20120726

OdyssEy tAmHiDi (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم


" apa yang anda fikirkan itulah yang anda akan dapat, 
think positive then you'll get the positive one "



Alhamdulillahi 'ala kulli hal, berakhir sudah zaman Tamhidi ana dan rakan2 seperjuangan bersama. Tadaa..! nie timeline yang kembar Tamhidi buat, Aman dan Amin, mereka sangat berfikiran positif dan menyayangi alam Tamhidi, seronok melihat gelagat mereka dari jauh.


Bila dikenang kembali, terdapat 1001 kisah antara ana, sahabat2, USIM dan Tamhidi. Macam-macam adegan dan pelbagai karenah dijumpai dan semuanya terasa seperti makan colek -ore kelate kato- macam2 rasa, manis, pahit, masam, masin dan tawar. Cukup perasa dan kuahnya.


Bagi ana tidak kira zaman apa yang kita lalui sebenarnya semua bergerak dengan pantas tanpa kita sedari. Sering ana ungkapkan pada sahabat2 dulu, Tamhidi hanya setahun ni saja dan yakinlah ia berlalu dengan pantas  jadi tindakan jua harus pantas tidak kira dalam belajar atau apa saja.


Manusia memerlukan masa. Iya, ianya diakui tapi bak kata ustaz ana, sementara iya tapi bukan selamanya. Jika ingin down atau apa, silakan tapi sehari dua ssudah, jangan diambil terlalu lama bimbang kita terlepas memandang nikmat Allah yang tercurah untuk kita di depan mata.


Persitiwa atau kejadian di Tamhidi banyak, jika ingin diungkapkan tidak mungkinlah jari ini dapat meneruskan kerana terlalu banyak yang terjadi tetapi antaranya yang masih diingat kini ialah, 


~ mula-mula masuk kelas, ketua kuliah dah pindah jadi teacher lantik yang baru, namanya Atif, orangnya agak baik, okay saja dan kami tak kisah, kemudian teacher tanya, jadi sape penolong nie? tetiba, Awatif....owkeh, semua diam, semua budak perempuan dah naik hairan siapalah awatif tue, mana tak hairan yang sebut nama ana tadi tue semua lelaki, kurang asam limau nipis betul kawan-kawan sekuliah ana nie, mementang nama nak sama suka hati je sebut, baiklah, tak pepasal ana jadi penolong kuliah walaupun tak bertauliah, 'ala kulli hal, KTS 3, terbaiklah! TTS 10 lagi terbaik, agaknya, satu-satu group tutor yang kalau disuruh buat group laki pompuan kami buat tak tahu je, kalau buat pun sekadar nama, bagi kerja, jumpa 10 minit je lepas tue blah, hahaha, bunyi macam kejam tapi alhamdulillah kami okay aja, tidak adalah pula sampai tahap saling meminati atau segala bagai seperti yang dihadapi tutor lain...TTS 10 selamba terbaiklah!


~pernah bawak kereta sampai Shah Alam dan tersesat dan terlanggar divider dan tersilap laluan masuk kerana mencari satu tempat untuk rehlah, guess what? selamat Alhamdulillah sampai ke Nilai kembali, tapi masih tak bayar kos beiki kereta yang disewa, nantilah ea Abang Adam bulan 9 nie kami bayar ea...heee (^___^) Menyesal? Taklah! Kelakar? Yup! Banyak ana belajar sepanjang kejadian, ngeh3, best!


~ pernah juga buat kerja yang tak dibuat orang pada malam ujian percubaan-midterm exam- untuk dua2 sem plak tue, mengarut betul awatif nie tapi itulah hakikat diri ini, buat benda yang tak dibuat orang.


 Sem 1 ana ke forum Belanjawan 2012 yang mana panel2nya sangat mantap, niat asal nak ke library tapi entah kenapa kaki melangkah ke DKP 4 lalu masuk dan duduk. Terfikir, apa aku buat kat sini ni? Bukan peminat hal ekonomi pun. Herm....buku exam ada di tangan, adalah ni Allah nak aku dengar something dan yup! Alhamdulillah, banyak tahap gaban belajar pasal ekonomi malam tue...apa peranan mahasiswa, apa belanjawan 2012, apa pendapat pakar tentang hal ini, dibahaskan juga satu persatu kondisi ekonomi negara, banyak dibongkarkan kepentingan ekonomi sebenarnya dan keperluan kita mempelajarinya, istilah2 ekonomi pun ana belajar juga. Malam itu, wOw! Baru kusedari perlu cari ilmu banyak2 bukan saja dalam bidang yang dipelajari tetapi dalam bidang lain jua. Menyesal? No lah! Gembira? Yup! (^_______^)


Sem 2 ana ke tempat latihan debat Arab di HEP. 
(--_--)" Apa yang ana buat di sana? Ntah, esoknya exam Mathematics...hehehe, exam math tapi ke tempat latihan debat, ape nie? Mereka tidak mengapalah budak Syariah exam ringan2 main celup je senang dan mudah tapi ana...tetiba sampai di sana terlihat seseorang. Macam kenal je budak nie, budak Sains jugak nie, erk, owkeh, Lutfi rupanya, tak apalah memang budak pandai. Tetiba disuruh bercakap Arab selama dua minit tanpa henti, diberi tajuk dan diminta untuk bercakap mengenainya. Mende neh? Tidak....! Tekanan betul. Habis tue ingat an dah habis tapi tidak diberi masa menghafal muqaddimah dan diminta membentangkannya, semua orang kena, owkep, apa nie? Tapi buat jugak, semua hebat2 sebab dah hafal, ana bru terngangkak-ngangkak sebab baru nak ingat, bercakap depan akak nasib baik, fuh...tiba giliran ana, Ustaz Safwan datang, erk!!??? Apakah? Takkan nak diam, berdebar dan campur tak ingat, formula yang mantap untuk berkata-kata bukan? Ustaz pun tunggulah nak dngar, jadi nak tak nak terpaksalah jugak  cakap muqaddimahnya, lalu mulalah ana dengan bada'tu bibismillahirrahmanirrahim..........hingga akhir ayat. Pastu, ustaz pun senyum. Ustaz kata, " Ana suka nutqu enti, budak FSU eh?" Ana jawab, "Taklah ustaz, FST" "Owh, sayangnya, nutqu enti dah lawa tue, takpelah teruskan ana nak pergi tengok yang muslimin pula" Dalam hati, nutqu? mende uh? Nutqu ertinya, kalam atau percakapan iaitu nada kalam dilontarkan. 


Suka dengar ustaz berbicara banyak hikmah dan erti, rugi siapa yang tak berguru dengan ustaz Safwan nie. Hebat orangnya dan sangat sayang dengan USIM. Masa debat Piala Naib Canselor USIM, ustaz ada jadi juri untuk satu round pertandingan kami, kebetulan ana jadi pendebat kedua, masa ana bercakap, ustaz senyum dan suka, sangat suka dengan nutqu yang digunakan ana, terima kasih ustaz banyak bagi dorongan.


Kata Ustaz, 
 " Tak kisah awak pandai atau tak dalam bahasa Arab ini yang penting awak nak belajar, kebanyakan tokoh hebat dunia ialah mereka yang pandai berpidato terutama dalam bahasa ini, jadi jangan rasa rendah diri tak pandai dalam bahasa Arab yang penting awak ada niat nak belajar, bakat awak mungkin tak terserlah dengan kadar waktu yang segera tapi mungkin dua atau tiga tahun lagi, baru awak pro, jadi jangan putus asa masuk kelab Debat Diraja Bahasa Arab nie, kami kekurangan pelapis sebenarnya, tekanan banyak itu biasa yang penting kuat semangat, saya sebab saya sayang debat dan USIM itu yang saya sanggup datang walau un malam untuk melatih awak semua, jadi masuklah debat ni ea mungkin bukan untuk pertandingan tapi untuk belajar pun dah baik" (^_^) Ana masih ingat kata-kata ustaz malam itu kepada kami semua, ustaz ada bawak isteri dan anak terkadang semasa latihan, mengajar anaknya yang kecil tue berbahasa Arab, cis, dengkinya tapi itulah antara ustaz yang membimbing kami. Menyesal? Taklah! Seronok? Yup! Banyak hikmah yang ana belajar.


~ Selain itu, soal kepimpinan, usah cakap, macam2 terkena, pernah dimarahi, pernah handle program besar tak cukup orang, pernah tak disukai cadangan yang diberi, pernah itu dan ini tapi banyak dimarahilah yang ana ingat, ahahhahaha, tapi ada ana kisah? Ana nak belajar dan ana tak nak menyesal sebab ana Tamhidi sekali ini saja, jadi ana akn manfaatkan segalanya. Dapat banyak ilmu dan sahabat. Dan ana tak pernah menyesal malahan berpuas hati dengan prestasi kepimpinan kami yang lepas, mungkin bagi sesetengah individu apalah sangat, tapi bagi ana itu sudah cukup, banyak kami belajar iaitu harus berfikiran positif dan gantungkan semuanya pada Allah insyaAllah keberkatan yang diperolehi dan respon positif yang dirasai, apa yang anda fikir itulah yang anda akan dapat...Best juga. Menyesal? Tak akan pernah! Kecewa? Benci? Sikit pun taklah! Seronok? Yup! Sentiasa gembira untuk menghadapinya, kerana hikmah itu perlu dicari bukan dinanti (^______^)


~ Study??? Aha! Seronok~ Tekanan, biasalah dalam belajar perlu ada tekanan sentiasa baru boleh berjaya, yang penting ilmu yang kita dapat bukan pointer yang kita kejar. Pointer ana? Tak adalah tinggi sangat tapi ana puas hati biarlah ibu ana asyik pot pet kata graf ana gtuuuu jah tak naik dan tak turun, gtuuu jah, haha, tapi ana bahagia sebab ana tahu ana dah berusaha, peningkatan? sentiasa ada, itu tanda kita usaha walaupun tidak setinggi mana dan tidaklah boleh dibanggakan tapi ana cukup merasa syukur dengan pointer yang diperolehi, jika ingin dibandingkan pointer dan ilmu yang ana dapat sangatlah jauh nikmat yang ana dapat. Yang ana tahu, ana akan sentiasa cuba belajar dan meningkatkan prestasi. Degree? I'll always try to do the best even though i'm not the best because i know Muslim is the best ever creation that Allah made. Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya akan melakukan yang terbaik kerana saya tahu saya dari ummat yang terbaik. Menyesal? Tak akan! Gembira? Iya! Sentiasa gembira. Puas hati? Tak akn! Nabi kata, ummat Islam tidak akan pernah puas hati dengan kebaikan selagi mana kakinya tidak menjejak ke syurga. Jadi, ana akan topup dan cari ilmu sebnyak mungkin dalam semua perkara selagi nafas ini tidak berhenti. Degree, just wait for me! (^__^)


Lagi? 
Sudahlah ea, terlalu banyak nak diceritakan, kalau dicoretkan juga tak terhabislah post ini, hehehe, tapi sungguh terlalu banyak perkara yang dihadapi, tapi ana tak pernah menyesali selagi mana semuanya membawa ana kepada redha Ilahi, semuanya memberi ana kekuatan untuk menghadapi hari ini, ana bukan bangun setiap hari untuk memuaskan hati semua orang tetapi ana bangun setiap hari untuk menyebarkan Islam, untuk itu, ana tidak perlu endah akan apa yang manusia hidangkan kerana sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk ana. 


Sungguh, kita tidak pernah mengetahui apa yang orang lain fikirkan tapi yang pasti, bersangka-baiklah dengan yang lain kerana sesungguhnya kita tidak tahu, kalau kita susah, ingatlah orang lain lagi susah, kalau rasa kita hadapi banyak masalah hidup ketahuilah orang lain juga sama malahan lebih lagi, orang yang kuat sebenarnya dari orang yang lemah juga, untuk dia bersikap dan berdiri begitu ketahuilah sudah banyak perkara yang dihadapinya yang sungguh kamu tidak tahu, dari kesusahan dia belajar, dari situ dia beroleh kekuatan, never under estimate a person, bcoz you never know what the person had face before, husnu zhon wa salamatus sodr eah! (^_____^)


Salam perjuangan adik-adik Tamhidi baru, terus kuat dan cekal ea, salam perjuangan jua buat anda semua (^___^*)






No comments:

Post a Comment