20101010

aYuH BeRMaDaH PuJaNGGa!!!

Assalamua'laikum kepada semua dan salam ceria ana titipkan. Semoga bertambah kepatuhan kita kepadaNya,insyaallah.

Baiklah. Bersempena musim hujan nie, ana bersama-sama dengan si katak dan si cengkerik yang sudah pum bersyair dari minggu lepas lagi ketika kami khusyuk menghadap cikgu, akan bermadah pujanggan di sini.~sila baca elok2 ayat di atas takut tersalah faham dek terlalu panjang~ Hohoho...satu,dua dan mula,

Dalam titisan air hujan,
aku lemparkan seribu impian,
dalam titisan air hujan,
aku lihat pelbagai keadaan,
dalam titisan air hujan,
aku rasa berjuta macam,
dalam titisan air hujan,
aku fikir pelbagai harapan,
dan dalam titisan air hujan,
aku nilai diriku lagi.....

Wahai titisan air hujan,
benarkan aku mengadu domba tentang semua yang aku rasa,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku melihat menerusi kamu biar jelas semua yang berlaku,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku terhempap ke bumi bersamamu biar aku kenal diriku kembali,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku rasa hina dan bangga dengan dan seperti dirimu,
wahai titisan air hujan,
benarkan aku dekat dengan penciptamu kerana sesungguhnya itu yang sebenarnya aku mahu.....

Aduhai titisan air hujan,
hinanya aku,
sekali kamu diarah terus saja kamu lakukan,
tetapi aku,
dari dulu diarah sampai kini tidak terlaksana,

Aduhai titisan air hujan,
hinanya aku,
sanggup kamu yang berada tinggi di atas turun ke bumi semata kerana perintah tuhanmu dan juga semata kerana itulah takdir dan juga dirimu,
tetapi aku,
aku yang disuruh sujud ke bumi ini tidaklah sekerap dirimu tunduk ke bumi walaupun asalku sebenarnya dari bumi juga......

Hai manusia,
sedarkah  kamu?
sedarlah kamu,
titisan air hujan itu lagi hebat berbanding dirimu,
ambillah pengajaran dari kejadiannya,
moga2 kamu menjadi dari kalangan orang2 yang beruntung.

Tamatlah sudah rasa ingin bermadah pujangga, teeetttt......emm, entah apa yang dah mula jari nie mengarut tetapi andai ada permata ambillah, andai ada mutiara kutiplah.~dengar tue watiffff~
Moga2 aku dan kamu menjadi orang2 yang soleh lagi muttaqin...!!! Insyaallah!! ~Wassalam~

Yang e~claz,
BdAk kEcIk,

No comments:

Post a Comment