20121028

..::: Tadabbur Hadis 1 Imam Nawawi :::..

بسم الله الرحمن الرحيم

" Niat itu tersirat maka jadikannya berkat "





Daripada ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia kehendakinya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu menikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua. (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية hadis nombor 1908.)


Dalam fikiran apabila diutarakan perkataan niat pasti kelihatan equation sebegini, 
niat = amalan + ibadat
jOm luaskan skop pemikiran, kehidupan keseluruhannya juga merupakan ibadat bukan?
kehidupan secara amnya merangkumi segala amalan kita lalu jika diniatkan kerana Allah maka secara automatik menjadi ibadah, hebat bukan! namun pastikan ianya perkara kebaikan bukan keburukan (^_^)

Justeru, apa niat kita dalam kehidupan kini? 
Kerana Allah atau kerana dunia?
Ke mana penghijrahan kita?
Ke mana langkah kita sedang menuju sebenarnya?

Tika ujian datang bertimpa, kita sering tertanya, kenapa begitu dan kenapa begini namun kita selalu lupa sebenarnya Allah sedang mengajar kita, tarbiyahNya tdak sama dengan tarbiyah manusia kerana Dia mendidik kita dengan caraNya dalam mempersiapkan kita untuk apa yang ditakdirkanNya.
Ya, begitulah kita, sering lupa bahawa kita hanya hambaNya dan Allah, Dialah Tuan dan Tuhan kita.
Lalu setelah diuji, ke mana hijrah kita? 
Ke arah kebaikan atau keburukan?
Bertambah kekuatan atau semakin melemahkan?

Tika amanah dan tanggungjawab meminta kudrat, hidup terkadang terasa berat, namun kita lupa bahawa inilah dunia bukannya syurga, jika dunia itu indah selamanya maka tdak perlulah diwujudkan syurga. Sematkan Allah dalam hatimu 24 jam nescaya engkau tdak akan butuh dunia mahupun manusia.
Kita sudah punya Allah lalu mengapa harus lemah?
Kita sudah punya Allah lalu apa lagi yang dimahu?
Kita sudah punya Allah lalu apa lagi yang perlu?
Lalu, mana pilihanmu, pahala atau dosa? 
syurga atau neraka?

Sering kita bicara soal sirah, perjuangan dan kehidupan namun pabila ujian mendatang kenapa kita menjadi kecelaruan?
Mulalah kata diri ini hanya insan biasa,
mulalah kata itu nabi tdak mengapa,
itu sahabat iman kuat,
itu ulama' sangat wara',
Sekarang sahabat, bukan soal layak atau tdak, kuat atau tdak, hebat atau tdak, setaraf atau tdak, namun soalnya sekarang mengapa tdak yakin dengan Tuhan?
Tdak diutuskan dirimu ke bumi andai tdak mampu kau hadapi.
Kamu mgkin bukan yg terbaik namun kamu dari umat yg terbaik, kamu mungkin tdak hebat namun kamu dari umat yg terhebat, lalau apakah maksudnya itu? fikirkan sendiri sahabat.
" Kamu adalah umat yg terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah...ilaa akhir aayah, surah Ali-Imran, ayat 110 "

Alam terkadang berbicara denganmu dalam bahasa yang memerlukan diam dan muhasabahmu, angin, air, cahaya malah segalanya, terkadang alam punya seribu makna dari manusia, nature is the best teacher somehow...lalu...hebat tdak hebat, layak tdak layak, bersedia atau tdak, itu bukan soalnya.
Soal sekarang, mengapa tdak mahu menjadi seperti sebahagian sirah2 perjuangan dahulu?
Mengapa tdak cuba mahu menjadi seperti para sahabat dan tokoh ilmuwan Islam yang pernah menyinari bumi dengan membawa Islam dengan gaya personaliti mereka tersendiri?
Mulakan langkah jangan goyah ingatlah ada Allah,
" fasta'inu bissobri wassolah "

Kata...sebaik-baik pakaian ialah taqwa, lalu mengapa tdak cuba mahu memakai pakaian terbaik ini?
Tdak malukah tdak memakai pakaian sedangkan malu itu sebahagian daripada iman?
Cukuplah Imam sering mengingatkan..." Ittaqullah.."
Sahabat, Saidina Ali R.A pernah berkata, iza tammal 'aqli naqosol kalam, apabila sempurna akal maka berkuranglah percakapan, bukan kerana apa namun kerana setiap soal dari hatinya terjawab dengan memorinya tentang kata-kata yg sering dilontarkannya.
Tdak perlu diingatkan dengan percakapan yg panjang, cukup kalimah Allah itu apabila disebut mampu menggentarkan hatimu untuk takut kepadaNya.
Cukup hanya Allah.

Hebatnya Tuhan yang menciptakan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa mampu hambaNya, apa perlu oleh kita, kerana itu apa yang dilihatnya bukan lah rupa mahupun harta namun Dia melihat pada hati dan amalan kita, hati memainkan peranan yg penting kerana ianya raja dalam diri, padanya ditempatkan iman dan hawa nafsu, di situ lahirnya niat segala sesuatu.

Dalam sebuah hadis yg lain, dikatakan apabila diniatkan kebaikan maka terus ditulis pahala kebaikan itu namun apabila diniatkan kejahatan maka ditahan malaikat dari menulisnya selagi tdak terzahir secara nyata kejahatan yg diniatkan dan hatta jika dilakukan Allah S.W.T memerintahkan malaikat hanya menulisnya setelah dipastikan hambaNya melakukan kejahatan itu bukan dalam keadaan terlupa.
Begitu sekali sayangnya Allah pada kita, begitu sekali mahalnya pahala niat, benar cara berlipat ganda.

Ringkasnya, kedudukan hadis ini dalam Ahaadith Arba'in oleh Imam Nawawi adalah di permulaan kumpulan hadis menunjukkan betapa pentingnya nilai sebuah niat.
Hadamkan hadis ini dalam hati moga dapat membimbing kita dalam menuju matlamat yang satu, membawa kembali kebenaran andai tersasar dan dapat menguatkan langkah andai lemah.
Oleh itu, niat itu tersirat maka jadikannya berkat.
(^_______________^)

~wallahu'alam~







No comments:

Post a Comment