20141223

Gila :D

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Pesan ibuku, aku rindu "
-------------------------------------------------------------------------

Lama sangat tak update blog, lama gila, eh? Orang kata. Semenjak mendapat amanah bahagian penerbitan dan penerangan, banyak asas dalam biro ini yang terpaksa dibina menyebabkan diri sibuk hampir setiap hari, otak dah jadi macam mesin tiap hari ada saja benda pasal kerja akan timbul dan peperangan mula berlaku apabila kejap nak buku kejap nak buka lappy, last sekali buka dua-dua, haha.

Jadi nak kongsi satu cerita pesan dari ibunda satu ketika dulu. Yang menyebabkan daku bila buat apa-apa memang macam orang gila, makan tak tentu dan sebagainya, orang asyik tanya, sihat ka?
Sebenarnya kurang sihat = Gila tapi masih waras :D

---------------------------------------------------------------------------

Meluncur di jalan raya.



Merah. Berhenti.


Ada seseorang sedang mengutip sampah di jalan seberang. Kusut. Lain gayanya bukan seperti orang biasa.

Gila?

Gila-gila betul dia mengutip sampah.

Ya!

Ini kelebihan orang gila. Sentiasa sungguh-sungguh dalam kerja buatnya.

Teringat pesan ibunda. Satu ketika membawanya ke pekan.

Dalam kereta, tiba-tiba,

" Thief, dengar nie, belajar gila-gila, buat apa-apa kena gila, tak boleh tak gila, tau"

Angguk.


Dalam hati, " Ehhh....ok, arahan diterima "

Pesan ibu ringkas tapi ada makna.

Bukan gila yang menggugurkan hukum wajib ke atas diri. Tapi ini gila yang punya makna berguna. Ini gila bermakna tekun dan bersungguh!

Dan misi dari ibunda berjaya dilaksana saat orang berkata,

"Kau memang suka buat kerja gila"

"Ok, kau gila kerja"

Alhamdulillah, masih berada di landasan menuju Ilahi, 
masih tidak terpesong lagi, 
pernah jatuh berkali-kali tapi saya bangkit lagi.

Saya gila.

Ya, gila tarbiyah, gila dakwah, gila muhasabah, gila ilmu dan aku gila rindu Tuhanku.

Masa untuk gila belajar, bulan Exam Fever Campaign kan, apapun niat biarlah untuk Allah dan kerana Allah. Jom menggila dalam menuntut ilmu yok!

Sudi gila dengan daku?



----------------------------------------------------------------------------------

Gila,
satu perkataan saja,
tapi ada banyak makna.

Buat sesuatu,
hingga lupa waktu,
inilah gila bagiku.

Bila alam ini tak punya makna,
ini tanda kau dah gila,
gila akan alam yang sana,
moga kita gila yang ini saja.

-Dr.Magnanimous-