20111009

kAtA-kAtA ItU...(^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sungguh, kamu pasti akan diuji dengan kata-katamu itu"

 Malam semalam ana hadir ke forum lau kana bainana di kampus. Subhaanallah, ramai jugak orang yang hadir sampaikan ramai yang duduk di atas tangga dan depan stage serta tepi-tepi stage demi mengikuti majlis ilmu ini. Sungguh banyak input dan kesedaran yang kami perolehi walaupun pusingan bual bicaranya hanyalah dua kali sahaja. Penuh hikmah penyampaian para panel tapi ana tak dapat nak fokus dengan sepenuhnya sebab tengah kalut uruskan sahabat2 yang nak datang tapi bas tiada. Cuba berhubung dengan mpp kemudian disuruh tanya pengarah program, lepas tanya pengarah katanya maaf bas tiada dik. Kesian sahabat2 di kediaman menunggu-nunggu. Takpe2 esok ana ganti dgn diskusi rentetan lau kana bainana ea semua, jangan tak hadir pula. Tapi apa yang pasti, lepas keadaan di kediaman agak sedikit reda, ana tumpukan pada diskusi tersebut yang sudah pun berada di pusingan kedua. Kata-kata yang cukup menarik perhatian ana ialah

 " JANGAN BICARA TENTANG CINTA KEPADA RASULULLAH KALAU KITA TAK KENAL RASULULLAH."
 dan
 "JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN KALAU SIRAH RASULULLAH KITA KHATAM"


Hoho...ana suka, cukup suka dan teramat cukup suka terutama ayat yang kedua tersebut. Kepala ayat tersebut sebijik sama dengan tajuk entri post ana sebelum ini iaitu jangan bicara soal cinta andai diri belum cinta padaNya. Akhirnya, ada juga insan yang berfikiran lebih kurang sama dengan ana. Terasa diri tiba-tiba terbela saat semua sepi tanpa sebarang kata-kata tentang ayat jangan bicara soal cinta andai diri belum cinta padaNya. Tapi, apa yang pasti, ayat yang disebutkan oleh panel tersebut terkesan pada diri ini, jangan bicara soal perjuangan seolah-olah kita tahu dan mahir dan berlagak sedangkan sirah perjuangan Rasulullah kita tidak tahu dan ingat lagi. 

Oleh itu sahabat, ayuh islahkan diri dengan mendekatkan diri kepadaNya dengan mendalami sirah kekasihNya. Jom cintai nabi Muhammad S.A.W lebih dari segalanya kerana Allah cinta padanya. Apa yang Allah suka dan sayang dan cinta maka kita harus juga suka dan sayang dan cinta kerana kita hidup untuk dan keranaNya, Allah Tuhan Yang Satu tiada dua dan tiga...(^_^)






No comments:

Post a Comment