20111124

Briged Bakti di Hati (>_<)

بسم الله الرحمن الرحيم

" Sungguh bukan perhatian yang diperlukan melainkan kehadiran walaupun dalam diam "

Alhamdulillah segala puji-pujian untuk Allah S.W.T yang memiliki segala sesuatu apa yang ada di langit dan di bumi. Alhamdulillah masih punya rasa untuk menulis. (^_^) Nak meluah rasa menulis memori nie. Bagi yang anda yang sibuk atau mengharapkan benda bermakna dalam post nie ana mintak maaf kalau tiada dan jangan baca kalau tak sudi. Hehe. Sekadar pengalaman dulu...

Briged Bakti atau kami2 selalu sebut bb. Suatu pengalaman yang cukup menakjubkan bagi ana. Cukup banyak mengajar erti kehidupan bermasyarakat. Pelbagai ragam dan karenah yang entahkan pape. Pening nak bagi idea, bantuan, komitmen, sebab,alasan dan teguran. Dulu ana selalu biasakan senior2 bb dengan menggelarkan diri ana ini bdak kecik supaya mudah untuk ana masuk memahami keadaan mereka dan alhamdulillah berjaya walaupun hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku. Walau apa yang berlaku antara kita semua dahulu, namun ikatan persahabatan tetap ada insyaAllah. Mungkin jasad agak terpisah kini dengan pejabat dan senior2 dan adik2 bb di sekolah, tapi anda semua masih di hati. 

Teringat saat mula melangkah ke alam sukarelawan. Betapa hati ini tidak mahu menjejak ke kem jati diri itu walaupun sudah biasa dengan kem selama 3 tahun. Kenapa? Bukan ke jiwa ini jiwa kem, jiwa kawad kaki dan jiwa lasak an? Sebabnya ialah pergaulan. Biasalah bila bermasyarakat bercampur usia, perangai dan jantina. Banyak masalah sebenarnya dalam bb terutama ikhtilat. Jadi ana malas nak campur tangan tapi jauh di lubuk hati ada terdetik, "...kalau dah tahu kenapa tak cuba ubah? tahu kata saja, tindakan? atas angin je tahu...kata dai'e dulu kat sekolah kata muslim tapi tak jalankan amanah dengan orang lain...hak mereka nak mereka tuntut di padang mahsyar ke?..susah? sorang? lu pikirlah sendiri..haha..bak kata nabil..." ~kata2 sorang bdak kecik a.k.a tiflus soghir~

 Niat asal tidak mahu terlibat kecuali ada keperluan untuk menjaga batch ana jika ada yang menyertai. Tak mahu kejadian2 yang berlaku pada batch terdahulu yang menjadi sukarelawan ini berulang pada batch ana. Tak mahu dan tak mahu. Batch ana ialah sahabat2 ana walaupun di sekolah mereka ini membuat masalah dengan pihak disiplin sekolah tapi mereka masih punya hati dan potensi untuk Islam jadi mengapa ana harus biarkan. Ana harus jaga walaupun bersendirian berhempas pulas menjaga Islam dalam bb di sekolah dulu. 

Perangai ana yang serius memanjang dalam berfikiran dan tindakan serta pendiam sebab hanya tahu memerhati ana ubahkan menjadi sedo, tak berapa betul, berani bersuara dan ntah pape sampaikan ana sendiri pun rasa macamana nak berakhlak dengan betul ni. Yelah, bila dengan sahabat2 pimpinan sekolah dari badan disiplin,dakwah dan kaunseling takkan nak berakhlak ganas semacam...tapi takkanlah nak main ubah2 perangai, sekejap camnie sekejap camtue, penim eden...last2, ana fixkan perangai ana, jadilah diri ana yang sekarang ini. Bagi sahabat2 yang mengenali, mereka mungkin tertawa sendiri dengan gelagat ana yang ana sendiri tak tahu nak kata apa.

Teringat waktu itu, sahabat2 lain berjuang dalam badan dakwah, badan disiplin, badan kauseling tapi ana...badan beruniform. Melihat mereka berjuang bersama-sama mereka, membuat keputusan dan berfikir bagaimana bersama. Ana turut menyertai mendengar perbincangan mereka. Hanya bisa mendengar...tapi takdir yang menentukan segalanya ana untuk berada di jalan di medan yang ramai pendakwah lain tiada. Bila masuk, tawakkal jelah jawabnya, dah terlibat dah pun...

Berbalik pada bb. Habis alasan cari tak nak pergi kem jati diri yang sukarelawan bb punya kepada kakak senior bb ana sorang nie. Adoyai, dah putus idea lagipun ana nie tak pandai nak menipu. Terlalu jujur, perangai yang tak dapat nak ubah dari dulu. Namun, begitulah hakikatnya  tiba2 ana sudah berada di tempat kem sorang2 wakil sekolah ana. Minda bertanya, " amende kau buat kat sini nie? balik2...malu2..x kenal sape2 neh...nak balik..." Lima hari kem terasa kosong, dan asyik bertanya sahabat ssr dari SMKA Melor, " Apa yang saya buat di kem nie? X paham x paham " Mereka cuma tersenyum mungkin geli hati atau confius dengan soalan ana itu. 

Tapi hakikatnya itulah yang bermain di minda sepanjang kem tersebut. Tapi, alhamdulillah kata mereka kem tahun ana ni berbeza sebab kebanyakan yang datang pakai tudung agak labuh dan berbaju kurung. Ana beserta sahabat baik ssr, Alifah dan Thaqifah yang datang dengan t-shirt, seluar dan tudung labuh. Kami dah biasa dengan kod pakaian kem bb jadi kami plak yang rase janggal lihat peserta pakai baju kurung datang kem. Huhu.

Lepas tue, pemilihan jawatankuasa. Tetiba ana dah jadi bendahari ssr. Ok. Semacam je, tapi takde orang sebenarnya nak melibatkan diri dalam medan suka2relawan nie sebab terpaksa bagi komitmen yang benar2 berkualiti. Hasilnya, ana sekarang memang sesaat nak berhenti fikir pasal kerja tak boleh dan setiap benda dibuat dengan komitmen total. Semalam pening fikir macamana nak berhenti fikir pasal buat kerja nie...? Tolong2 seseorang tolong. Tapi, seterusnya, program mula batch ssr 2011 handle. Kalau ikut susunan asal ana bahagian disiplin. Yelah, mula2 senior ana nie manalah kenal ana lagipun ana niekan serius plus tudung labuh hitam memanjang. Tapi best jgk disiplin ana suka. Hoho. Tapi....tetiba pada malam program...

Takdir kata, enti awatif duk teknikal program. Hah???!!! Tolonglah faham amenda nie tetiba bagi biro paling penting dalam program bb kat ana. Dahla mula2 masuk, first program, ramai lagi senior lain tapi kenapa ana? Dahla ana berdua je dalam biro ni. Encik Muhammad Farhan Rosli. Senior yang paling banyak ajar ana erti manusia, paling buat masalah pada ana, paling ntah pape, tapi paling bijak dalam berkomunikasi, paling pandai hipokrit, paling pandai psiko orang lain dab sebagainya. Dahla lelaki, abenda neh.....nie mula2 dululah, sekarang dah biasa dah bekerja dengan muslimin.

Ya Allah, tuhanlah tahu apa yang dia buat pada ana dengan ssr batch ana. Macam2, pening ana nak kena bekerja dengan dia. Masalah pertama, kenapa tak makan semeja di KB Mall? Masalah kedua, laporan biro. Masalah ketiga, main2 dengan sahabat ana pasal benda2 cinta. Keempat, buat hal dengan adik2 bb ana d kem sekolah. Kelima, main2 dalam main2. Dan banyak lagilah pak cik nie sorang buat. Tapi, ana akhirnya ambil keputusan berbincang dengan dia. Kecek kiro org klantan panggil. Bosan dengan perangai dia sorang nie. Lepas tue, ana tak tahu atas sebab apa dia dah berubah sebab ana tinggalkan Malaysia selama dua minggu untuk umrah. Ana balik tetiba je dia dah berubah.  Berbeza dengan Farhan yang dulu. Kalau dulu ramai tak suka dan sokong sekarang ramai suka dan sokong. Bagus2. Tahniah buat en.Farhan.Nie baru sorang dari senior ana, tak masuk lagi berpuluh yang lain. Adoyai, macam2.

Tapi! 
Alhamdulillah kini, BBMCK berada di tangan yang betul dan benar. Tabik spring dri ana untuk senior Farhan. Anda mampu berubah dan mengubah. Banyak benda yang dia dah perbaharui dalam bb. Benda2 pasal pergaulan nie juga dia dah cuba take care. Dia yang suka main2 pasal bab2 pergaulan pun nampaknya ada kesedaran total. Berubah 270 darjah bagi ana. Dari yang tak kisah pasal Islam sekarang sentiasa bertindak berasaskan Islam. Bila penyelaras pun dah berubah maka yang lain pun nampak gayanya mula berubah sikit2. Tahniah2.

Bila begini, ana bajet nak tinggalkan bb sebab bagi ana tiada keperluan dah untuk ana kekal bersama mereka. Nampaknya dah boleh berubah sendiri ke arah lebih baik tanpa ana. Tapi, macamana nak tinggal selepas bertahun bersama Briged Bakti nie. Senior Asmawi plak asyik tanya dan membebel pada ssr lain pasal ana yang sejak kebelakangan nie tak hadir program bb,  katanya"watif, bila nak mai pejabat? Xse jupo a.wi ko?.." Maaflah a.wi bukan x nak pergi tapi tak dapat lagi nak pergi. Sedihlah plak bila dengar ayat menunggu a.wi tue. Tapi selama ana jadi ssr nie macam2 benda pelik yang ana buat. Mengajar kemahiran MKN 20, kawad kaki dengan main bowling pakai jubah. Satu2nya urusetia yang bercakap di depan pakai tudung labuh. Bergaduh dengan senior pasal gerak kerja. Turun dengan peserta dalam setiap slot. Orang lain makan ana tak makan. Orang lain berbual bersama seronok2 di dapur, ana di pejabat atau dalam ceramah bersama peserta. Buat benda yang orang lain tak buat. Itulah ana.

Cerita di sekolah lagilah...buat program bb lain dari yang lain. Ubah teras asas yang dahulu dipegang oleh kakak2 yang...tak tahu nak tulis apa. Bina asas adik2 perlahan-lahan walaupun tempias feedback yang diberikan begitu "sedap" sekali. Manislah sangat rasanya. Haha. Tapi, adik2, k.wtif sayang adik2 sebab adik2 sahabat2 k.wtif, adik2 penyambung generasi badan beruniform di maahad selepas k.wtif keluar. Buktikan kita, mereka yang aktif dengan badan beruniform ini berbeza dengan tanggapan biasa dari masyrakat maahad selalunya. Kita tidak berubah kerana suasana tapi kitalah yang mengubah dan membina suasana. Dan adik2...alhamdulillah dah berjaya walaupun setapak demi setapak. Tidak kisah yang penting tetap menuju redhaNya. K.wtif ada di belakang sentiasa menyokong dari jauh. (^_^) 3K hari ahad nanti kita jumpa ea.....insyaAllah!

Inilah serba sedikit memori lalu bersama Briged Bakti yang banyak berbakti pada ana tentang erti masyarakat generasi Malaysia kini. Banyak yang ana belajar dari sudut permasalahan remaja kini dan apa yang berlaku sebenarnya. Dulu sentiasa berada di sudut sisi pandangan yang berbeza. Tapi selepas berada di sudut pandangan mereka bersama mereka, ana nampak keseluruhan sudut dunia kini. Ana nampak kepincangan dakwah yang dibawa oleh diri sendiri dan yang lain. Terkadang terlalu rigid dalam berfikir dan bertindak. Terkadang terlupa untuk memahami. Ya, terlalu sangat berada di zon selesa hingga takut untuk terjun ke medan perjuangan sebenar. Takut untuk bersuara pada yang sebenar pada situasi yang sepatutnya. Tapi, tidak mengapa, belajarlah dari yang lalu samada baik atau buruk.

Kata2 bermakna buat semua jundullah. Sama2 hayati
Sahabat, bumi kita bumi payah,
Peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila aku menjejak tapak ke serpihan kaca,
Peganglah tanganku, kita beriringan sebagai pejuang...
Bila aku katakan padamu, "perjuangan ini pahit"
Kau sahutlah kembali bahawa, "syurga itu manis"
~waallahu'alam~



20111113

~gAmbAr yAng bErcErIta~ (n_n) siri 1...

بسم الله الرحمن الرحيم

" Tidak perlu melihat baru mengetahui kerana terkadang yang buta lebih memahami,
 tidak perlu mendengar baru memahami kerana terkadang yang tuli lebih mengetahui,
 tidak perlu berkata-kata untuk mengetahui kerana terkadang yang bisu lebih memahami, 
hanya perlu hati yang punya iman untuk mengerti..."








~ misi jelajah gambar selesai...dapat input alhamdulillah...errk...kalau x dapat tue berdoalah banyak2 biar Allah cerahkan akal dan hati, kalau dah gelap sangat sampaikan x boleh nak cerahkan, mintalah dari Allah hati yang baru, moga2 dapat bentukkannya dengan lebih baik,~
~Waallahu'alam~
(^_~)

Larilah ke mana, Takdir tetap ada (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

" Bukan soal bagaimana takdir itu hadir
 tapi soal bagaimana kita menghadapi takdir itu "

Segala pujian bagi Allah apa yang terbentang di angkasa dan yang terserak di dunia. Moga-moga kita sentiasa dipayungi rahmat dan belas kasihanNya. Moga hari-hari mendatang terus ceria walaupun mungkin disulam dengan masam pahit masin manisnya hidup. Biasalah kehidupan mana ada kekal rata. Jalanraya pun terkadang ada beloknya, bonggolnya. Maka samalah dengan keadaan kita sehari-hari~

Seringkali kita menyoalkan kenapa begini dan begitu hidup kita. Sentisa saja kita persoalkan kenapa ini dan itu yang terjadi. Selalu saja kita soal kenapa dan kenapa. Tapi akhirnya tiada jawapan lain melainkan ianya takdir. Lantas adakah takdir itu sekadar takdir sahaja? Tidak~ 

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan menciptakan sesuatu dengan main-main melainkan ada hikmahnya. Hikmah harus dicari dan diteliti dengan mata hati bukan sekadar menunggu ia hadir tanpa membawa sebarang erti pada diri kita~

Maha Suci Allah yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi lalu dia menetapkan takdir yang terbaik buat hamba2nya yang disayangi dan dicintaiNya walaupun sering dibalas kecintaan dan rahmatNya itu dengan dosa dan maksiat serta kerosakan yang saban hari bertambah yang dipilih hamba2Nya untuk dilakukan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu. Golongan di mana yang melakukan kerosakan tanpa kesedaran~


وَإِذَا قِيْلَ لَهُمْ لَآ تُفْسِدُوْا فِى اْلْأَرْضِ قَالُوْا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُوْنَ (11) أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ المُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُوْنَ (12) وَإِذَا قِيْلَ لَهُمْ ءَامَنُوْا كَمَا ءَامَنَ النَاسُ قَالُوْا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ . أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُوْنَ (13
“Dan bila dikatakan kepada mereka, ’Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi.’ Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami  adalah orang-orang yang mengadakan perbaikan.”(11) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tisak sadar.”(12) “Apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu, sebagaimana orang lain telah beriman’. Mereka menjawab, ‘Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman.’ Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”(13).
~Al-Baqarah, ayat 11-13~

Bila ana menyingkap kembali apa yang berlaku dalam hidup ini walaupun baru merangkak dalam memahami erti apa itu dunia apa itu ini dan apa itu itu. Hehe. SubhaanAllah sungguh indah percaturanNya. Allahuakbar, begitu sekali tarbiyyah darinya buat diri ini dan semua yang wujud di dunia ini.  Setiap satu takdir itu hadir selepas satu takdir yang lain. Semuanya hadir dengan peringkat demi peringkat. Sugguh indah dan halus susunan Allah dalam meletakkan takdir hidup kita~

Setelah bermuhasabah beberapa hari, banyak yang ana perasan dan nampak jelas perkaitan tentang apa yang terjadi dulu dengan apa yang terjadi kini. Siapa yang ana ketemu dulu dengan siapa yang ana ketemu kini. Mengapa berlaku begitu dulu dan mengapa berlaku begini kini. Apa yang dirasa dulu dengan apa yang dirasa kini. Setiap satu-satu itu punya sebab dan hikmahnya tersendiri. Sungguh Allah itu Maha Agung dan Kaya dengan ilmuNya~

Takdir bukan untuk difikir bagaimana tapi takdir untuk kita hadapi sebagai jalan menujuNya. Sesungguhnya Allah telah menyiapkan bagi kita pilihan2 takdir tetapi terpulang kepada kita untuk memilih yang mana satu. Kalau program kita ada pelan a,b dan c maka Allah juga begitu, walaupun kita pilih takdir yang tidak sesuai dengan kita tetapi masih ada pelan lain yang disiapkanNya dalam takdir yang kita salah pilih itu. Maka? Bersyukurlah. Sesungguhnya maqam syukur itu lebih tinggi dari sabar. Jadi banyakkan bersyukur selain bersabar~

Alhamdulillah kita masih punya akal dan hati. Jadi, apa lagi, gunakanlah nikmat-nikmat itu dengan sebaiknya. Lihatlah dari segenap sudut, bukan pahit yang ketemu tapi manis yang dirasa. Allah punya segala kuasa dan kita hanya sebagai hamba maka terimalah dengan redha, fahamilah tarbiyyahNya dan hayatilah kasih sayangNya. Sama-sama rasakan kehadiranNya dalam setiap saat nafas kita. Rasakan nikmat bahagia itu.
~ Wallahu'alam ~
(^_~)

20111104

Kualiti atau Kuantiti?

بسم الله الرحمن الرحيم

"untuk melakukan kebaikan itu mudah tapi untuk kekal dalam kebaikan itu payah"

Satu ayat yang cukup ana suka. Ya, cukup mudah untuk kita lakukan sesuatu tetapi untuk mengekalkan momentumnya tidak semudah yang disangkakan, diperlukan mujahadah dan semangat yang kental agar  tindakan yang benar dapat terus kekal. Tapi tidak bisa bukan untuk kekal benar selamanya? Umpama juga dengan manusia, cukup mudah untuk membentuk manusia menjadi baik tetapi ingin mengekalkan manusia itu dalam keadaan baik itu cukup payah, sebab itu dapat kita lihat, mereka yang kenal hakikat daie itu cukup ramai tapi berapa ramai yang masih kekal dalam memahami hakikat itu? Terkadang ana dan sahabat2 yang lain tercukup penat, kuantiti mereka cukup ramai tapi kualiti mereka? Kami sendiri tidak pasti, masakan kami pasti dengan kualiti yang lain sedangkan kualiti diri kami sendiri entah berada di tahap mana. Ke sekolah lihat kuantiti adik2 di bawah jagaan kami, gulp, ana terkesima dengan mengetahui jumlah mereka dari b0s sahabat kami yang tersayang, Aina, beliau tersenyum jep...terus soalan antara kualiti dan kuantiti datang menerjah minda dan hati ini. Sedar ke tidak sahabat2 nie? hurmmm...satu bebanan yang ditempah bagi pandangan ana. Tapi yang penting, usah lihat yang dah berlaku harus terus fokus tentang masa depan. Yup, harus bersedia dengan masa depan yang entahkan di mana dan bagaimana. Adik2 dan sahabat2 j0m serang diri masing2 demi Islam, masa untuk berubah demi masa depan Islam. Pesan guru, biar berperingkat dan berprinsip, jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu mundur, bersederhanalah. 
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka (musuh Allah) dengan kekuatan yang kamu miliki. (Al-Anfal:60)