20121116

(^_^) Taujihat Ustaz Nasaruddin Tantawi


بسم الله الرحمن الرحيم

" zaman antum menyumbang sudah tamat, kini masanya untuk antum berkorban "


Kata ustaz,

" Kita berjuang nie bukan sekadar kemampuan kita namun semampu mungkin kemampuan kita bak kata orang kelantan habih te itulah al-quwwatul ghoyah, salah kalau kita berjuang sekadar mampu kita kerana itu maksudnya kita masih lagi menyimpan kemampuan kita dalam diri kita, zaman untuk antum menyumbang dah lama tamat, ini masa untuk antum berkorban demi perjuangan ini, beza menyumbang dengan berkorban nie contohnya begini, bila antum beri masa lapang antum untuk perjuangan itu menyumbang namanya namun bila antum beri masa antum yang lain untuk digunakan bagi perjuangan nah itu namanya berkorban seperti masa rehat antum, antum guna untuk buat kerja gerakan "

Ya, malam itu ana baru nampak bezanya menyumbang dan berkorban, letih tapi semangat itu berkorban, bosan tapi aktif itu berkorban, sepi tapi tabah itu berkorban, sunyi tapi gembira itu berkorban, berkorban hanya mampu dilakukan setelah punya kefahaman dilakukan dengan keikhlasan menerusi amalan gerakan, 3 rukun bai'ah yang utama.

Sememangnya pemimpin pemuda, ustaz kata lagi,

" Sekarang nie zaman media massa menguasai, kalau antum tak reti bukak twitter balik Malaysia-lah harap jah mengaji tinggi tapi tak reti teknologi, jangan menyesakkan alam cyber dengan ketidak-aktifan antum, lepas ini tolong aktif dalam FB,Twitter, blog dan sebagainya, tunjukkan akhlak yang mantap menerusinya, jangan tahu guna saja tapi tak pandai nak memanfaatkannya "

Dush! twitter?
ehek, yelah ustaz, baiklah2, masa untuk mengaktifkan twitter ana, dah lama bersarang agaknya, kata ustaz twitter nie sangat berkuasa dalam era dunia kini sebab ianya lebih ringkas dan mudah.

Secara konklusi apa yang ana fahami, hidup dalam perjuangan tidak hanya perlu sekadar kepada cukup kita menyumbang, iya, dulu bolehlah sebab berada di alam persekolahan, kecik lagi katakan, sekarang nie dah besar, umur tahun depan pun dah tak ada angka 1 lagi di depan, tetibe rasa nak nangis dah tua upenyer, huk3.

Kembali pada pesanan ustaz, ustaz syarahkan lagi erti pengorbanan, umpama kita punya duit seringgit, 80 sen untuk beli maggie buat makan pada hari tersebut, ada lagi balance 20 sen, kalau menyumbang, kita akan bagi 20 sen tue tapi kalau kita bagi 80 sen atau semua itu baru dipanggil berkorban, ya, beza besar antara keduanya sahabat, rezki dari Tuhan Yang Maha Penyayang, confirm ada buat semua, lalu apa yang kita risaukan sahabat untuk berkorban masa, tenaga dan harta? 

Ada yang kata, masa,tenaga dan harta hampir semuanya dah bagi untuk perjuangan tapi kenapa result tak gempak? kenapa keluarga tak memahami? Dan banyak lagilah kata-kata, mudah saja formulanya, maksudnya ada ajaran agama yang kita tinggalkan, itulah penyebabnya, bukan perjuangan! Tambahan pula, kalau dari mula antum berikan masa, tenaga dan harta itu bersama sedikit keraguan maka tunggulah akibatnya kompem tak seperti yang diharapkan, pertolongan Allah tidak akan sampai, kenapa? Kerana pada keraguan itu hilanglah keikhlasan, mana keyakinan? Tanya hati, jiwa dan diri kita sendiri, orang yang beriman dan berpegang sepenuhnya kepada Islam tidak akan pernah ragu malah mereka sangat yakin dengan janji Tuhan. 




Orang Islam yang beriman ialah mereka yang punya keyakinan dalam perjuangan kehidupan.
Kelihatan selamba namun dirinya lelah berkorban hanya demi bersama Allah,
Nampak semangat namun jiwanya penat lalu dilepaskan hanya dalam ibadat.
Tampak heartless namun hatinya penuh dugaan diluahkan hanya pada Tuhan.
Ya, itulah muslim mukmin muttaqin yang hakiki.

Namun pesannya yang paling terkesan dalam jiwa ana nie ialah,
" memimpin pemikiran "

Hurm, bukan mudah, ya ustaz juga pasti tahu ianya bukan mudah kerana itu, bagi memimpin pemikiran harus disertakan pengorbanan, kerana itu ustaz pada malam itu menekankan makna tadhiyyah itu sendiri dalam bahasa yang mudah difahami. Jazakallah ustaz, terbaiklah dapat dengar secara live pesanan ustaz, nak dengar
lagi, ustaz datanglah lagi ke bumi Mesir nie. Kami pelajar di sini sentiasa menanti.

Pesannya di akhir kalam taujihat,
" Tolong syarah pesanan pimpinan pun dah jadi sebab pimpinan bukan sempat nak buat semua benda, nak bukak kitab dan sebagainya, jadi balik nie jangan lupa syarah kembali apa yang kami kata, amanah ni "

~ Jazakallah ustaz sudi berkongsi dan mengajar kami ~


No comments:

Post a Comment