20121028

..::: Tadabbur Hadis 1 Imam Nawawi :::..

بسم الله الرحمن الرحيم

" Niat itu tersirat maka jadikannya berkat "





Daripada ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia kehendakinya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu menikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua. (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية hadis nombor 1908.)


Dalam fikiran apabila diutarakan perkataan niat pasti kelihatan equation sebegini, 
niat = amalan + ibadat
jOm luaskan skop pemikiran, kehidupan keseluruhannya juga merupakan ibadat bukan?
kehidupan secara amnya merangkumi segala amalan kita lalu jika diniatkan kerana Allah maka secara automatik menjadi ibadah, hebat bukan! namun pastikan ianya perkara kebaikan bukan keburukan (^_^)

Justeru, apa niat kita dalam kehidupan kini? 
Kerana Allah atau kerana dunia?
Ke mana penghijrahan kita?
Ke mana langkah kita sedang menuju sebenarnya?

Tika ujian datang bertimpa, kita sering tertanya, kenapa begitu dan kenapa begini namun kita selalu lupa sebenarnya Allah sedang mengajar kita, tarbiyahNya tdak sama dengan tarbiyah manusia kerana Dia mendidik kita dengan caraNya dalam mempersiapkan kita untuk apa yang ditakdirkanNya.
Ya, begitulah kita, sering lupa bahawa kita hanya hambaNya dan Allah, Dialah Tuan dan Tuhan kita.
Lalu setelah diuji, ke mana hijrah kita? 
Ke arah kebaikan atau keburukan?
Bertambah kekuatan atau semakin melemahkan?

Tika amanah dan tanggungjawab meminta kudrat, hidup terkadang terasa berat, namun kita lupa bahawa inilah dunia bukannya syurga, jika dunia itu indah selamanya maka tdak perlulah diwujudkan syurga. Sematkan Allah dalam hatimu 24 jam nescaya engkau tdak akan butuh dunia mahupun manusia.
Kita sudah punya Allah lalu mengapa harus lemah?
Kita sudah punya Allah lalu apa lagi yang dimahu?
Kita sudah punya Allah lalu apa lagi yang perlu?
Lalu, mana pilihanmu, pahala atau dosa? 
syurga atau neraka?

Sering kita bicara soal sirah, perjuangan dan kehidupan namun pabila ujian mendatang kenapa kita menjadi kecelaruan?
Mulalah kata diri ini hanya insan biasa,
mulalah kata itu nabi tdak mengapa,
itu sahabat iman kuat,
itu ulama' sangat wara',
Sekarang sahabat, bukan soal layak atau tdak, kuat atau tdak, hebat atau tdak, setaraf atau tdak, namun soalnya sekarang mengapa tdak yakin dengan Tuhan?
Tdak diutuskan dirimu ke bumi andai tdak mampu kau hadapi.
Kamu mgkin bukan yg terbaik namun kamu dari umat yg terbaik, kamu mungkin tdak hebat namun kamu dari umat yg terhebat, lalau apakah maksudnya itu? fikirkan sendiri sahabat.
" Kamu adalah umat yg terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah...ilaa akhir aayah, surah Ali-Imran, ayat 110 "

Alam terkadang berbicara denganmu dalam bahasa yang memerlukan diam dan muhasabahmu, angin, air, cahaya malah segalanya, terkadang alam punya seribu makna dari manusia, nature is the best teacher somehow...lalu...hebat tdak hebat, layak tdak layak, bersedia atau tdak, itu bukan soalnya.
Soal sekarang, mengapa tdak mahu menjadi seperti sebahagian sirah2 perjuangan dahulu?
Mengapa tdak cuba mahu menjadi seperti para sahabat dan tokoh ilmuwan Islam yang pernah menyinari bumi dengan membawa Islam dengan gaya personaliti mereka tersendiri?
Mulakan langkah jangan goyah ingatlah ada Allah,
" fasta'inu bissobri wassolah "

Kata...sebaik-baik pakaian ialah taqwa, lalu mengapa tdak cuba mahu memakai pakaian terbaik ini?
Tdak malukah tdak memakai pakaian sedangkan malu itu sebahagian daripada iman?
Cukuplah Imam sering mengingatkan..." Ittaqullah.."
Sahabat, Saidina Ali R.A pernah berkata, iza tammal 'aqli naqosol kalam, apabila sempurna akal maka berkuranglah percakapan, bukan kerana apa namun kerana setiap soal dari hatinya terjawab dengan memorinya tentang kata-kata yg sering dilontarkannya.
Tdak perlu diingatkan dengan percakapan yg panjang, cukup kalimah Allah itu apabila disebut mampu menggentarkan hatimu untuk takut kepadaNya.
Cukup hanya Allah.

Hebatnya Tuhan yang menciptakan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa mampu hambaNya, apa perlu oleh kita, kerana itu apa yang dilihatnya bukan lah rupa mahupun harta namun Dia melihat pada hati dan amalan kita, hati memainkan peranan yg penting kerana ianya raja dalam diri, padanya ditempatkan iman dan hawa nafsu, di situ lahirnya niat segala sesuatu.

Dalam sebuah hadis yg lain, dikatakan apabila diniatkan kebaikan maka terus ditulis pahala kebaikan itu namun apabila diniatkan kejahatan maka ditahan malaikat dari menulisnya selagi tdak terzahir secara nyata kejahatan yg diniatkan dan hatta jika dilakukan Allah S.W.T memerintahkan malaikat hanya menulisnya setelah dipastikan hambaNya melakukan kejahatan itu bukan dalam keadaan terlupa.
Begitu sekali sayangnya Allah pada kita, begitu sekali mahalnya pahala niat, benar cara berlipat ganda.

Ringkasnya, kedudukan hadis ini dalam Ahaadith Arba'in oleh Imam Nawawi adalah di permulaan kumpulan hadis menunjukkan betapa pentingnya nilai sebuah niat.
Hadamkan hadis ini dalam hati moga dapat membimbing kita dalam menuju matlamat yang satu, membawa kembali kebenaran andai tersasar dan dapat menguatkan langkah andai lemah.
Oleh itu, niat itu tersirat maka jadikannya berkat.
(^_______________^)

~wallahu'alam~







20121025

Eid di perantauan (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم

" Pengorbanan itu kekuatan bagi ketaatan tanda kesetiaan "


Aidiladha...
waah, best suasananya stakat ini,
Teringat akan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,
satu pengorbanan yang utuh dalam melaksanakan perintah Allah.
Hebat, satu kisah yg agung.

Bangun pagi kesejukan melanda, bahagian lower limb kejang, berjalan tanpa kestabilan, itu tandanya musim sejuk sudah bermula, itu tandanya juga pengujian pengorbanan dalam melakukan ketaatan kepadaNya.
Kesejukan yang tidak biasa dialami selama 24 jam sepanjang masa, mOga Allah terus bagi taufiq dan hidayahNya dalam terus melakukan ketaatan dan ibadah menuntut ilmu.

Bila teringatkan pengorbanan para nabi, rasa lebih semangat untuk terus melakukan pengorbanan, mudah-mudahan dapat menambah keimanan di bumi anbiya' ini.

Pada satu pengorbanan, butuh satu kekuatan yg kukuh, pada satu pengorbanan juga punya satu simbol yang utama iaitu tanda ketaatan jua tanda kesetiaan hanya padaNya.



20121017

~ Adab Menuntut Ilmu ~

بسم الله الرحمن الرحيم

" Ilmu itu cahaya "


1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjauhi dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam.

20121014

Misr, pengaman jiwa,hati dan sanubari (n_n)

بسم الله الرحمن الرحيم

" Teruskan berlari jangan pernah berhenti "


Alhamdulillah segala puji ke hadrat Ilahi kini sudah punya waktu dan kesenangan selepas sedikit kesabaran, alhamdulillah 3x (n__n)

Berada di bumi yang mengamankan jiwa ini cukup membuatkan segalanya cukup bermakna. Mengambil jurusan ini pula cukup membuatkan pemikiran menjadi lebih jauh.

Terfikir itu dan ini, terdetik itu dan ini, namun banyak yang dipelajari di bumi ini, makin memahami sirah dan hikmah serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah makin mendalam, terasa dengan habibullah S.A.W.

Segala tarbiyah yang dialami selama ini cukup banyak membuatkan jiwa ini kental dan kuat, benarlah kata pujangga, Tuhanmu menyiapkan dirimu lengkap bagi perkara yang ditakdirkan untukmu bukan untuk perkara yang kamu mahu.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan kita sebagai hambaNya hanya memerlukan keyakinan.
Ya, keyakinan dan keimanan yang kukuh.

Keyakinan untuk melangkah bila terhenti, keyakinan untuk bangun bila rebah, keyakinan untuk berlari bila ragu dan keyakinan untuk yakin padaNya.

Taqwa dan tawakal dua kombinasi yang hebat dalam menyampaikan erti kesempurnaan.

Akan datang, tadabbur Al-Furqan dan Ahaadith Arba'in insyaAllah, wahai pengaman sanubariku berikanku ilmu dan pengetahuan yang terkubur dalam suasanamu jauh dari tempat asalku, Mesir, pengaman jiwa, hati dan sanubari =)



20121004

Al-Fatihah itu =)



بسم الله الرحمن الرحيم

 jOm mulakan dengan memahami Al-Fatihah secara mendalam, terjumpa dalam blog seorang teman, sama2 hayati~



::: "Allah Menjawab bacaan AL-FATIHAH Kita" :::

    Pada saat kita membaca surah Al-Fatihah sewaktu kita Shalat, banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya. Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.



Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman :
"Aku membagi Shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Artinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

-Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".

-Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim" , Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengaagungkan-Ku".

-Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin" , Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"

-Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” , Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

-Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” , Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”. (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yg ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”. (H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas)