20120606

dOsA yAng mEmbAwA kE syUrgA (>_<)

بسم الله الرحمن الرحيم

" dosa ini moga ada manfaatnya"




Sekilas membaca, rasa tak kena, sebab tue orang kata jangan hukum buku melalui muka depannya. Terlupa di artikel mana dijumpai tentang tajuk dan soal ini tapi hati tertarik untuk membacanya. Dan akhirnya ana terlupa apa bicara dalamnya tapi yang pasti ana mengerti akan maksud dosa yang membawa ke syurga itu.


Terkadang manusia suka menghukum sedangkan Yang Maha Menghukum itu ada, terlupa? Kata Ustaz Ebit, manusia bukan lupa tapi tidak mahu mengingat, eah, i guess it is true. For the first time we read,write or do something, sometimes first thinking that goes by is, i do not want to remember but if we say different, you'll see the magic, you can remember it actually if you want to...terspeaking...la baksa, apa yang dibelajar perlu dipraktik, eheh. Kembali ke alam post ini.




Banyak kisah yang sering kita dengar dari zaman anbiya', zaman sahabat, zaman tabi'in dan sampailah zaman sekarang di mana manusia melakukan dosa tapi terkadang kita terlupa atau sengaja menutup mata hati kita tentang hakikat bahawa dosa juga punya kelebihannya. Subhanallah, Maha Suci Allah Pencipta Langit dan bumi serta isi antara keduanya.


Apakah? Kita terkadang tidak menyedari bahawa dosa yang dilakukan sebenarnya boleh membawa kita ke syurga andai kita menginsafinya. Berapa banyak kisah tauladan, anda selongkarlah kembali akan hakikat sejarah membuktikan akan hakikat ini. Allah suka hambaNya yang bertaubat, bila Allah terima, hambaNya itu kembali suci bersih dari dosa yang dilakukan, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Dia Maha Penerima Taubat. Bila hamba itu bersih dari dosa yang tinggal hanyalah pahala maka apakah layak ke atasnya akan neraka? Fikir2kanlah~


Sebab itu, nabi Muhammad S.A.W pesan untuk kita supaya banyak beristighfar dan memohon ampun serta taubat kepada Allah sepanjang masa bukan untuk sekadar suka-suka tetapi untuk kebaikan kita juga. Sebab itu, andaikata Allah limpahkan rahmatNya dengan kemahuanNya terhadap mana-mana hamba yang Dia suka, biarlah sepanjang hidup 70 tahun hambaNya itu melakukan dosa tanpa henti akan tetapi, jika hidayahNya turun mengatasi hati hamba itu, apabila hamba itu menangisi akan dosanya, lalu dia meninggal, maka layaklah syurga ke atasnya.


Tapi, janganlah sesuka hati pulak buat dosa. Kita cuba ubah pemikiran kita, lihatlah dari sudut lain pula. Penulis cuba membawa satu world view di mana JOM SAMA-SAMA LIHAT HIKMAH PENCIPTAAN DOSA. Benarlah kalamullah mengatakan, "apakah kamu mengira kami menciptakan dengan main-main sahaja tanpa tujuan..." Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya. Allah cipta dosa bukan untuk sesaje sesuka tapi Dia cipta dosa supaya kita ingat padaNya. Allah cipta dosa bukan untuk menjadi kata lawan kepada pahala semata tetapi Dia cipta dosa supaya kita mengakui hakikat kita sebagai hambaNya.


Oleh itu sahabat-sahabat, jadikan dosa kita juga sebagai satu platform atau asbab kita sering bertaubat lalu insyaAllah ini membawa kita ke syurga kerana terkadang pahala saja tidak menjamin jalan ke syurgaNya. Sesungguhnya taubat itu merentasi segala dosa dan mengatasi segala pahala. Apapun, segalanya kembali pada rahmatNya.


Ya Allah Ya Tuhanku, 
andai ditakdirkan hambaMu ini sentiasa berdosa,
tidak dipinta jauhnya aku darinya,
kerana ia ada di mana-mana,
tapi apa yang kupinta,
dekatkanku padaMu menerusinya,
kerana sesungguhnya hamba ini insan biasa.


Dalam mood mengubah lagu no other oleh suju untuk tamrin tarbawi adik2 form 5 sekolah, moga dipermudahkan. Sama-sama hayati sama-sama muhasabah hati. Salam penghayatan alam dari ana, selamat menghayati setiap penciptaan Tuhan. 


Siiru 'ala barakatillah.
(n_n)