20130323

Hidupnya Ulama' Matinya Syuhada


بسم الله الرحمن الرحيم

" Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah "


Segala puji bagi Allah Tuhan yang menguasai segenap alam, menyempurnakan apa yang di langit, mengindahkan apa yang di bumi :D

Semalam seorang ulama' terkemuka dunia pergi menghadap Ilahi, dalam masjid, malam Jumaat, hari ini juga pelajar perubatan di muhafazah Zagzig juga turut dipanggil pergi menghadap Allah, indah kematian mereka, pergi pada penghulu segala hari.

Hidupnya ulama' matinya syuhada,
itulah takdir indah dua tokoh di atas, Syeikh Ahmad Yasin 9 tahun yang lalu dan yang terbaru Syeikh Ramadan Al-Buti. 

Antara penyumbang terbesar bagi mengekalkan kefahaman Islam dalam kalangan ummat akhir zaman kini. Mungkin jasad mereka tiada tapi dari jauh ku pinjam semangatmu hai syeikh. Dari usia muda hingga tuamu, tak lekang dek tanggungjawab memimpin saudara seIslammu, matimu ketika selepas sujud kepada Tuhanmu, walaupun tak pernah bertemu, fikrah pemikiranmu sampai kepadaku, akan ku sambung perjuanganmu walau kecil kemampuanku.

Ya Rasulullah, antara mukjizatmu mengetahui akan keadaan setiap seorang dari ummatmu, maka hai Kekasih Allah saksikanlah perjuangan orang yang berjuang menurutimu, berikanlah syafaatmu kepada kami ummat yang tidak pernah melihatmu tetapi beriman denganmu, tidak pernah merasai nikmat bersamu tetapi berusaha sedikit demi sedikit mengikut jejak langkahmu, tidak mempunyai kekuatan dalaman sekuatmu namun cuba menyambung apa yang diberikan Tuhanku melalui dirimu, ya Rasulullah, jumpalah kami nanti, doakan kami selamat meniti jalanan menuju redha Al-Rahman.

Apa yang salah jika jatuh? Boleh bangkit kembali bukan? Kalau tidak jatuh bagaimana mahu bangkit? Antara dua golongan, menyaksikan kemenangan Islam ataupun bersama memenangkan Islam.
Pilihan di tanganmu :)

Apa yang membuatkanmu terus tersenyum hai diri?
Syurga, syurga buatku tersenyum, kalau bukan kerana syurga pasti aku tidak menangis di dunia.

Apa yang membuatkanmu terasa indah bersyariat?
Muhammad, Muhammad S.A.W yang membuatkanku terasa indah, kalau bukan kerana Raslulullah pasti aku terasa terbeban dengan kehidupan di sini.

Apa yang membuatkanmu gembira hai hati?
Allah, Allah buatku gembira, kalau bukan kerana Dia pasti aku terus cacat di bumi.

Hiduplah sebagai orang yang bermanfaat kini dan selamanya, insyaAllah tidak sia-sia andai maut datang menjelma, rindukan kematian maka rindulah juga untuk ketaatan, usaha jangan lupa, pasti Allah redha.


No comments:

Post a Comment