20120726

Odyssey Memori Hati (n____n)



بسم الله الرحمن الرحيم

" berkata-katalah selagi mana di dalam kebenaran 
kerana sesungguhnya mereka yang sibuk dengan kebaikan 
tidak sempat melihat keburukan "


Andai ditanya kenangan paling manis di Tamhidi apa? Maka jawapan dari ana tentunya Pertandingan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, yang mana kami terdiri dari dua kumpulan, Team A dan Team B, 4 orang pelajar Tamhidi Syariah dan 4 orang Tamhidi Sains dan Teknologi. 

Apa yang menariknya? Herm, mula2 mestilah sebab bahasa yang kami pertandingkan ini. Pentutor kami, Anis bukan main pening lagi nak cari orang untuk jadi wakil Tamhidi, dia tak boleh menyertai sebab dah masuk Team Debat Bahasa Arab Piala Diraja mewakili USIM jadi terpaksalah mencari rakan-rakan lain untuk menyertainya.

Dan kami..........sememangnya tak nak menyertai sebab dah dekat dengan final exam plus, tak pro sangat dengan bahasa nie apatah lagi lawan-lawan kami ialah pelajar degree. Sekali fikir memang tak nak, tapi setelah berkali-kali fikir, kami ambil keputusan untuk rempuh saja pertandingan ni, masa yang diambil berlatih tak sampai 3 minggu pun tak seperti kumpulan debat bahasa lain, mereka dah lama buat persiapan dan kami, baru nak belajar bertatih dengan bercakap Arab. Sungguh jauh bezanya. Apa yang kelakar dan seronoknya ialah, masa bertanding, kami main bedal je perkataan, apa yang terlintas itulah yang terkeluar, haha, bila teringat balik, macam2 gaya kami gunakan. 

Sebab kedua ialah kami masih lagi budak asasi, paling kecik umurnya berbanding peserta2 lain. Menarik bukan? Takut kot nak lawan abang2 dan akak2 yang terutamanya dari Fakulti Bahasa dan Fakulti Syariah yang sememangnya terkenal dengan kefasihan mereka berbahasa. Usia? Kami? Lantaklah janji menyertai, dan alhamdulillah sampai ke separuh akhir kot, banggalah jugak, hehe, dari 16 atau 20 kumpulan, kumpulan kami merupakan kumpulan ke-5 dari 8 yang berjaya ke separuh akhir. 'Ala kulli hal, alhamdulillah, masih diberi nafas untuk mengambil sebanyak mungkin pengalaman dalam berbahasa ini.

Sebab ketiga ialah dalam kumpulan kami, Team B, ana dan 2 orang kawan lagi ialah budak sains. Susah kot nak dapat tengok budak Sains debat Arab, kebanyakan peserta untuk debat BM dan BI terdiri dari pelbagai bidang course tapi Arab hanyalah kami dua course ini saja, tue pun dipaksa menjadi wakil, (--.--)' ramai tak berani sebab bahasa ni dan tekanannya agak lain jika kita rasa tercabar dan rendah diri dengan  rakan sepasukan maka mulalah nak tarik diri dan sebagainya. Namun kami gagahkan diri dan support sesama sendiri hingga ke lawan terakhir. Dan kami pun sememangnya tak berani tapi bila dibetulkan niat kembali, kami semua sepakat jOm cari ilmu dan pengalaman (^_^)

Ana Team B, 3 orang budak Sains dan sorang budak Syariah, 3 lelaki dan sorang perempuan, dan analah budak perempuan tersebut, entah kenapa tapi tersusun begitu, pelik? Ha'ah, memang mula2 dapat tahu team tue ase macam blur sangat, kenapakah? apakah? perlukah? Ini pentutor kami punya kerjalah dia pi susun macam tue, apapun nama dah dihantar jadi redha ajelah (--_--) Tapi sebenarnya agak mengerikan, bayangkan sepanjang pertandingan kena ikut muslimin tersebut, akak2 dan abang2 tengok pun lain macam, yelah budak tudung labuh follow budak2 laki..apakah...? Kesian pada diri tapi nak buat macamana terpaksalah follow tapi diorang semua baik2 dan nice-to-meet person too. Sangat caring dan selamba juga sebenarnya.

Bila diingatkan balik macam2 kejadian yang berlaku, kenangan yang manis? Taklah, memori yang mengerikan dan agak lucu skit sebenarnya. 

1- Pertandingan pertama ana jadi reserve dulu, Lutfi yang jadi pendebat kedua sebab tajuknya ialah tajuk yang dia perlu ready, hukumah atau kerajaan siap sedia dalam bilik pertandingan dan mu'aarodoh atau pembangkang siap sedia di luar bilik, dan mula-mula kami dapat jadi hukumah jadi bersiap sedialah kami di dalam bilik dan ini mengerikan........kenapa? 3 lelaki dan seorang perempuan dalm bilik tertutup....(--_--)'' memula tak tau nak buat reaksi apa, tapi lepas tue, masa dah tak banyak pun jadi ana bantulah sedikit sebanyak cari vocab untuk Lutfi dan yang lain untuk readykan teks diorang, lalu, mereka pun berdebatlah dn ana memerhati gaya mereka. Hebat, muslimin ketiga-tiga, mestilah bergaya dan nampak mantap. Dan keputusannya, iya, kami menang, alhamdulillah. Lepas tue mestilah keluar an, jadi ana pun kemaslah barang dan bersalamlah dengan akak2 yang bertanding tadi tue, baru je nak langkah keluar pintu dah tertutup, terkontang-kanting tertinggal dalam bilik dengan beg dan kamus di tangan, owkeh, mengerikan, tetibe nak pusing tombol, pintu plak terbukak, owkeh, mereka sedar rupanya tertinggal ahli kumpulan dalam bilik, bagus2, sangat sweet tolong bukakkan pintu siap, kelakarlah plak, kena tinggal macam budak kecik.

2- Pernah jumpa air mineral yang dalam bentuk macam nie?

Yang mana perlu dicucuk dengan straw dulu baru dapat minum an?
Haa, dan ana tak pandai minum air nie. 
Yup, sememangnya sampai sekarang tak pandai nak cucuk dengan betul. 
Pernah semasa bertanding, selepas giliran ana, tentulah dahagakan sebab tadi dah cakap entah apa, jadi naklah jugak minum, ana pendebat kedua, pendebat pertama dan ketiga ialah muslimin, tentulah meja sebelah2 takde jarak apatah lagi kerusi kami, jadi ana terpaksa kecikkan badan, bila ingat balik, ngeri betol. Bila nak cucuk minum air tue, ana trylah dua ke tiga kali, cis, punya susah nak masukkan, kali ke berapa entah ana pun kuatkan sikit tekanan supaya dapat cucuk dan...............iya, berjaya cucuk 
tapi airnya melimpah keluar habis basah meja, hahaha, malu? Ha'ah mestilah. Nasib baik time tu pihak lawan tengah berhujah, jadi semua mata tertumpu ke sebelah sana kecuali................pendebat ketiga sebelah kanan ana nie, (--.--)'' uh, ana diam dan dia pun diam, tak sampai dua saat dia ketawa dan ana pun mestilah lagi nak ketawa, malu kot tak pandai nak cucuk air. Adoi, tapi sekejap je, ana buat tak tahu guna kertas yang diberi di meja lap2 air, dan yang sebelah ana ni dah pandang sebelah kanan dia tertunduk ketawa, lantaklah Syamil, memang ana tak reti cucuk benda alah nie pun...

3- Makan! Iya, masa makan, minggu pertama Team A masih ada jadi adalah teman ana nak pergi makan dan berbual tapi minggu kedua team diorang dah tak ada dan ana terkontang-kanting sengsorang di pertandingan ni. Tapi ketua team kami sangat baik, dia selalu tengok mana awatif nie, dan tetiba ana pun duduklah di meja lepas amik makanan, duduklah depan Lutfi dan Afiq. Nak makan serba salah depan muslimin kot, tetiba Syamil datang dan duduk di sebelah untuk makan, owkeh, muslimin memulakan aktiviti makan diorang dengan bersemangatnya dan ana....iya, tersepit di meja tersebut tak dapat eden nak keluar pergi cari tempat lain nak makan, jadi terpaksalah tengok mereka makan, Syamil guna sudu makan nasi lemak, sangat kemas, dan Lutfi depan ana kedudukannnya, paling kelakar kot cara makan, sangat bersemangat macam anak kecil, bagus2 teruskan usaha memakan nasi lemak anda dan tanpa segan silu makan, ana pula yang tersegan nak duduk di tempat duduk ana, nak keluar Syamil kat sebelah, tak tahu nak pandang mana akhirnya pandang phone, tercari-cari manalah Anis nie, copet2lah datang~~~

4- Ada satu ketika nie, kami dapat lawan Team Tamhidi A sendiri. Oleh sebab sama-sama budak Tamhidi an jadi semangatnya entah apa-apalah an, kami pun main tukar je kedudukan kami, yang biasa jadi Perdana Menteri jadi reserve, yang biasa jadi pendebat kedua jadi pendebat ketiga dan yang jadi pendebat ketiga jadi Perdana Menteri, confirmlah hancur strategi, hoho, walaupun namanya berdebat tapi posisi anda mewakili gaya yang berbeza, nada pertahanan dan menyerang juga akan berbeza mengikut posisi anda sebagai pendebat, hahaha, dan ini sangat mengarut, semasa bertanding kami asyik ketawa aje kerjanya, main-main betul. Tapi kami belajar banyak perkara walaupun kami bertukar posisi untuk satu pertandingan. Dan......kami rindu posisi kami! Lepas tue, tak main dah tukar-tukar ni...(^_^)

5- Ada satu time ni, tengah syok tengok tajuk yang akan dipertandingkan selepas ni, tetiba, 
" Awatif ganti Syamil"
 Huh!!?? 
" Ganti ana jap lagi, tak sihat ni" 
Erkk!!??? 
Ganti pendebat ketiga, aiyark, ana tak pandailah sahabat nak menyerang pihak lawan, nak menerangkan dan membantah sebagai pendebat kedua ana pandailah. Ana pun pujuk, janganlah2, tolonglah betahan tapi kalau dah terpaksa, tak mengapalah, kesian Syamil sakit tapi demi kumpulan kami dia pun bertahanlah sampai akhir pertandingan, kesian betul, dia sebelah ana masa bertanding, muka memang dah atas meja tertunduk menahan sakit, aduh, kesian, ana asifah ya, tanya, sakit lagi ke? ha'ah, tunduk meng-iyakan, aduh, nak tolong tak pandai, dia muslimin ana muslimat, kalau muslimat bolehlah jugak nak tolong tapi dah berbeza jantina ni ana dapat tanya ajelah biarpun dah tahu. Apapun alfu syukran sebab bertahan hingga ke akhir pertandingan.
Anda memang baik dan gentleman orangnya.

Dan.....banyak lagilah kalau nak diceritakan tapi tak tertulislah pula, 5 kisah di atas antara yang ana ingat, tapi apa yang pasti ana tak pernah menyesal masuk debat walaupun dekat sangat dengan exam dan walaupun ana sorang muslimat Sainstek yang masuk bertanding debat. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang berguna ana dapat. Seronok dapat kawan dengan budak Syariah sebab dapat kaji isu-isu yang sememangnya tak terkaji kalau tak sebab duduk bicara dengan mereka, sangat seronok bersahabat dengan anda Atheefa, Amira dan Anis Amirah, anda semua sangat comel dan baik dan hebat! Lagi-lagi Anis (^_~)

'Ala kulli hal, sangat berbaloi ana menyertainya, sangat seronok walaupun kebanyakan memori agak mengerikan tetapi banyak perkara yang menggelikan hati dan menggembirakan semasa bersama dengan anda semua. Syukran kerana menjadikan Tamhidi ana sangat indah, hilang segala masalah yang dihadapi sepanjang Tamhidi apabila mengenali anda semua semasa pertandingan debat ini. Debat? Nantikan ana ea Ustaz Safwan di tahun 1, ana akan baiki nutqu ana (^_^)


tadaaa..! lokasi gambar ni di Fakulti Syariah Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terchenta. Tiga kategori bahasa yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Semua fakulti di USIM dikehendaki menghantar wakil termasuklah kolej kediaman juga. Dan kami,
 kami wakil Tamhidi 2011/2012 untuk Debat Bahasa Arab.

~ Berdebat, berdebat juga, berlapang dada jangan lupa ~

Salam membuka fikiran melalui perdebatan (^_^)

No comments:

Post a Comment