20111104

Kualiti atau Kuantiti?

بسم الله الرحمن الرحيم

"untuk melakukan kebaikan itu mudah tapi untuk kekal dalam kebaikan itu payah"

Satu ayat yang cukup ana suka. Ya, cukup mudah untuk kita lakukan sesuatu tetapi untuk mengekalkan momentumnya tidak semudah yang disangkakan, diperlukan mujahadah dan semangat yang kental agar  tindakan yang benar dapat terus kekal. Tapi tidak bisa bukan untuk kekal benar selamanya? Umpama juga dengan manusia, cukup mudah untuk membentuk manusia menjadi baik tetapi ingin mengekalkan manusia itu dalam keadaan baik itu cukup payah, sebab itu dapat kita lihat, mereka yang kenal hakikat daie itu cukup ramai tapi berapa ramai yang masih kekal dalam memahami hakikat itu? Terkadang ana dan sahabat2 yang lain tercukup penat, kuantiti mereka cukup ramai tapi kualiti mereka? Kami sendiri tidak pasti, masakan kami pasti dengan kualiti yang lain sedangkan kualiti diri kami sendiri entah berada di tahap mana. Ke sekolah lihat kuantiti adik2 di bawah jagaan kami, gulp, ana terkesima dengan mengetahui jumlah mereka dari b0s sahabat kami yang tersayang, Aina, beliau tersenyum jep...terus soalan antara kualiti dan kuantiti datang menerjah minda dan hati ini. Sedar ke tidak sahabat2 nie? hurmmm...satu bebanan yang ditempah bagi pandangan ana. Tapi yang penting, usah lihat yang dah berlaku harus terus fokus tentang masa depan. Yup, harus bersedia dengan masa depan yang entahkan di mana dan bagaimana. Adik2 dan sahabat2 j0m serang diri masing2 demi Islam, masa untuk berubah demi masa depan Islam. Pesan guru, biar berperingkat dan berprinsip, jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu mundur, bersederhanalah. 
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka (musuh Allah) dengan kekuatan yang kamu miliki. (Al-Anfal:60)

3 comments:

  1. urm,agak2 sy ni berkualiti tak??

    ReplyDelete
  2. hehe..farah dhiya sahabatku sentiasa berkualiti...kualiti ibarat iman terkadang bertambah dan berkurang...jOm tmbh kualiti muslim kita pd hari ini~

    ReplyDelete
  3. insyaallah..doakan sy ye shbt~~

    ReplyDelete