20111005

BuaT PeRTaMa KaLiNYa...ITHAR kutemu(^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
" Man lam yahtim min amril muslimin falaisa minhum"

Ya, buat kali pertamanya, buat julung kalinya, ana rasakan bantuan dari seorang manusia yang mana sanggup meletakkan kesenangan diri di tepi demi kebaikan orang lain. Entah apa yang dilihat orang lain tentang diri ana ini tapi yang pasti ana tidaklah seperti yang disangkakan. Mungkin tidak berani atau apa dengan ana menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian rupa. Mungkin mereka sangka ana tidak tahu apa yang bermain di minda mereka saat berhadapan dengan diri ini yang hina. Sememangnya ana tidak tahu tapi dapat diteka dari gerak-geri dan tindak-tanduk mereka. Lalu? Ana diamkan saja terus saja melayari hidup di USIM ini dengan sikap sahabat2 ana yang baru ini. Tapi, ana jumpa sikap ini melalui seseorang yang baru ana kenal, dia mengamalkannya lebih dari orang yang mengaku sahabat ana. Ingatkan dah pupus tapi masih ada lagi, alhamdulillah, moga sikap ini ada dan terus tumbuh serta subur dalam masyarakat yang makin gersang sikap. Itulah ITHAR!




Al-kisahnya cukup ringkas,pada malam hari tersebut ana sepatutnya ada kuliah. Lalu, ana dan sahabat ambil keputusan untuk stay di kampus. Sedang khusyuk bermastautin di library bersama telefon ana yang dah k.o, tanpa sedar kuliah diBATALkan. Tapi nasib baik phone kawan ana sorang nie masih lagi hidup. Dapatlah tahu jugak walaupun agak lewat melalui seorang sahabat lain yang mengatakan kelas batal. Bergegas turun dari library, nun jauh dari atas bukit library nie, kelihatan bas meninggalkan kami. Lalala...habis...jalanlah turun menuju ke fakulti, xpelah solat dululah. Selepas solat, sahabat yang dah balik cakap bas balik kediaman ada pukul 10 malam nanti. Haaaah??? Owkep, biasa je tue...sudah gaharu cendana pula sudah tahu menunggu juga, inilah yang dilakukan ana dan kawan ana. Dah tahu bas balik kediaman xde tapi kami tunggu juga lepas solat tue. Dua tiga empat lima bas lalu di hadapan kami memberi harapan semata tapi seperti yang diketahui bas ke kediaman hanyalah pukul 10 nanti. 


Tapi, tiba2, macam bas kediaman tue...aha! betullah...lalu naiklah kami dengan bahagianya...ramailah jugak dengan ana masa tue, satu bas penuh. Ana naiklah lambat sikit, ooiiit...sape tue? macam kenal je...dua orang sahabat sedang duduk di  kerusi sebelum last. Ana buat bodoh aje sebab ingatkan tertinggal jugak tapi tiba2 ana perasan yang dua2 pakai kain pelikat. Apa kes dua orang nie pakai kain pelikat kat kampus. Jangan kata dari kediaman datang sini balik..dia nampak ana lalu berlakulah perbualan...


Dia: phone mati ek?
Ana: ho, bkpo? atar mesej ko?
Dia: teponlaa...
Ana: nok wak gano bateri abih tue gak...
Dia: tahu x bkpo klas batal?
Ana: dop, bkpo2?
Dia: ada konfius sket, gano tahu, silap kok mano, dewan tue senior guna untuk koko...
Ana: ooo...


Sekian, tamatlah cerita ringkas ini. Ana habiskan nuget ana dan dia sambung sembang dengan sahabatnya sampailah ke kediaman...Siapa yang kenal siapa kawan ana ni pasti tahu perangai entah pape dia neh dan kami yang kenal nie pun dah terima dah perangainya yang agak bermasalah tersebut. Dia bukanlah seorang yang alim bukan jua seorang yang handsome bukan jua seorang yang soleh dan bukan dan bukan kerana dia seorang yang agak bukan2. Tapi, ana cukup respect padanya kerana bagi ana dia memiliki sifat ithar yang cukup pure atau tulen. Kenapa ana katakan dia punya ithar yang tulen? Jika ingin difikirkan secara logiknya, boleh je dia pesan kat pak cik bas suruh datang ambil kami yang tertinggal di kampus ni. Yelah, semua yang tertinggal ni semua perempuan. Dahlah tue datang dengan pakai kain pelikat, datang plak dua orang, nampak sangat rushing lepas solat maghrib tadi. Habis 45 minit masanya semata datang ambil kami nie. Mungkin dia ingat ana tertinggal sorang2 kot sebab tak dapat contact ana. Terfikir, agak2 kalau tak nampak ana naik bas tue dia turun cari satu kampus tak? Haa...rajin betul kalau dia buat. Apapun terima kasih ea...susah2 datang ambil kami. Tapi ibrah yang ana dapat dari kisah ringkas ini ialah ithar yang dimilikinya. Bayangkan sanggup seorang kawan dengan kain pelikat datang naik bas dari kediaman yang jauh ke kampus semula semata mencari kawannya yang tertinggal di kampus. Subhaanallah, cukup itharnya. Dan adalah dua tiga peristiwa lagi yang ana lihat memang cukup peduli dirinya tentang kondisi rakan2 barunya di USIM ini. Cukup berbeza dari orang yang ana kenali dan dari ketua kuliah yang lain. 



Sebenarnya, agak lama ana menunggu sikap ini muncul dalam kalangan generasi ana, tapi semuanya hanya separuh jalan dalam membantu dan mendahulukan sahabat2 mereka. Ada yang berkata, "kalau nak tolong orang pun jangan sampai menyusahkan diri" dan sebagainyalah. Bagi ana pandangan ini agak kurang relevan. Seperti yang kita sering dengar tentang kisah para sahabat di zaman Rasulullah yang sanggup mendahulukan sahabat mereka walaupun mereka perlu mati. Terlalu banyak jika ana ingin coretkan di sini. Tapi sebagai contohnya kisah Akramah bersama 2 orang sahabatnya yang mati syahid kerana mendahulukan sahabat mereka yang memerlukan air padahal mereka juga sedang nazak dan memerlukannya, selain itu, tentang peristiwa berlakunya Bai'ah Al-Ridhwan yang berlaku kerana mendengar khabar angin tentang Uthman Bin Affan yang mati dibunuh lalu para sahabat membuat perjanjian untuk membalas dendam andai benar berita yang mereka tahu ini...mereka sanggup mati bersama jika sahabat mereka dibunuh.


Dapat kita lihat dari dua contoh yang dibawa ini, bahawa sahabat2 di zaman Rasulullah dahulu ialah mereka yang begitu kental dan yakin terhadap agama Allah tanpa perlu kisah tentang nyawa mereka selagimana perbuatan yang dilakukan berlandaskan syariat. MEREKA BERSAHABAT KERANA ALLAH. Di sinilah kuncinya, apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah kita tidak akan pernah kisah lagi tentang diri sendiri kerana kita yakin Allah itu ada dan ada ganjaranNya di sebalik usaha yang kita lakukan untuk kebaikan orang lain dalam bersama menuju Allah. Ingat, boleh jika ingin lakukan, fikirkan atau apa sahaja berseorangan tapi ingat masuk syurga nantipun nak berseorangan jugakah?  Atau silap haribulan kita yang berseorangan itu pun ditarik ke neraka juga kerana tidak mempedulikan orang lain dalam kebajikan menuju Allah. Mahukah? Hidup kita tidak dapat tidak akan berkaitan dengan orang lain jua. Hidup di dunia bersama orang lain jua, belajar di sekolah bersama orang lain juga, bahkan berkahwin pun dengan orang lain juga mana ada kahwin sorang dirikan? Mati je sorang2, tapi ketika dihisab berat ringan pahala dan dosa nanti tetap berkait dengan orang lain juga. Jadi, masih tidak ingin percayakah yang hidup ini perlu memikirkan tentang orang lain dalam membawa mereka  bersama-sama dalam mempraktikkan Islam yang sebenar? Ingin nafi? Fikirlah sendiri~

Sekadar ingatan terutama buat mereka yang mempunyai sifat EGO terutama muslimin (maaf jika terasa tetapi hakikat bukan?)...Ingatlah, egolah dengan manusia egolah dengan Allah dengan melakukan semua benda dengan sendiri untuk diri sendiri tapi tunggulah saat Allah ego dengan anda...sama2 kita menjauhi sifat ego ini. Banyak padahnya....tukarkan dengan ithar...tak perlu bermula dengan perkara yang besar dan jauh perjalanannya kerana perjalanan kita hanya singkat. Mulakan dengan perkara kecil sesungguhnya itu lebih baik kerana perkara yang besar dari perkara yang kecil. Dewasanya manusia dari kecilnya bayi...sedikit tetapi istiqamah, itu yang lebih nabi Muhammad S.A.W suka dan lebih afdhal untuk diamalkan dalam hidup ini...jOm beramal dengan berterusan(^_~)waallahu'alam...

No comments:

Post a Comment