20121115

Kalam Encik N.Balasubramaniam...Terbaiklah!


بسم الله الرحمن الرحيم

" hudud, saya sokong! "



Dia berdiri di situ, di mana? di tempat ceramah lapangan di Hayyu Ashir.
Mula bicaranya dengan kalimah Allah, hebat.
Satu ucapan yang hebat berkenaan hudud dari non-muslim, kata pimpinan ini kali pertama dibuat dan ya, ini kali pertama saya mendengar ceramah dari orang bukan Islam berkenaan hudud, berkenaan keadilan yang dibawa Islam, subhanallah, Maha Suci Allah yang memberi pemahaman kepada yang memahukan.

Ringkasan katanya,

" Walau saya bukan Islam tapi saya sokong Islam sebab Islam bawak keadilan buat semua, ini saya yakin sebab saya sudah faham apa yang dibawa Islam, saya hairan orang Islam tdak mahu hukum Islam, saya sudah faham apa itu hudud, kalau kita tak ada buat salah kenapa kita mahu takut, bila sudah faham semua mudah saja sebab itu saya sokong hudud "

Dari banyak butir bicaranya, ada satu ayat yang terkesan dalam jiwa ini,

" Orang yang 100 % pegang agama tak akan buat salah "

(---_---)"

erk, owkeh...

Benar katanya, mereka yang berpegang 100% dengan agama tak akan buat salah sebab agama itu cara hidup dan semulia-mulia agama di dunia ialah Islam, agama yang diredhaiNya.

Kalau kita orang Islam buat salah itu maksudnya kita belum berpegang 100% dengan ajaran agama Islam, kita hanya memeluk agama ini tidak berpegang kukuh dengannya lagi, terasa diri baru punya suku dari pengetahuan agama, baru tergedek-gedek mendalami agama cara hidup yang terbaik ini, umur hampir mencecah 20, tapi...itulah hakikat diri ini.

Justeru, jom dalami agama dari segenap sudut kemampuan kita, orang bukan Islam nampak takkan orang Islam tak nampak kowt ~





No comments:

Post a Comment