20101015

Ilmu & Diriku...

Assalamua'laikum dan salam bahagia buat semua. Moga2 dalam keredaanNya insyaallah...Ada apa dengan ilmu dan diri ana? Hemmm, baru2 nie ada terbaca dalam buku Suara Kampus keluaran 2006 tentang intelek. Waduh perit rasanya dan agak kaget melihat ayat  yang mengatakan 12 ilmu yang wajib dikuasai secara asas oleh pelajar agama lebih2 lagi pendakwah. Dua belas??? Biasa2 jer tue bukannya banyak mane ~ayat kiasan tue~ 12 ilmu tersebut ialah,

  • Ilmu usul yang tiga(al-iman) iaitu Allah, Rasul dan Islam.
  • Al-Quran dan cabang ilmunya
  • As-sunnah dan cabang ilmunya
  • Usul Fiqh
  • Aqidah
  • Akhlak
  • Al-Fiqh
  • Sirah @ taaarikhul islami dan tamadun
  • Bahasa Arab
  • Ideologi dan strategi musuh Islam
  • Pengajian Islam semasa
  • Fiqh al-dakwah wal-amal
Dan seperti yang diketahui setiap bidang ilmu tersebut mempunyai pula cabang2nya yang berbeza. Bukannya mengambil masa satu hari untuk mempelajari, memahami dan mengamalkannya tetapi memakan masa bertahun-tahun untuk sempurna pengajiannya. Nampaknya memang kena pandai2 curi masa untuk seimbangkan kesemua ilmu di dada. Ya, pandai2lah kita renungi dan fikirkan adakah layak sudah digelar pelajar agama? Adakah layak sudah menjadi pendakwah? Dan adakah layak sudah memegang jawatan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini?...

Yang e-claz,
 BdaK kEcIk,

20101012

RiNDuNYeR PaDa BeRReT...

Assalaimua'laikum dan salam bahgia pada semua. Ana sukaaaaaaaaaaaaaa sangat kat post nie sebab poz nie pasal salah satu kegemaran ana. Apa maksud berret nie? Sape berret nie? Hehehe. Mesti ramai yang tak kenal apa bendanyer berret walaupun dia kawan ana. Hahaha. Hanya orang yang jiwanya serasi dengan ana akan tahu maksud perkataan berret. Beruntunglah anda jika anda kenal apa bendanya berret nie ataupun ada orang sebut sebut sebagai berry.

Berry ke berret yang pastinya ianya bukan berry yang omputih makan tue.

                                           Berret @ berry ana tue bukannya macam blueberry.


Berret @ berry ana juga bukannya strawberry.


Berret @ berry ana juga bukan raspberry.

Malahan berret ana bukannya juge black berry akan tetapi inilah lebih kurang rupa berret ana cuma kalernye lagi terang birunye.
OH BERRET...RINDUNYER NAK PAKAI !!!!!!!!!!!!!!!
Rindu sangat nak pakai terutama bila tengok pengawal lalulintas kilang rohm wako pakai. Lawaaa sangat duk melawa depan cermin pondok pengawal ramai2 duk btolkan berret. Huk33. Dengki...!!!!! Mereka punyer warna merah ana punyer warna blueblack. Rindunyer kat berret terutama bila teringat masa nak pakai dan bengkokkannya ke sebelah kiri. Gosok-gosok berret depan cermin kedai fotostat kat lubuk~tempat kami bdak2 briged kumpul sebelum kawad~. Gosok2 biar sampai nampak lawa...aduhai berret rindunyer nak pakai.......


Pak cik nie pulak memang bikin ana panas sangat. Ahh....dengki sangat33 dengan pak cik nie. Nape dapat pakai berret? Nape dapat pegang senapang tue? Dan yang paling penting NAPE DAPAT JADI BENDA YANG ANA NAK JADI?
~ya, memang mengarut ana nie tapi tak kisah;lah pak cik endsome jugak dan sangat comel, hahaha~ 

 Ana dah start melalut entah paper nie. Berhenti menulis cepat. Baiklah. Apa2 pun RINDU KAT BERRET!!! Wassalam.

Yang e~claz,
BDaK KeCiK,


20101010

aYuH BeRMaDaH PuJaNGGa!!!

Assalamua'laikum kepada semua dan salam ceria ana titipkan. Semoga bertambah kepatuhan kita kepadaNya,insyaallah.

Baiklah. Bersempena musim hujan nie, ana bersama-sama dengan si katak dan si cengkerik yang sudah pum bersyair dari minggu lepas lagi ketika kami khusyuk menghadap cikgu, akan bermadah pujanggan di sini.~sila baca elok2 ayat di atas takut tersalah faham dek terlalu panjang~ Hohoho...satu,dua dan mula,

Dalam titisan air hujan,
aku lemparkan seribu impian,
dalam titisan air hujan,
aku lihat pelbagai keadaan,
dalam titisan air hujan,
aku rasa berjuta macam,
dalam titisan air hujan,
aku fikir pelbagai harapan,
dan dalam titisan air hujan,
aku nilai diriku lagi.....

Wahai titisan air hujan,
benarkan aku mengadu domba tentang semua yang aku rasa,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku melihat menerusi kamu biar jelas semua yang berlaku,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku terhempap ke bumi bersamamu biar aku kenal diriku kembali,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku rasa hina dan bangga dengan dan seperti dirimu,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku dekat dengan penciptamu kerana sesungguhnya itu yang sebenarnya aku mahu.....

Aduhai titisan air hujan,
hinanya aku,
sekali kamu diarah terus saja kamu lakukan,
tetapi aku,
dari dulu diarah sampai kini tidak terlaksana,

Aduhai titisan air hujan,
hinanya aku,
sanggup kamu yang berada tinggi di atas turun ke bumi semata kerana perintah tuhanmu dan juga semata kerana itulah takdir dan juga dirimu,
tetapi aku,
aku yang disuruh sujud ke bumi ini tidaklah sekerap dirimu tunduk ke bumi walaupun asalku sebenarnya dari bumi juga......

Hai manusia,
sedarkah  kamu?
sedarlah kamu,
titisan air hujan itu lagi hebat berbanding dirimu,
ambillah pengajaran dari kejadiannya,
moga2 kamu menjadi dari kalangan orang2 yang beruntung.

Tamatlah sudah rasa ingin bermadah pujangga, teeetttt......emm, entah apa yang dah mula jari nie mengarut tetapi andai ada permata ambillah, andai ada mutiara kutiplah.~dengar tue watiffff~
Moga2 aku dan kamu menjadi orang2 yang soleh lagi muttaqin...!!! Insyaallah!! ~Wassalam~

Yang e~claz,
BdAk kEcIk,

20101009

KeMBaRa iNDaH BeRSaMa TeMan SePeRJuaNGan...

Assalamua'laikum w.b.t kepada semua.
Semalam adalah hari yang paling ana suke kerana dapat mengembara bersama rakan2 seperjuangan Islam melangkah ke merata tempat sambil naik moto~ kalau abang ana tau nie nak kena marah ana nie...hehehe~

Selepas usrah "Dakwah dan Kepentingannya" oleh kak tiey yang lucu kelmarin, kami beramai-ramai solat Zuhur berjemaah di BADATI. Kemudian cik aaa ajak pergi rumah Ustazah Maziah sebab ustazah buat aqiaqh anak beliau, comel betul anak ustazah secomel namanye iaitu Syahidah Aisyah Fitriah, fuyooo, meaningful nama tue. Setinggi harapan ustazah beri kepada anakandanya  melalui nama. Yang nie ana tak sempat bagitau mak ana yang ana naik motor dengan kawan ana, aina dan a'aa sekali dengan cik aaa pergi kat kg.budi a.k.a Bachok. Agak letih jugaklah naik motor nie dari skul.

Tapi sebelum berlepas ke rumah ustazah, kami gi jalan2 kat Parkson. Ana pun ajak a'aa naik RCH a.k.a Radix chicken house kat tingkat berapa ntah sebab ana tak pernah lagi naik makan kat c2. Lalu 2 pernahlah 2 pun sebab buat ronda kat c2 kalau tak ada ronda memang konfem tak kenal pun RCH 2. Kami pun makan ice~cream dan minum air dan makan roti yang beli kat Giant tingkat bawah tadi~hehehe nak jimat duit punya pasallah nie~sambil2 makan 2 kami pun berceritalah macam2 hal yang timbul, asyik2 ketawa je,huhuhu.

Lepas tue pergilah kami berempat naik motor ke rumah ustazah. Cik tin dan cik pah naik bas sampai tersesat jadi terpaksalah a'aa dan aina g amik. Memang letih sangatlah diorang nie...ustazah bagi gulai dan duit sikit, huhuhu, baik sungguh ustazah, terima kasih ustazah banyak2. Cik tin dan cik pah Ustaz Harun yang hantar balik.

Lepas tue, ana dan aina gi solat kat masjid yang tiada orang, best betul. Destinasi seterusnya hantar cik aaa balik umah. Mak cik aaa hidang pulak mee bandung dan puding cocktail. Waduuuuuuuhhh,enak bangat siii. Agenda kami hari nie, lepas makan, makan dan makan lagi...hahaha. Memang bez. Lepas tue aina balik rumah dia. A'aa yang hantar ana balik. Dek kerana memecut dekat 100 lebih jugaklah kelmarin sebab dah nak maghrib ada binatang terbabas melekat kat jaket a'aa, nak menangis beliau nmasa sampai suruh buang binatang yang melekat. Lepas tue beliau pun balik kat rumah nenek beliau.

Fulamak...memang jauhlah kami semua bersiar-siar kelmarin tapi bezzzz sangat. Rasa nak buat lagilah pulak...hohoho. Sekian saja pengembaraan indah kami semua pada hari Jumaat semalam. Sehari suntuk kat luar rumah, adik sapalah ana nie menurun sangat dengan abang dia...xpelah kita jumpa di post yang seterusnyalah pulak yee..wassalam

yang e~clazz,
Bdak KeCik,

20101007

MuSiM HuJaN BeRMuLa!!!

Assalamua'laikum dan salam ceria buat semua...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Pencipta Yang Maha Esa untuk terus berdiri lagi pada hari ini dan masih bisa lagi mencoret kata-kata di sini, alhamdulillah wa syukrulillah...

Yup, ayuh bercerita. Kini, kalau di Mesir musim sejuk bakal bermula maka di Kelantan musim hujan bakal bertandang. Kalau di Mesir on the way pertukaran musim maka kat Kelantan pun bagi ana on the way gak untuk bertukar musim walaupun tak ada musim, hohoho. Kalau di Mesir ribut pasir maka kat Kelantan hujan lebat. Dalam keadaan yang tak menentu cuacanye sekarang nie, kejap panaaaas sangat kejap hujan lebaaaat sangat, ana tengok sahabat2 yang lain pun nampaknya dah mula pasang enjin nak pecut untuk SPM yang tinggal dalam sebulan lebih lagi atau lebih tepat 46 hari lagi.

Orang lain berubah rajin baca buku akademik ana berubah rajin baca buku diiniah. Orang lain laju menjawab bila cikgu tanya ana laju menjawab seruan mudir terchenta~hanya pelajar MMP je tau~ Orang lain sibuk urus kecemerlangan SPM ana sibuk urus hati dan jati diri. Orang lain berlari kejar SPM tapi ana still slow
and steady. Apa nak jadi nie?

Tapi tak kisahlah. Sebab apa? Sebab ana kenal diri ana siapa? Sebab ana tahu apa butuh diri ana. Sebab ana tahu makanan hati dan fikiran ana. Ya, ana kenal siapa ana.

Oleh itu, bulatkan hati, cekalkan azam, luruskan diri, bangunlah berdiri, teruskan berjalan, kejarlah apa yang diimpikan dan pegang teguh dalam hati tegakkan Islam itu yang pasti.

Oleh itu, jangan jatuh kerana rasa dihina. Jangan terpedaya bisikan syaitan. Jangan mundur bila maju. Ingant janji, aku si khalifah bukan si penyepah. Ingat Allah, kejar apa yang Aku hidayahkan di hatimu nescaya Aku tunggu kamu di situ, di suatu tempat yang manusia mahu tetapi hanya berkata-kata tanpa ada usaha. Ayuh tentera Allah, mara berjuang tanpa termenung di masa silam. Chaiyokkk!!! 

Yang e-clazz, bDak KeCiK...

20100831

Saiful Amin +_o

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamua'laikum!!!

Lamenya tak blogging, cbuk sama peperiksaan~tapi ana tak study kuat pum,hahaha~
Siapakah Saiful Amin?
Hahaha, beliau ialah kakanda a.k.a abang ana.
Ada apa dengan beliau?
27/8 baru2 nie hari jadi beliau.
Ada apa dengan bufday beliau?
Ana tak tahu tapi apa yang ana tahu abang yang ini seorang sangat romantik orangnya.
Dalam ramai2 ahli keluarga ana beliau yang paling mudah bicaranya walaupun yang paling pendiam sekali.
Kalau ana suruh dia antar ana pi mana2, beliau akan tunaikan walaupun dalam tak sedar mana~ore klate kato kemama keh bangun tdo,hihihi~
Beliau satu2nya ahli keluarga ana yang tepon ana nak wish bufday ana tetengah malam buta~sweeeeeeeet=_=~
Lagi satu abang nie tak lokek mana kalu bab belanja2 makan kalau dia balik.
Mungkin beliau tak sehebat abang2 ana yang lain tapi ana sayang beliau sangat2. Mungkin ada kurangnya beliau tapi beliau pandai berseloroh cuma sesiapa yang kurang rapat dengannya agak susah nak dapat dengar.
Lagipum jiwa beliau agak samalah dengan jiwa ana. Yup, satu ati satu jiwa gtu lohh...hehehe.

Apa2 skalipum, my brother, happy bestday,semoga bahagia dan dilindungi Allah S.W.T selama-lamanya...

~saje pilih gamba nie jadi tak nampak mana muka beliau,hahaha, bukan baju biwu tapi tuning ye~