20110906

MaNuSia BukAn PLaSTiCiNe....(^_~)

Bismillahirrahmanirrahim...mOga2 dapat kita teruskan menyebutnya dalam melakukan setiap perbuatan kita setiap hari dalam kehidupan kita...ameen~


Ya, manusia bukan plasticine. Itulah hakikatnya wahai diri. Ya, bukan mudah membentuk manusia tidak semudah membentuk plasticine mengikut rasa yang kita mahu tapi yakinlah manusia itu akan terbentuk jua mengikut harapanmu pada mereka tetapi bukan mengikut acuanmu tetapi acuan tuhanmu. Dirimu hanya sekadar perantaraNya dalam membentuk hamba2Nya. Teruskan saja menjalankan tugasanmu whai khalifah kecil dalam membentuk ummat Muhammad menjadi ummat yang terhebat. Tergalas tanggungjawab itu di bahumu kerana itu janjimu dahulu di alam roh, lalu jangan pernah mungkir. Kamu kecil? Tidak apa belajarlah perlahan-lahan, aku kekuatanmu, aku adalah dirimu. 


Mereka tidak mengerti, tidak mengapa kerana mereka tidak tahu barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Mereka tidak menerima, tidak mengapa kerana mereka tidak menyedari barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Mereka tidak mengendahkan, tidak mengapa kerana mereka terlupa barangkali, teruskan saja tiflus soghir. Teruskan saja dalam  menebarkan sayap semangatmu kepada mereka dari dekat atau jauh. Teruskan saja melemparkan senyumanmu kepada mereka dari depan mahupun belakang mereka. Teruskan doa di hatimu kepada mereka dalam cerahnya siang dan gelapnya malam. Teruskan saja berbicara bersama mereka dalam suara terzahir ataupun diamnya hati. Teruskan saja berjuang dalam membentuk mereka dalam membentuk dirimu jua dalam sama2 menuju syurgaNya. Boleh wahai si tiflus soghir? (^_~) 


Sesungguhnya tuhanmu pernah berpesan kepada kekasihNya, Muhammad S.A.W bahawa, "Janganlah kamu gantungkan hatimu pada dunia kerana dunia tiada apa2 dan janganlah kamu berharap kepada manusia kerana sesungguhnya mereka tidak mempunyai kuasa walaupun sedikit" Lalu, ayuh! (^_~)

No comments:

Post a Comment