tue, ana tak tahu atas sebab apa dia dah berubah sebab ana tinggalkan Malaysia selama dua minggu untuk umrah. Ana balik tetiba je dia dah berubah.  Berbeza dengan Farhan yang dulu. Kalau dulu ramai tak suka dan sokong sekarang ramai suka dan sokong. Bagus2. Tahniah buat en.Farhan.Nie baru sorang dari senior ana, tak masuk lagi berpuluh yang lain. Adoyai, macam2.

Tapi! 
Alhamdulillah kini, BBMCK berada di tangan yang betul dan benar. Tabik spring dri ana untuk senior Farhan. Anda mampu berubah dan mengubah. Banyak benda yang dia dah perbaharui dalam bb. Benda2 pasal pergaulan nie juga dia dah cuba take care. Dia yang suka main2 pasal bab2 pergaulan pun nampaknya ada kesedaran total. Berubah 270 darjah bagi ana. Dari yang tak kisah pasal Islam sekarang sentiasa bertindak berasaskan Islam. Bila penyelaras pun dah berubah maka yang lain pun nampak gayanya mula berubah sikit2. Tahniah2.

Bila begini, ana bajet nak tinggalkan bb sebab bagi ana tiada keperluan dah untuk ana kekal bersama mereka. Nampaknya dah boleh berubah sendiri ke arah lebih baik tanpa ana. Tapi, macamana nak tinggal selepas bertahun bersama Briged Bakti nie. Senior Asmawi plak asyik tanya dan membebel pada ssr lain pasal ana yang sejak kebelakangan nie tak hadir program bb,  katanya"watif, bila nak mai pejabat? Xse jupo a.wi ko?.." Maaflah a.wi bukan x nak pergi tapi tak dapat lagi nak pergi. Sedihlah plak bila dengar ayat menunggu a.wi tue. Tapi selama ana jadi ssr nie macam2 benda pelik yang ana buat. Mengajar kemahiran MKN 20, kawad kaki dengan main bowling pakai jubah. Satu2nya urusetia yang bercakap di depan pakai tudung labuh. Bergaduh dengan senior pasal gerak kerja. Turun dengan peserta dalam setiap slot. Orang lain makan ana tak makan. Orang lain berbual bersama seronok2 di dapur, ana di pejabat atau dalam ceramah bersama peserta. Buat benda yang orang lain tak buat. Itulah ana.

Cerita di sekolah lagilah...buat program bb lain dari yang lain. Ubah teras asas yang dahulu dipegang oleh kakak2 yang...tak tahu nak tulis apa. Bina asas adik2 perlahan-lahan walaupun tempias feedback yang diberikan begitu "sedap" sekali. Manislah sangat rasanya. Haha. Tapi, adik2, k.wtif sayang adik2 sebab adik2 sahabat2 k.wtif, adik2 penyambung generasi badan beruniform di maahad selepas k.wtif keluar. Buktikan kita, mereka yang aktif dengan badan beruniform ini berbeza dengan tanggapan biasa dari masyrakat maahad selalunya. Kita tidak berubah kerana suasana tapi kitalah yang mengubah dan membina suasana. Dan adik2...alhamdulillah dah berjaya walaupun setapak demi setapak. Tidak kisah yang penting tetap menuju redhaNya. K.wtif ada di belakang sentiasa menyokong dari jauh. (^_^) 3K hari ahad nanti kita jumpa ea.....insyaAllah!

Inilah serba sedikit memori lalu bersama Briged Bakti yang banyak berbakti pada ana tentang erti masyarakat generasi Malaysia kini. Banyak yang ana belajar dari sudut permasalahan remaja kini dan apa yang berlaku sebenarnya. Dulu sentiasa berada di sudut sisi pandangan yang berbeza. Tapi selepas berada di sudut pandangan mereka bersama mereka, ana nampak keseluruhan sudut dunia kini. Ana nampak kepincangan dakwah yang dibawa oleh diri sendiri dan yang lain. Terkadang terlalu rigid dalam berfikir dan bertindak. Terkadang terlupa untuk memahami. Ya, terlalu sangat berada di zon selesa hingga takut untuk terjun ke medan perjuangan sebenar. Takut untuk bersuara pada yang sebenar pada situasi yang sepatutnya. Tapi, tidak mengapa, belajarlah dari yang lalu samada baik atau buruk.

Kata2 bermakna buat semua jundullah. Sama2 hayati
Sahabat, bumi kita bumi payah,
Peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila aku menjejak tapak ke serpihan kaca,
Peganglah tanganku, kita beriringan sebagai pejuang...
Bila aku katakan padamu, "perjuangan ini pahit"
Kau sahutlah kembali bahawa, "syurga itu manis"
~waallahu'alam~



20111113

~gAmbAr yAng bErcErIta~ (n_n) siri 1...

بسم الله الرحمن الرحيم

" Tidak perlu melihat baru mengetahui kerana terkadang yang buta lebih memahami,
 tidak perlu mendengar baru memahami kerana terkadang yang tuli lebih mengetahui,
 tidak perlu berkata-kata untuk mengetahui kerana terkadang yang bisu lebih memahami, 
hanya perlu hati yang punya iman untuk mengerti..."








~ misi jelajah gambar selesai...dapat input alhamdulillah...errk...kalau x dapat tue berdoalah banyak2 biar Allah cerahkan akal dan hati, kalau dah gelap sangat sampaikan x boleh nak cerahkan, mintalah dari Allah hati yang baru, moga2 dapat bentukkannya dengan lebih baik,~
~Waallahu'alam~
(^_~)

Larilah ke mana, Takdir tetap ada (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

" Bukan soal bagaimana takdir itu hadir
 tapi soal bagaimana kita menghadapi takdir itu "

Segala pujian bagi Allah apa yang terbentang di angkasa dan yang terserak di dunia. Moga-moga kita sentiasa dipayungi rahmat dan belas kasihanNya. Moga hari-hari mendatang terus ceria walaupun mungkin disulam dengan masam pahit masin manisnya hidup. Biasalah kehidupan mana ada kekal rata. Jalanraya pun terkadang ada beloknya, bonggolnya. Maka samalah dengan keadaan kita sehari-hari~

Seringkali kita menyoalkan kenapa begini dan begitu hidup kita. Sentisa saja kita persoalkan kenapa ini dan itu yang terjadi. Selalu saja kita soal kenapa dan kenapa. Tapi akhirnya tiada jawapan lain melainkan ianya takdir. Lantas adakah takdir itu sekadar takdir sahaja? Tidak~ 

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan menciptakan sesuatu dengan main-main melainkan ada hikmahnya. Hikmah harus dicari dan diteliti dengan mata hati bukan sekadar menunggu ia hadir tanpa membawa sebarang erti pada diri kita~

Maha Suci Allah yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi lalu dia menetapkan takdir yang terbaik buat hamba2nya yang disayangi dan dicintaiNya walaupun sering dibalas kecintaan dan rahmatNya itu dengan dosa dan maksiat serta kerosakan yang saban hari bertambah yang dipilih hamba2Nya untuk dilakukan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu. Golongan di mana yang melakukan kerosakan tanpa kesedaran~


وَإِذَا قِيْلَ لَهُمْ لَآ تُفْسِدُوْا فِى اْلْأَرْضِ قَالُوْا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُوْنَ (11) أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ المُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُوْنَ (12) وَإِذَا قِيْلَ لَهُمْ ءَامَنُوْا كَمَا ءَامَنَ النَاسُ قَالُوْا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ . أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُوْنَ (13
“Dan bila dikatakan kepada mereka, ’Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi.’ Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami  adalah orang-orang yang mengadakan perbaikan.”(11) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tisak sadar.”(12) “Apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu, sebagaimana orang lain telah beriman’. Mereka menjawab, ‘Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman.’ Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”(13).
~Al-Baqarah, ayat 11-13~

Bila ana menyingkap kembali apa yang berlaku dalam hidup ini walaupun baru merangkak dalam memahami erti apa itu dunia apa itu ini dan apa itu itu. Hehe. SubhaanAllah sungguh indah percaturanNya. Allahuakbar, begitu sekali tarbiyyah darinya buat diri ini dan semua yang wujud di dunia ini.  Setiap satu takdir itu hadir selepas satu takdir yang lain. Semuanya hadir dengan peringkat demi peringkat. Sugguh indah dan halus susunan Allah dalam meletakkan takdir hidup kita~

Setelah bermuhasabah beberapa hari, banyak yang ana perasan dan nampak jelas perkaitan tentang apa yang terjadi dulu dengan apa yang terjadi kini. Siapa yang ana ketemu dulu dengan siapa yang ana ketemu kini. Mengapa berlaku begitu dulu dan mengapa berlaku begini kini. Apa yang dirasa dulu dengan apa yang dirasa kini. Setiap satu-satu itu punya sebab dan hikmahnya tersendiri. Sungguh Allah itu Maha Agung dan Kaya dengan ilmuNya~

Takdir bukan untuk difikir bagaimana tapi takdir untuk kita hadapi sebagai jalan menujuNya. Sesungguhnya Allah telah menyiapkan bagi kita pilihan2 takdir tetapi terpulang kepada kita untuk memilih yang mana satu. Kalau program kita ada pelan a,b dan c maka Allah juga begitu, walaupun kita pilih takdir yang tidak sesuai dengan kita tetapi masih ada pelan lain yang disiapkanNya dalam takdir yang kita salah pilih itu. Maka? Bersyukurlah. Sesungguhnya maqam syukur itu lebih tinggi dari sabar. Jadi banyakkan bersyukur selain bersabar~

Alhamdulillah kita masih punya akal dan hati. Jadi, apa lagi, gunakanlah nikmat-nikmat itu dengan sebaiknya. Lihatlah dari segenap sudut, bukan pahit yang ketemu tapi manis yang dirasa. Allah punya segala kuasa dan kita hanya sebagai hamba maka terimalah dengan redha, fahamilah tarbiyyahNya dan hayatilah kasih sayangNya. Sama-sama rasakan kehadiranNya dalam setiap saat nafas kita. Rasakan nikmat bahagia itu.
~ Wallahu'alam ~
(^_~)

20111104

Kualiti atau Kuantiti?

بسم الله الرحمن الرحيم

"untuk melakukan kebaikan itu mudah tapi untuk kekal dalam kebaikan itu payah"

Satu ayat yang cukup ana suka. Ya, cukup mudah untuk kita lakukan sesuatu tetapi untuk mengekalkan momentumnya tidak semudah yang disangkakan, diperlukan mujahadah dan semangat yang kental agar  tindakan yang benar dapat terus kekal. Tapi tidak bisa bukan untuk kekal benar selamanya? Umpama juga dengan manusia, cukup mudah untuk membentuk manusia menjadi baik tetapi ingin mengekalkan manusia itu dalam keadaan baik itu cukup payah, sebab itu dapat kita lihat, mereka yang kenal hakikat daie itu cukup ramai tapi berapa ramai yang masih kekal dalam memahami hakikat itu? Terkadang ana dan sahabat2 yang lain tercukup penat, kuantiti mereka cukup ramai tapi kualiti mereka? Kami sendiri tidak pasti, masakan kami pasti dengan kualiti yang lain sedangkan kualiti diri kami sendiri entah berada di tahap mana. Ke sekolah lihat kuantiti adik2 di bawah jagaan kami, gulp, ana terkesima dengan mengetahui jumlah mereka dari b0s sahabat kami yang tersayang, Aina, beliau tersenyum jep...terus soalan antara kualiti dan kuantiti datang menerjah minda dan hati ini. Sedar ke tidak sahabat2 nie? hurmmm...satu bebanan yang ditempah bagi pandangan ana. Tapi yang penting, usah lihat yang dah berlaku harus terus fokus tentang masa depan. Yup, harus bersedia dengan masa depan yang entahkan di mana dan bagaimana. Adik2 dan sahabat2 j0m serang diri masing2 demi Islam, masa untuk berubah demi masa depan Islam. Pesan guru, biar berperingkat dan berprinsip, jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu mundur, bersederhanalah. 
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka (musuh Allah) dengan kekuatan yang kamu miliki. (Al-Anfal:60)

20111009

kAtA-kAtA ItU...(^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sungguh, kamu pasti akan diuji dengan kata-katamu itu"

 Malam semalam ana hadir ke forum lau kana bainana di kampus. Subhaanallah, ramai jugak orang yang hadir sampaikan ramai yang duduk di atas tangga dan depan stage serta tepi-tepi stage demi mengikuti majlis ilmu ini. Sungguh banyak input dan kesedaran yang kami perolehi walaupun pusingan bual bicaranya hanyalah dua kali sahaja. Penuh hikmah penyampaian para panel tapi ana tak dapat nak fokus dengan sepenuhnya sebab tengah kalut uruskan sahabat2 yang nak datang tapi bas tiada. Cuba berhubung dengan mpp kemudian disuruh tanya pengarah program, lepas tanya pengarah katanya maaf bas tiada dik. Kesian sahabat2 di kediaman menunggu-nunggu. Takpe2 esok ana ganti dgn diskusi rentetan lau kana bainana ea semua, jangan tak hadir pula. Tapi apa yang pasti, lepas keadaan di kediaman agak sedikit reda, ana tumpukan pada diskusi tersebut yang sudah pun berada di pusingan kedua. Kata-kata yang cukup menarik perhatian ana ialah

 " JANGAN BICARA TENTANG CINTA KEPADA RASULULLAH KALAU KITA TAK KENAL RASULULLAH."
 dan
 "JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN KALAU SIRAH RASULULLAH KITA KHATAM"


Hoho...ana suka, cukup suka dan teramat cukup suka terutama ayat yang kedua tersebut. Kepala ayat tersebut sebijik sama dengan tajuk entri post ana sebelum ini iaitu jangan bicara soal cinta andai diri belum cinta padaNya. Akhirnya, ada juga insan yang berfikiran lebih kurang sama dengan ana. Terasa diri tiba-tiba terbela saat semua sepi tanpa sebarang kata-kata tentang ayat jangan bicara soal cinta andai diri belum cinta padaNya. Tapi, apa yang pasti, ayat yang disebutkan oleh panel tersebut terkesan pada diri ini, jangan bicara soal perjuangan seolah-olah kita tahu dan mahir dan berlagak sedangkan sirah perjuangan Rasulullah kita tidak tahu dan ingat lagi. 

Oleh itu sahabat, ayuh islahkan diri dengan mendekatkan diri kepadaNya dengan mendalami sirah kekasihNya. Jom cintai nabi Muhammad S.A.W lebih dari segalanya kerana Allah cinta padanya. Apa yang Allah suka dan sayang dan cinta maka kita harus juga suka dan sayang dan cinta kerana kita hidup untuk dan keranaNya, Allah Tuhan Yang Satu tiada dua dan tiga...(^_^)






20111008

BuaT KaLi TeRaKHiRNYa...BoLeH?

بسم الله الرحمن الرهيم

"sesungguhnya dunia itu tiadalah selain sekadar tempat persinggahan si musafir"

Buat kali terakhir...kali terakhir untuk benda dunia...boleh? Cubalah ea si tiflus soghir. Hoho...Teringat hari Jumaat beberapa minggu yang lalu di mana ana hadir ke majlis Battle Of The Bands, ala-ala konsertlah sikit, lewatlah jugak habisnya. Dalam nak habis event nie ditambah dengan rasa mengantuk dan bosan mungkin, tiba-tiba ada suara yang menyapa qalbu ini...katanya, " Ooo,,,kalau hiburan sampai lewat tidur pun sanggup stay up ea...tapi kalau blajar cepat je nak tidur awal, berdosanya kamu nie, hinanya kamu nie, macamane boleh jadi pimpinan jadi dai'e nie kalau akhlak begini dan hati sukakan benda-benda begini, haiii parah nie padahal hati yang sudah ditarbiyah nie...hemmm"...

Tersenyum dan tertawa sendiri mendengar kata hati ini. Ngeh3. Ha 'ah...betul jugak. Sudah cukup rasanya diri ini terlalai dan terhanyut dengan dunia ini, mungkin program ini event terakhir yang ana tunggu sampai habis kot. Lepas2 nie kalau ada event berbentuk hiburan insyaAllah ana tak pergi  melainkan ada keperluan untuk ana hadir.

Jadi dunia, ana ucapkan selamat tinggal untuk selamanya. Tenangnya hidup bila segala sesuatu dibuat, ditutur, dihayati, didalami dan dilakukan dengan kita sandarkan pada Allah S.W.T. Saidina Ali r.a  ada berkata, "Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak TIGA. Umurmu pendek, penghisabanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Oh, betapa sedikit bekalku. Betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku!" Bye2 dunia. Indahnya hidup ini bila hidup bersama Tuhan Sekalian Alam, jOm! (^_~)

20111005

BuaT PeRTaMa KaLiNYa...ITHAR kutemu(^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
" Man lam yahtim min amril muslimin falaisa minhum"

Ya, buat kali pertamanya, buat julung kalinya, ana rasakan bantuan dari seorang manusia yang mana sanggup meletakkan kesenangan diri di tepi demi kebaikan orang lain. Entah apa yang dilihat orang lain tentang diri ana ini tapi yang pasti ana tidaklah seperti yang disangkakan. Mungkin tidak berani atau apa dengan ana menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian rupa. Mungkin mereka sangka ana tidak tahu apa yang bermain di minda mereka saat berhadapan dengan diri ini yang hina. Sememangnya ana tidak tahu tapi dapat diteka dari gerak-geri dan tindak-tanduk mereka. Lalu? Ana diamkan saja terus saja melayari hidup di USIM ini dengan sikap sahabat2 ana yang baru ini. Tapi, ana jumpa sikap ini melalui seseorang yang baru ana kenal, dia mengamalkannya lebih dari orang yang mengaku sahabat ana. Ingatkan dah pupus tapi masih ada lagi, alhamdulillah, moga sikap ini ada dan terus tumbuh serta subur dalam masyarakat yang makin gersang sikap. Itulah ITHAR!




Al-kisahnya cukup ringkas,pada malam hari tersebut ana sepatutnya ada kuliah. Lalu, ana dan sahabat ambil keputusan untuk stay di kampus. Sedang khusyuk bermastautin di library bersama telefon ana yang dah k.o, tanpa sedar kuliah diBATALkan. Tapi nasib baik phone kawan ana sorang nie masih lagi hidup. Dapatlah tahu jugak walaupun agak lewat melalui seorang sahabat lain yang mengatakan kelas batal. Bergegas turun dari library, nun jauh dari atas bukit library nie, kelihatan bas meninggalkan kami. Lalala...habis...jalanlah turun menuju ke fakulti, xpelah solat dululah. Selepas solat, sahabat yang dah balik cakap bas balik kediaman ada pukul 10 malam nanti. Haaaah??? Owkep, biasa je tue...sudah gaharu cendana pula sudah tahu menunggu juga, inilah yang dilakukan ana dan kawan ana. Dah tahu bas balik kediaman xde tapi kami tunggu juga lepas solat tue. Dua tiga empat lima bas lalu di hadapan kami memberi harapan semata tapi seperti yang diketahui bas ke kediaman hanyalah pukul 10 nanti. 


Tapi, tiba2, macam bas kediaman tue...aha! betullah...lalu naiklah kami dengan bahagianya...ramailah jugak dengan ana masa tue, satu bas penuh. Ana naiklah lambat sikit, ooiiit...sape tue? macam kenal je...dua orang sahabat sedang duduk di  kerusi sebelum last. Ana buat bodoh aje sebab ingatkan tertinggal jugak tapi tiba2 ana perasan yang dua2 pakai kain pelikat. Apa kes dua orang nie pakai kain pelikat kat kampus. Jangan kata dari kediaman datang sini balik..dia nampak ana lalu berlakulah perbualan...


Dia: phone mati ek?
Ana: ho, bkpo? atar mesej ko?
Dia: teponlaa...
Ana: nok wak gano bateri abih tue gak...
Dia: tahu x bkpo klas batal?
Ana: dop, bkpo2?
Dia: ada konfius sket, gano tahu, silap kok mano, dewan tue senior guna untuk koko...
Ana: ooo...


Sekian, tamatlah cerita ringkas ini. Ana habiskan nuget ana dan dia sambung sembang dengan sahabatnya sampailah ke kediaman...Siapa yang kenal siapa kawan ana ni pasti tahu perangai entah pape dia neh dan kami yang kenal nie pun dah terima dah perangainya yang agak bermasalah tersebut. Dia bukanlah seorang yang alim bukan jua seorang yang handsome bukan jua seorang yang soleh dan bukan dan bukan kerana dia seorang yang agak bukan2. Tapi, ana cukup respect padanya kerana bagi ana dia memiliki sifat ithar yang cukup pure atau tulen. Kenapa ana katakan dia punya ithar yang tulen? Jika ingin difikirkan secara logiknya, boleh je dia pesan kat pak cik bas suruh datang ambil kami yang tertinggal di kampus ni. Yelah, semua yang tertinggal ni semua perempuan. Dahlah tue datang dengan pakai kain pelikat, datang plak dua orang, nampak sangat rushing lepas solat maghrib tadi. Habis 45 minit masanya semata datang ambil kami nie. Mungkin dia ingat ana tertinggal sorang2 kot sebab tak dapat contact ana. Terfikir, agak2 kalau tak nampak ana naik bas tue dia turun cari satu kampus tak? Haa...rajin betul kalau dia buat. Apapun terima kasih ea...susah2 datang ambil kami. Tapi ibrah yang ana dapat dari kisah ringkas ini ialah ithar yang dimilikinya. Bayangkan sanggup seorang kawan dengan kain pelikat datang naik bas dari kediaman yang jauh ke kampus semula semata mencari kawannya yang tertinggal di kampus. Subhaanallah, cukup itharnya. Dan adalah dua tiga peristiwa lagi yang ana lihat memang cukup peduli dirinya tentang kondisi rakan2 barunya di USIM ini. Cukup berbeza dari orang yang ana kenali dan dari ketua kuliah yang lain. 



Sebenarnya, agak lama ana menunggu sikap ini muncul dalam kalangan generasi ana, tapi semuanya hanya separuh jalan dalam membantu dan mendahulukan sahabat2 mereka. Ada yang berkata, "kalau nak tolong orang pun jangan sampai menyusahkan diri" dan sebagainyalah. Bagi ana pandangan ini agak kurang relevan. Seperti yang kita sering dengar tentang kisah para sahabat di zaman Rasulullah yang sanggup mendahulukan sahabat mereka walaupun mereka perlu mati. Terlalu banyak jika ana ingin coretkan di sini. Tapi sebagai contohnya kisah Akramah bersama 2 orang sahabatnya yang mati syahid kerana mendahulukan sahabat mereka yang memerlukan air padahal mereka juga sedang nazak dan memerlukannya, selain itu, tentang peristiwa berlakunya Bai'ah Al-Ridhwan yang berlaku kerana mendengar khabar angin tentang Uthman Bin Affan yang mati dibunuh lalu para sahabat membuat perjanjian untuk membalas dendam andai benar berita yang mereka tahu ini...mereka sanggup mati bersama jika sahabat mereka dibunuh.


Dapat kita lihat dari dua contoh yang dibawa ini, bahawa sahabat2 di zaman Rasulullah dahulu ialah mereka yang begitu kental dan yakin terhadap agama Allah tanpa perlu kisah tentang nyawa mereka selagimana perbuatan yang dilakukan berlandaskan syariat. MEREKA BERSAHABAT KERANA ALLAH. Di sinilah kuncinya, apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah kita tidak akan pernah kisah lagi tentang diri sendiri kerana kita yakin Allah itu ada dan ada ganjaranNya di sebalik usaha yang kita lakukan untuk kebaikan orang lain dalam bersama menuju Allah. Ingat, boleh jika ingin lakukan, fikirkan atau apa sahaja berseorangan tapi ingat masuk syurga nantipun nak berseorangan jugakah?  Atau silap haribulan kita yang berseorangan itu pun ditarik ke neraka juga kerana tidak mempedulikan orang lain dalam kebajikan menuju Allah. Mahukah? Hidup kita tidak dapat tidak akan berkaitan dengan orang lain jua. Hidup di dunia bersama orang lain jua, belajar di sekolah bersama orang lain juga, bahkan berkahwin pun dengan orang lain juga mana ada kahwin sorang dirikan? Mati je sorang2, tapi ketika dihisab berat ringan pahala dan dosa nanti tetap berkait dengan orang lain juga. Jadi, masih tidak ingin percayakah yang hidup ini perlu memikirkan tentang orang lain dalam membawa mereka  bersama-sama dalam mempraktikkan Islam yang sebenar? Ingin nafi? Fikirlah sendiri~

Sekadar ingatan terutama buat mereka yang mempunyai sifat EGO terutama muslimin (maaf jika terasa tetapi hakikat bukan?)...Ingatlah, egolah dengan manusia egolah dengan Allah dengan melakukan semua benda dengan sendiri untuk diri sendiri tapi tunggulah saat Allah ego dengan anda...sama2 kita menjauhi sifat ego ini. Banyak padahnya....tukarkan dengan ithar...tak perlu bermula dengan perkara yang besar dan jauh perjalanannya kerana perjalanan kita hanya singkat. Mulakan dengan perkara kecil sesungguhnya itu lebih baik kerana perkara yang besar dari perkara yang kecil. Dewasanya manusia dari kecilnya bayi...sedikit tetapi istiqamah, itu yang lebih nabi Muhammad S.A.W suka dan lebih afdhal untuk diamalkan dalam hidup ini...jOm beramal dengan berterusan(^_~)waallahu'alam...

20110920

SaLaM JiHaD~

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,,,jari ini terus meniti di keyboard ini~


Salam jihad...menusuk ke al-lub hati ini, kata2 itu walaupun hanya dua perkataan cukup beerti dalam diri ini. Sesuatu yang kurasakan rindu mendengarnya dari bibir sahabat2ku. Cukup bermakna, cukup bagi diri ini untuk terus meneruskan perjuangan, cukup untuk kaki ini melangkah d bumi nyata, cukup bagi jiwa ini untuk terus kuatkan tapak tarbiah yang disulam seniOr2 dahulu, salam jihad buat semua (^_^)

20110906

Ikhlas dariku,,,,Akhil Hayy (^_~)

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

MaNuSia BukAn PLaSTiCiNe....(^_~)

Bismillahirrahmanirrahim...mOga2 dapat kita teruskan menyebutnya dalam melakukan setiap perbuatan kita setiap hari dalam kehidupan kita...ameen~


Ya, manusia bukan plasticine. Itulah hakikatnya wahai diri. Ya, bukan mudah membentuk manusia tidak semudah membentuk plasticine mengikut rasa yang kita mahu tapi yakinlah manusia itu akan terbentuk jua mengikut harapanmu pada mereka tetapi bukan mengikut acuanmu tetapi acuan tuhanmu. Dirimu hanya sekadar perantaraNya dalam membentuk hamba2Nya. Teruskan saja menjalankan tugasanmu whai khalifah kecil dalam membentuk ummat Muhammad menjadi ummat yang terhebat. Tergalas tanggungjawab itu di bahumu kerana itu janjimu dahulu di alam roh, lalu jangan pernah mungkir. Kamu kecil? Tidak apa belajarlah perlahan-lahan, aku kekuatanmu, aku adalah dirimu. 


Mereka tidak mengerti, tidak mengapa kerana mereka tidak tahu barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Mereka tidak menerima, tidak mengapa kerana mereka tidak menyedari barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Mereka tidak mengendahkan, tidak mengapa kerana mereka terlupa barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Teruskan saja dalam  menebarkan sayap semangatmu kepada mereka dari dekat atau jauh. Teruskan saja melemparkan senyumanmu kepada mereka dari depan mahupun belakang mereka. Teruskan doa di hatimu kepada mereka dalam cerahnya siang dan gelapnya malam. Teruskan saja berbicara bersama mereka dalam suara terzahir ataupun diamnya hati. Teruskan saja berjuang dalam membentuk mereka dalam membentuk dirimu jua dalam sama2 menuju syurgaNya. Boleh wahai si tiflus soghir? (^_~) 


Sesungguhnya tuhanmu pernah berpesan kepada kekasihNya, Muhammad S.A.W bahawa, "Janganlah kamu gantungkan hatimu pada dunia kerana dunia tiada apa2 dan janganlah kamu berharap kepada manusia kerana sesungguhnya mereka tidak mempunyai kuasa walaupun sedikit" Lalu, ayuh! (^_~)

20110726

Ramadhan Kareem (^_^)

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Karim
Ana menunggu bersama jihad yang baru,,,m0ga terus kukuh dalam al-lub diri ini...(^_^)

20110713

Tanpa Sedar...(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim....terus2 ceria...hehe~


Subhanallah...tanpa sedar rupenye...
h0h0h0...yup, tanpa sedar......

tanpa sedar ana dah 3 tahun menulis dalam blog...

tanpa sedar juga ana daa masuk universiti awal stahun dari yang lain ~memang patut kalau pengajian susah..ngeh3, baru sedar terrr~

tanpa sedar juga ana bukan lagi harus berada dalam mode menerima tetapi perlu berada dalam mode menggerakkan ~patutlaa lambat dari org lain...tuelaa suke berangan ngat,hahaha~

tanpa sedar semua sahabat2 daa jauh membesar jiwa mereka dari ana ~ memang slow skit ana neh, hihi~


tanpa sedar roh ini terlalu jauh dari diri ini ~patutlaa hati terkontang-kanting mencari x jumpe rupenyer roh sendiri xprasan,ngeh3~


tanpa sedar ana daa besar rupenyer...~ h0h0,rase macam bdak kecik lg dan ana mengaku ana masih lg bdak kecik sbb masih lg belajar erti hidup dan dakwah Islam~


tanpa sedar hidup ini biasa aja rupenyer yang menjadikannya luar biasa ialah apabila kita mencintai Allah ~ da most sweetest part ever in my life always forever insyaallah~


tanpa sedar ana min man yuridillahu bihi khairan, insyaallah ~ baru sedar,masyaallah3, dasyat t0l~



 


teruskan sedar ya tiflus soghir fiddunia...masih jauh lagi perjalananmu wahai si hamba kecil...(^_^)

20110711

Dalam Berlari...



Dalam ana berlari,
ana terdiam sendiri,

entah apa yg dikejar,
entah apa yg terlepas,
ana sendiri tidak pasti,
tapi yang pasti ana terus berlari...


Dalam ana berlari,
ana terpaku sendiri,
entah apa yang dapat,
entah apa yang hilang,
ana sendiri tidak pasti,
apa yang pasti ana terus saja berlari...


Dalam ana berlari,
ana termenung sendiri,
entah apa yang dibawa,
entah apa yang tertinggal,
ana sendiri tidak pasti,
tapi ana tetap berlari....
Terus saja ana berlari walaupun kaki ini ingin berhenti...nafas ini ingin diperlahan...fikiran ini ingin berehat...organ2 ingin berentak biasa....dan sel2 ingin bergerak semacam bakteria....Hiraukan hati semua rasa itu kerana perjalanan yang harus ditempuh masih lagi jauh....


Kaki...baru berlari bukan berkawad 24 jam. Nafas...baru bernafas bukan sesak nafas. Fikiran....baru fokus bekerja bukan tersumbat terblok dek darah beku. Organ...baru best sebab kena nerentak dengan hebat dan cepat. Sel....biasalaa nak kena lawan virus yang hebat mesti pantas dalam bertindak....

dan....kamo0o...jangan terlalu perlahan ditelan perasaan...ayuh bangkit ubah fantasi jadi realiti...lupakan apa yang tidak patut difikirkan sekarang ini...hayya2...tinggalkan apa yang xde kaitan...bubai,,,aslmkum...ngeee(^_^)

20110614

aLWaYS eNouGH (^_^)

    With the name of Allah The Most Gracious nd The Most Merciful...
                                      Tazkir wa tazkir ya 'Awatif...
                                        La tansaa wa la tahzan...
                                       Just keep trying and trying...
                                   Just keep fighting and facing...
                                   Allah is enough for all things...


                             So just keep moving and smiling(^_^)

20110514

Terus Berlari (^_-)

Assalamua'laikum w.b.t,,,
Bismillahirahmanirrahim...

Hihihi...hehehe...hahaha..hohoho...huhuhu...
Tiada kata yg terungkap dari bibir nie.
Melainkan hanya senyuman pahit.
Beserta hati yg dihimpit.
Ujian? emmmm....

Apa2 pon ana x kisah. Apa yg penting dan perlu ana lakukan ialah terus berlari agar hidup ini beerti dan jangan berhenti terpaku pada pemandangan yg indah sepanjang perjalanan hidup ini kerana tidak berbaloi jika ingin dibandingkan dengan matlamat hakiki yg mahu ana gapai.

Ana hanya manusia biasa bknnya dewa jadi apa perlu takut untuk jatuh. Jatuh bangun lg. Selagi nyawa x dicabut selagi itu ana perlu teruskan hidup...

Masa
Detik
Waktu

Sabar. Yakin dan pasti ia akan berlalu ibarat daun yg terbang ditup angin singgah sebentar di sisi ini. Sekejap lg pasti angin kembali membawanya pergi jauh dari diri ini. Bye2 daun. Daaaa.....(=_=)

Hakikat, perlu ke ana rasa?
Lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala.....

Lari dan teruskan larian itu jangan terpaku terlalu lama padanya.
http://www.youtube.com/watch?v=EzT-RSINtBo&playnext=1&list=PL7BC13289C0629500

20110502

Kisah Kita Sama Saja (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamua'laikum w.b.t ,,,,,(^_^)
Waaahhh,,,lama sudah tinggalkan blog nie,,,

Ya sebagai seorang yang baru mengenal dunia luar selain dulu dari pagi hingga petang hanya berada di sekolah, ana terus menerus meneroka dunia baru ini, dunia yang penuh dengan program,,, hehe~

Dalam menjalani setiap program, banyak yang ana pelajari, banyak yang ana ketemui dan banyak yang ana terokai. Dan yang paling menarik ialah banyak jiwa yang ana hayati. Masing2 mereka dengan kisah hidup mereka yang tersendiri. Masing2 dengan karenah mereka tersendiri. Tapi ada sesuatu yang ana tersentak sendiri, yang ana baru sedari.....

Rupa2nya kisah kita semua dalam menjalani hidup ini sama saja. Masalah dasar dan kisah sebenarnya hanya sama cuma berbeza dari cara kita hadapinya, berbeza cara kita luahkan dan berbeza orang2 yang berkaitan dengan kisah tersebut. Jika kita hayati dengan mata hati kita, apa yang berlaku kepada kita berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku kepada orang lain juga.

Ingatlah jika kita serabut dengan bebanan kerja, ada juga manusia lain di penjuru bumi ini yang menghadapinya. Jika kita menghadapi konflik hidup maka ada insan lain di bumi ini yang menghadapinya. Jika kita menghadapi kesunyian maka ada orang lain juga yang menghadapinya. Setiap masa sepanjang zaman di setiap tempat, berjuta manusia di bumi ini rupa2nya berkongsi cerita dan kisah hidup yang sama pada objektifnya cuma yang berbeza ialah kita bukan orang yang sama. Unik bukan? Inilah salah satu keajaiban yang Allah ciptakan. Subhanaallah,,Maha Suci Allah Tuhan Yang Memiliki Segala Sesuatu, Yang Mentaqdirkan Segalanya Berlaku.



Oleh itu, setiap kali kita bersedih ingatlah ada insan lain juga yang bersedih dan mungkin saja lebih sedih dari kita. Saat kita merasa kehilangan sesuatu ingatlah ada juga insan lain yang merasainya. Saat kita merasa kesunyian seorang diri menghadapi dunia ini, ingatlah ada juga insan yang merasa begitu.





Apa2 pun teruskan hidup anda semua dengan cara anda sendiri,,sesungguhnya anda lebih mengenali dan memahami apa yang anda mahu dan perlu. Semoga kita semua rasional dan ceria dalam setiap langkah yang bakal diambil. Paling2 pun sampai satu tahap anda tidak tahu buat apa2, senyumlah x perlu kata2, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban di minda insyaAllah! Ayuh semua jangan berduka terhadap dunia,,,ceria dan teruskan ceria.....(^_~)