20120726

Odyssey Terbaiklaaa (---___---)''

بسم الله الرحمن الرحيم

" sesungguhnya perjalanan seorang hamba itu susah akan tetapi mudah 
bagi mereka yang bersama Allah 
yang merasakannya sebagai sebuah nikmat, anugerah dari tuhan "




Kelam atau indah sesuatu perjalanan itu terpulang kepada tuan empunya diri yang mahu menilainya bagaimana, jika nikmat yang dirasa maka itulah yang diperoleh jika bala yang dirasa maka itulah yang diperoleh. Bersangka baiklah dengan Allah maka Dia akan menunjukkan kepada kita hikmah setiap kejadian yang terjadi kepada kita.

Pengembaraan yang ingin ana kongsikan kali ini sememangnya sebuah pengembaran, penuh dengan pelbagai hikmah, perjalanan sehari suntuk namun cukup memeritkan malah memenatkan tetapi membahagiakan insyaAllah dengan membawa hati ini lebih dekat mengingatiNya.

Perjalanan bermula waktu pagi. Ana dalam perjalanan ke Nilai untuk melakukan sedikit tanggungjawab kepada pimpinan Tamhidi yang baru. Seusai menaiki bas jam 9, terasa lapar jadi sentaplah kuih pau yang dibeli tadi, hem, lama menunggu, jam 10 lebih baru bertolak tetapi tak mengapalah adalah hikmahnya. Seat ana di belakang sekali,  iya, agak mencabar kedudukan ini, tapi seronok dapat tengok suasana dalam bas dan suasana luar alam sana.

Tak sampai 4 jam perjalanan, jeng jeng jeng.....pengembaraan ujian bermula, tiba di Gua musang, adalah sepasang manusia naik bas ini, disebabkan tempat duduk penuh, lalu pak cik bas  mengambil langkah yang agak hebat dengan meletakkan mereka berdua di tempat rehat driver di belakang sekali bersama dengan pak cik bas sorang lagi. Owkep, dua lelaki dan seorang perempuan berada di tempat yang sempit untuk satu perjalanan yang jauh. Dan mereka bukanlah ahli keluarga kerana pak cik bas ada tanya, " adik beradik ko?" "Taklah." " Gewe?" diam....hurm....sedih mendengarnya. Tak terfikir akan berlaku begini, apa ana boleh buat melihat dan mendengar ajelah celoteh ini berlaku di depan mata di belakang kepala. Pak cik mula2 baik lagi berbual dengan dua orang pemuda pemudi itu, tak lama lepas itu, si gadis pening, lalu pak cik cakap, " nie, amik bantal letok atas gewe nie pah tdolah baru ile sket penim tue " 

(----_----)" apakah?
ana tak tahulah apa yang terjadi tetapi itulah yang didengari, situasi sebenar di tempat sempit itu hanya Allah dan tiga orang itu yang mengetahui.

Tak lama lepas tu, pak cik rancak berbual dengan pemuda tersebut, bercakap soal keluarga kemudian bertukar kepada soal kewangan dan akhirnya........masuk ke soal pOLiTiK....jeng jeng jeng...adoi, macam2 pak cik kata itu dan ini, dan diri ini hanya bisa mendengar, dalam hati, " tak apalah ya Allah, sesungguhnya pok cik nie tak tahu, tak habis ngaji bab agama lagi nie bokalih, sie dio, nok ajar nati keno ajar kedio, huhuhhu" jadi?  terpaksalah ana menadah telinga dengan ayat2 power dari pak cik hinggalah pak cik terlena....



Sungguh terasa kerdil kerana tak mampu untuk berbuat apa-apa, terasa lemah diri ini yang menggelarkan sebagai penggerak amal Islami tetapi tidak mampu menegakkannya. Sungguh diri ini lemah oleh itu, berikan aku kekuatan ya Allah di masa yang akan mendatang untuk menegakkan agamaMu, ameen...

Bajet sampai pukul 6 petang, tengoklah jam, owh, pkul 5.30 nie, ana kat mana eh? Intai punya intai, jenguk punya jenguk signboard tepi jalan......huh!!!!?????? highway Banting-KL? alamak jauh lagi kew? Owkep, jauh sangat upenye. Sahabat Nilai dah tanya sampai bila? Bagus betul. tapi tak ada sesiapa dapat datang ambil ana di Seremban sebab semua dah balik dan ramai yang ke mesyuarat anak Selangor di Bangi, adeh! cane nie? beg fail2 uh berat bukan main, nak kena jalan dari stesen bas ke ktm dengan bawak beg nie, owkep, berat ngat, sabor jelah.

Akhirnya, ce teka pkul brape baru sampai seremban? 8? Ha'ah lebih kurang, ana pun dah lupa yang pasti dah malam time tue. Lalu bermusafirlah ana ke KTM seorang diri tanpa manusia lain sebagai peneman, beg dua dah sarung di badan, berat tahap gaban tapi nak buat macamana, jalan punya jalan, masuklah terowong bawah tanah ke KTM, gulp!..seram kot..dua tiga mamat Bangladesh lalu, heehee, ana pun jalan lurus saja, nak berhenti rehat letak beg tapi keadaan lorong tersebut dengan ana sengsorang menyebabkan ana tak berhenti tapi jalan terus je. Adoi, penat? Ha'ah teramatlah kot, lalu depan pondok polis yang kecil, rasa selamat kejap, tapi.......jeng jeng jeng...

 Lorong depan ke KTM memang gelap gulita xderk lampu, adeih, kaki ni rasa nak berhenti, mata dah tak tertutup berkelip, lorong kecik kri kanan kawasan pembinaan, tapi dari jauh ana nampak lampu kawasan KTM yang cerah, matlamat ana, KTM! Dengan nama Allah ana kuatkan langkah terus je dengan nafas yang hampir semput berjalan dengan kadar segera dan akhirnya Alhamdulillah sampai jua akhirnya, haaaih, sampai2 tak buang masa terus saja beli tiket, lepas beli tiket ana masuk kemudian jalan kemudian naik tangga untuk tunggu train seterusnya, tetiba.........jeng jeng jeng...

Adalah pulak lelaki sorang nie yang entah dari mana hadirnya mengekori ana, adeih, ana penat x habis semput tak hilang, nie kes apa plak nie? Herm.....tetiba,
"awak, saya nak mintak tolong nie"
maka bermulalah al-kisah tentang dirinya, dia pun memberitahu namanya, latar belakang dan kejadian yang menimpanya, kesian? Adalah juga, percaya ke? Ntahlah, tak dapat ana nak kata kerana sesungguhnya hakikat sebenar ana tak tahu, dia nak apa? Dia mintak ana tolong dia bagi sedikit duit untuk dia beli tiket balik umah, beg dia dah hilang termasuklah kunci kereta,dompet dan lain2, kereta plak kena kunci tayar, sekali dengar nak percaya atau tak, tak dpat ana nak kata...keputusan?

Akhirnya, ana hulur RM50 kat dia, dia tanya macamana nak bayar balik, ana khabarkan amik ajelah, ana sedekah bagi hadiah, kalau dia benar moga beroleh pahala kalau dia menipu pun moga beroleh pahala jua, 'ala kulli hal, ana kembalikan padaNya tentang kebenaran, dan alhamdulillah lepas bagi duit dekat dia, train pun datang, gembira ana tak terkira, jadi bye2 encik, train saya dah datang, selamat meneruskan kehidupan encik ea (^_^)

Lalu, ana pun naiklah train, tengah sedap2 duduk, mesej masuk, tanya pasal adik2, rilek luh ana semput tak hilang lagi nie, macam2 benda mengadap dari pagi ke malam tak makan2 lagi nie, tetiba tanya plak, apa kata tanya sahabat yang memang dah kat sana? Tak faham betullah akan sahabat ana sorang nie. Tak apalah tapi ana katakan padanya nanti ana khabarkan kembali, ana tak sampai lagi ke destinasi. Kesian juga mungkin dia ingin hadir ke Nilai tapi tak dapat, tak apalah sahabat ana jadi wakil untuk sahabat2 Kelantanlah nie datang ke Nilai.

Sampai di KTM Batang Benar, ana pun turun, nasib baik akak senior baik hati minta kawan dia datang ambil ana di Ktm nie, naik motor pula. Tak kisah Alhamdulillah sekurangnya ana tak perlu naik teksi seorng diri dengan pak cik yang tak dikenali beserta duit yang melayang dahla duit dah tak ada bagi dekat Encik KTM tadi..huh2, ponat tak hilang lagi nie.

Naiklah motor, ana ada bawak bantal selimut satu tapi disebabkan ana seorang tadi jadi ana selitkan di belakang ana galaskan dengan beg, mencabarlah kot memalam naik mtor merempit ke kolej kediaman, sampai2 di sana, jeng jeng jeng.....

Oh, bantalku biru lagi comel tera panda dah hilang, owkeh, mesti jatuh time naik motor atau time bercakap dengan encik KTM tadi, herm , sayangnye, sayang sangat dengan bantal tue tak sangka plak boleh hilang, hurm , tak apalah redha ajelah, dan akhirnya berakhirlah pengembaraan ana pada hari tersebut dengan kehilangan sebuah bantal...


Penuh kisah ana hadapi sebagai seorang muslimat yang jauh datangnya itulah yang ana hadapi, alhamdulillah masih dilindungi Allah dan selamat, kalau nak jadi perkara lain, macam2 boleh, ngeri juga sekali fikir, huhu, tapi terubat segala kengerian yang ana hadapi sehari suntuk dengan kalam sahabat ana ini, katanya " antum tanggungjawab ana, ana nak lakukan yang terbaik tapi ana tak mampu " Sedihnya, tapi tak apalah sahabat sesungguhnya Allah tahu apa yang kita hadapi, kesian dia seminggu di sana, tapi ana tak dapat nak hadir lagi, dimarahi pula oleh senior di sana, kesian, sahabat2 ana yang lain pula baru nak belajar jadi ana asifah ya ashabi, tak dapat nak bantu dari awal, ana sampai di sana dia dah balik, dia nak datang ambil beg fail yang berat tahap gaban tue tapi dia terpaksa balik petang tue, cukup bagi ana dengan segala usaha yang dia buat ana puas hati, bukan senang nak dapat sahabat macam dia, tapi jujur ana kata, sedih sangat bila dia kata macam tue tadi, tak pepasal kami jadi tanggungjawab dia, tinggi  rasa persahabatannya.

'Ala kulli hal, post ini agak pathetic i guess, sangat menyedihkan bagi analah mungkin bagi anda ianya sangat biasa mungkin, wallahu'alam, apapun ustaz kata, selagi mana orang perlukan khidmat kita, tunaikanlah!
 


Betul tue ustaz, ana buat yang terbaik, kami cuba buat yang terbaik kerana sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan segalanya. Yang penting, setiap perkara ada hikmahnya, mungkin hujan di sini tetapi cerah di sana, wallahu'alam sesungguhnya kami tidak mengetahui yang penting prinsip ana, ana susah tak apa jangan sahabat2 ana, cukuplah ana yang mengetahui keperitan menghadapinya suatu masa dulu bukan sahabat2 ana, jadi izinkan ana membetulkan apa yang mungkin betul di mata anda tetapi hakikatnya salah di sisi insan lain. Nampak ana jahat, salah, silakan, ana tak kisah yang penting sahabat2 ana di jalan yang benar, betul lagi disukai ramai, hehe, macam iklan susu, disukai ramai, erm, goooOOd. eheh


Yang penting, moral of the story, kita yang mencorakkan hari kita, mungkin kelihatan malang kisah ini tapi ana tak da perasaan sebanarnya dengan apa yang terjadi jadi ana redha aja, hahaha, bukan ana lupa atau tidak punya perasaan untuk kisah ini tetapi ana punya masa hadapan yang perlu ana fikirkan.

Apapun salam juang, semOga hari2 yang mendatang membawa seribu erti kebenaran! (^___^)



2 comments:

  1. saya dh rsa dh naik bas sorang, turun kb, smpai dekat2 malam .. :)

    btw, salam perjuangan buatmu sahabat .. perjuangan, walaupun penat dan lelah, namun di'sana' tersimpan kerehatan yang berpanjangan .. :)

    ReplyDelete