20140110

Aku, Kau dan Mati

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
-------------------------------------------------------------------------


Jauh.

Jauh pandangannya dilemparkan.

"Thief, kau ok?" Mad memecah sunyinya suasana.

Senyum tawar.

"Herm, ok, mungkin, ustaz aku, da selamat 'pergi', Mad"

"Urm, sabar ja, orang Allah sayang selalu Dia ambil awal" Mad menenangkan, mencuba.

"Heee, tahu, sebab tue aku fikir, aku pun nak siapkan diri aku" Senyum.

Semangat, tiba-tiba.

Thief cuba melakar rancangan atas kertas contengan.

"Ok, kau nie kelakar, semangat buat rancangan, jangan tak buat sudah, study jangan lupa, exam dah dekat, jangan asyik menung lama-lama, tapi kan..."

"Apa?"

"Kau pasti ke Dia sayang kau?" Bisik Mad di telinga Thief.

"Tak pasti, tapi aku pasti satu benda"

"Apa?"

"Aku akan mati juga, Surah Ali-Imran, ayat 185, kalau untuk exam kita boleh buat rancangan, takkan untuk mati kita tak nak buat? Mad, exam ada banyak kali tapi mati hanya sekali"

Diam, tunduk, tajam, terduduk.


Aku, kau, mati, takkan terhapus jejak takdir ini, sedia?

-----------------------------------------------------------------------


 Sedia setiap hari,
kau takkan rugi.

Sedia setiap hari,
 walau kau berat hati.

Sedia setiap hari,
bukan pada kuantiti,
namun pada kualiti,
kerana ikhlas nilai hakiki.

Sedia setiap hari,
tampar pipi,
sedarkan diri,
takdir ini,
bukan mimpi.

Sedia setiap hari,
mampu motivasi diri,
walau bukan semangat tinggi,
kerana kau pasti,
kau akan mati.

-Dr.Magnanimous-







No comments:

Post a Comment