20101015

Ilmu & Diriku...

Assalamua'laikum dan salam bahagia buat semua. Moga2 dalam keredaanNya insyaallah...Ada apa dengan ilmu dan diri ana? Hemmm, baru2 nie ada terbaca dalam buku Suara Kampus keluaran 2006 tentang intelek. Waduh perit rasanya dan agak kaget melihat ayat  yang mengatakan 12 ilmu yang wajib dikuasai secara asas oleh pelajar agama lebih2 lagi pendakwah. Dua belas??? Biasa2 jer tue bukannya banyak mane ~ayat kiasan tue~ 12 ilmu tersebut ialah,

  • Ilmu usul yang tiga(al-iman) iaitu Allah, Rasul dan Islam.
  • Al-Quran dan cabang ilmunya
  • As-sunnah dan cabang ilmunya
  • Usul Fiqh
  • Aqidah
  • Akhlak
  • Al-Fiqh
  • Sirah @ taaarikhul islami dan tamadun
  • Bahasa Arab
  • Ideologi dan strategi musuh Islam
  • Pengajian Islam semasa
  • Fiqh al-dakwah wal-amal
Dan seperti yang diketahui setiap bidang ilmu tersebut mempunyai pula cabang2nya yang berbeza. Bukannya mengambil masa satu hari untuk mempelajari, memahami dan mengamalkannya tetapi memakan masa bertahun-tahun untuk sempurna pengajiannya. Nampaknya memang kena pandai2 curi masa untuk seimbangkan kesemua ilmu di dada. Ya, pandai2lah kita renungi dan fikirkan adakah layak sudah digelar pelajar agama? Adakah layak sudah menjadi pendakwah? Dan adakah layak sudah memegang jawatan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini?...

Yang e-claz,
 BdaK kEcIk,

No comments:

Post a Comment