20121115

(n_n) Taujihat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


بسم الله الرحمن الرحيم

" zaman antum menjadi penyokong dah tamat, sekarang zaman antum untuk menjadi penolong "


Mulanya ucapan beliau...

" Bangsa bukan pilihan tapi ketentuan Tuhan, hidayah milik Allah kita hanya boleh berusaha saja "

Ya, hidayah milik Allah, segalanya milik Allah, kita hanya mampu berusaha, semuanya akan berubah namun dengan cara dan masa Allah bukan dengan cara dan masa manusia, apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu Allah akan bagi tapi bagi dalam bentuk apa, bila, di mana  dan bagaimana itu hak Allah, takdir sudah tertulis jadi apa yang nak dikeluh-kesahkan lagi, usaha itu yang Allah nilai.

Katanya lagi,

" Kerajaan baru rela bankrap demi kebajikan rakyat, memimpin dan mentadbir nie bukan untuk kesenangan pimpinan namun untuk kesenangan rakyat kerana Islam itu adil, isu PAS lari dari dasar dan sebagainya saya kira itu isu yang dibuat tanpa kefahaman, dalam PAS ada majlis syura, isu tahaluf siyasi bukan benda baru PAS dah pernah buat sebelum ini iaitu BN dan PAS, lalu kenapa nak persoal bab PAS bergabung dengan DAP?  Ada orang tanya Tok Guru, kenapa nak tahaluf dengan DAP? Tok guru kata, apa masalah dengan DAP? Mereka cina. Ada apa dengan cina? "

Ya, kebelakangan ini, banyak isu-isu PAS timbul, mungkin sebab sudah dekat dengan pilihanraya. Apa yang pasti apa yang nak disampaikan ialah, Islam untuk semua, bukan sahaja untuk orang Islam namun juga untuk orang bukan Islam, di sini kita harus faham, Islam itu agama yang membuatkan manusia sejahtera bukan agama yang membuatkan manusia merana. Islam juga bukan pada bangsa mahupun bahasa.
 Islam itu pada rasa bukan sekadar kata-kata.
Yakin itu penting. Iya, jika bukan pada manusia biarlah pada Tuhan manusia, Allah S.W.T.

Kata ustaz lagi, majlis syura ada putuskan untuk meletakkan calon dari dewan penyokong PAS, hukum dan waqi'e dua benda berbeza, harus dinilai dengan pemikiran yang maju ke hadapan bukan dengan pemikiran yang kabur dengan perasaan. Berikan kami peluang nescaya kami buktikan. Itu janji muslim mukmin yang cemerlang bukan sekadar memegang tampuk pimpinan tanpa pergerakan kebajikan ahli bawahan.

Kata ustaz juga, " Dulu kata nahnu ansorullah, balik nanti taburlah bakti kami menanti, Tok Guru kirim salam, katanya, selamat berjaya di sini "

Ya, tersentap dan terharu dengan kalam akhir itu, 'ala kulli hal, konklusinya perjalanan sebuah kehidupan itu memerlukan pengorbanan bukan sekadar menyumbang, pengorbanan itu akan ikhlas jka diiringi kesabaran bukan sekadar perasaan, kesabaran itu memerlukan kefahaman bukan sekadar tindakan, kefahaman itu harus berteraskan kebenaran bukan sekadar apa yang diambil dari buku dan sebagainya, dan kebenaran itu memerlukan kekuatan dan ketahuilah kekuatan itu datangnya hanya dari Tuhan, takdir tidak akan ke mana melainkan hanya berorientasikan apa yang ditetapkanNya, kemenangan itu janjiNya maka kamu hanya punya dua pilihan, menjadi orang yang hanya melihat kemenangan ataupun menjadi orang yang bersama memenangkan sebuah kemenangan.

" Iza jaa anasrullahi wal fath, wa ra aitannasa yad khulu fi dinillahi afwaja, fasabbih bihamdi rabbika was taghfir innahu kana tawwaba "


~ bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunanNya sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat...bertaubatlah wahai hamba, Dia sentiasa menanti saat untuk menghapuskan segala tanggunganmu di dunia ~

senyum...(n_n)

No comments:

Post a Comment