20140517

Debaran Tahun Baru...



Bismillahirahmanirrahim pemula bicara,
Assalamua'laikum diucapkan untuk semua,
Tahun baru bakal memjelma,
Debaran di hati ana mula terasa.

Berpantunlah pulak ana nie.
Entah paperkan.

Tapi entah kenapa tetiba aje rasa berdebar,
bukan berdebar tapi macam takut gitu...

Masyaallah, tuhan ajelah tahu apa yang ada kat minda ana sekarang nie,apa yang tersembunyi di hati ana ini.

2010
2010
2010

Fuh! Satu tahun yang agak mengerikan ana rasa.

Kenapa?

Kerana tahun depanlah semua benda nak datang menguji diri,minda,kebolehan,ketabahan,kekomitmenan(datang mai mana perkataan nie?), dan yang paling penting, KEIMANAN ana yang tak berapa kuat nie.

Aduyai...kenapalah terasa berat tetiba plak nie. Bile tengok jadual bulan Januari ana, ana rasa macam nak menjerit, aaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Kemungkinan Jumaat Sabtu bulan Januari nie ana tak ada kat rumah, semuanya penuh dengan tamrin. Setiap hari lepas nie,nak kena tumpu sepenuh perhatian kat pelajaran Form 5. Kena buat kerja sekolah plop, lepas tue BADATI, lepas tue Briged Bakti. Nie mesti kes kena balik lewat tiap-tiap hari. Kena berbicara dengan guru-guru penasihat dari semasa ke semasa. Nak pekse SPM plak tue. Wuisshh,banyaknye keje.

Tapi, takpe, ana suka buat keje banyak-banyak. Working is my passion. Betul3.

Sekarang, dah hilang dah rasa takut,berat dan susah. Insyaallah, ana akan jadikan tahun 2010 tahun yang terbaik yang pernah ana jalani selama ana hidup.

Ya Allah, bantulah aku dalam meniti kehidupan ini.
Ya Allah, temanilah aku senantiasa dalam daku menempuh ujian dariMu.
Ya Allah, perbetulkanlah niatku,imanku dan diriku dalam menghadapi hidup selepas ini.

Buat yang terbaik taun depan,insyaallah. Chayok!


Wassalamu wa allahua'lam...

2 comments:

  1. ukhti,
    tanggungjawab takkan pernah lepas drp seorg insan.

    tanggungjawab itu pahala.
    takhlifat itu dosa.

    tanggungjawab = takhlifat.

    terpulang pada individu, untuk menerima tanggungjawab@takhlifat itu sbg dosa, atau pahala.

    semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. adikku..
    buat yg terbaik dalam apa jua gerak kerjamu..
    jangan lupa peringatkan hati untuk ikhlas kerana Allah..
    jgn kecewakan ummi abah..
    abe doa sokmo untuk adik2..

    ReplyDelete