20101007

MuSiM HuJaN BeRMuLa!!!

Assalamua'laikum dan salam ceria buat semua...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Pencipta Yang Maha Esa untuk terus berdiri lagi pada hari ini dan masih bisa lagi mencoret kata-kata di sini, alhamdulillah wa syukrulillah...

Yup, ayuh bercerita. Kini, kalau di Mesir musim sejuk bakal bermula maka di Kelantan musim hujan bakal bertandang. Kalau di Mesir on the way pertukaran musim maka kat Kelantan pun bagi ana on the way gak untuk bertukar musim walaupun tak ada musim, hohoho. Kalau di Mesir ribut pasir maka kat Kelantan hujan lebat. Dalam keadaan yang tak menentu cuacanye sekarang nie, kejap panaaaas sangat kejap hujan lebaaaat sangat, ana tengok sahabat2 yang lain pun nampaknya dah mula pasang enjin nak pecut untuk SPM yang tinggal dalam sebulan lebih lagi atau lebih tepat 46 hari lagi.

Orang lain berubah rajin baca buku akademik ana berubah rajin baca buku diiniah. Orang lain laju menjawab bila cikgu tanya ana laju menjawab seruan mudir terchenta~hanya pelajar MMP je tau~ Orang lain sibuk urus kecemerlangan SPM ana sibuk urus hati dan jati diri. Orang lain berlari kejar SPM tapi ana still slow
and steady. Apa nak jadi nie?

Tapi tak kisahlah. Sebab apa? Sebab ana kenal diri ana siapa? Sebab ana tahu apa butuh diri ana. Sebab ana tahu makanan hati dan fikiran ana. Ya, ana kenal siapa ana.

Oleh itu, bulatkan hati, cekalkan azam, luruskan diri, bangunlah berdiri, teruskan berjalan, kejarlah apa yang diimpikan dan pegang teguh dalam hati tegakkan Islam itu yang pasti.

Oleh itu, jangan jatuh kerana rasa dihina. Jangan terpedaya bisikan syaitan. Jangan mundur bila maju. Ingant janji, aku si khalifah bukan si penyepah. Ingat Allah, kejar apa yang Aku hidayahkan di hatimu nescaya Aku tunggu kamu di situ, di suatu tempat yang manusia mahu tetapi hanya berkata-kata tanpa ada usaha. Ayuh tentera Allah, mara berjuang tanpa termenung di masa silam. Chaiyokkk!!! 

Yang e-clazz, bDak KeCiK...

No comments:

Post a Comment