20130428

Utamakan yang utama :D


بسم الله الرحمن الرحيم

" mereka yang memilih yang pertama tidak akan melihat yang kedua "


Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

16 April yang lalu, kami pelajar Tahun 1 Perubatan di Mansurah ada satu program berkala iaitu Love Islam For Eternity a.k.a LIFE. 

Kali nie siri ke lima dengan tajuk " which works first " ataupun lebih tepat Fiqh Aulawiyat.

Banyak kali juga ana belajar tentang ilmu nie tapi kali nie ada hikmah yang tersirat ana jumpa, banyak ilmu juga yang mampu dikaut. Mekanisme pembawakan tajuk ini juga sangat menarik, sangat berbeza, walau tajuk yang agak berat tapi mampu diulas dan diberi kepada sasaran dengan cantik, bagi ana hampir sempurna wasilah yang digunakan dalam penyampaian. Tahniah buat senior seniora senpai yang sangat berhikmah dalam membawa program ilmiah kali nie.

Jadi sebelum terus ke tajuk utamakan yang utama, elok kita ingatkan kembali secara lalu tentang apa itu Fiqh aulawiyat. Nama lain baginya ialah fiqh keutamaan. Menurut definisi, ia bermaksud melakukan sesuatu amalan dengan makna memahami turutan-turutan keutamaan terhadap tindakan yang bakal diambil. Menurut Dr.Yusof al Qaradhawi, ia beerti meletakkan sesuatu yang benar mengikut taraf keutamaannya.

Syeikh Muhammad Ghazali Rahimullah merupakan pendakwah pertama yang mencetuskan idea penstrukturan fieh aulawiyat sebagai satu topik perbahasan.

Apa yang menarik minat saya ialah di mana syeikh berpendapat bahawa masalah pendakwah kini ialah tidak mempunyai wa'yu siyasi yang baik iaitu kesedaran berpolitik ataupun kesedaran berstrategi yang baik dalam melakukan sesuatu tindakan. Kehilangan sifat ini meyebabkan pendakwah suka membincangkan perkara yang remeh dengan panjang lebar dan memandang enteng perkara yang perlu lebih pemerhatian.

Kata syeikh " Pemikiran politik di kalangan agamawan masih dibatasi blok kedangkalan. Mereka melihat korupsi tetapi tidak memikirkan apakah penyebabnya, mereka membaca sejarah tetapi gagal merungkai pengajaran melaluinya "

Ana sokong pernyataan syeikh Ghazali ini.

Dapat kita lihat bahawa para da'ie dibentuk untuk menyebarkan dakwah tetapi kurang dibentuk untuk mahir dalam wasilah menyebarkan dakwah. Maka lahirlah ramai pendakwah yang apabila melihat suatu kemungkaran mudah untuk mereka menghukum sedangkan para ulama' sering mengingatkan untuk melihat para pembuat kemungkaran dengan pandangan kasih sayang.

 Berapa ramai da'ie sekarang yang melihat kejahatan merasa sedih, merasa diri turut berdosa dan merasa lemahnya lagi Islam pada diri kerana mereka di sekeliling masih melakukan kejahatan sedangkan aku sebagai agen Islam berada dekat?

Pendakwah yang memahami akan keutamaannya dalam hidup tidak akan mudah goyah malah lebih berani dan bijak dalam berstrategi untuk memaksimumkan kewajipannya.

Peringkat Fiqh aulawiyat ada tiga iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Terdapat 5 bahagian dalam menentukan keutamaan iaitu bermula dengan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Jadi, di sini setiap tindakan akan dilakukan dengan cara melihat 5 tingkatan ini. Pelbagai situasi dalam kehidupan diberikan kepada kami. Setiap pilihan yang hadir sama penting dengan pilihan yang lain namun untuk keadaan tersebut apa pilihan yang terbaik?

Di sinilah ilmu fiqh aulawiyat ini digunakan dalam menentukan pilihan yang bijak.

Tapi ketahuilah sahabat, mereka yang melihat keutamaan yang utama tidak akan memandang yang kedua.

Contohnya ialah dalam satu siri peperangan, ada beberapa muslimin dijadikan tawanan, ada dua pilihan, menyerang dan membunuh semua musuh termasuklah muslimin yang jadi tawanan ataupun berundur.
Pilihannya bergantung kepada situasi, jika pilihan pertama dipilih pastikan berbaloi untuk mengorbankan sahabat seperjuangan jika tidak pilih ini kali maka kemungkinan untuk Islam terus kalah adalah tinggi, namun jika pilihan kedua dipilih maka pastikan Islam mampu berdaulat kembali walau bukan kali ini.

Di sini nampak hifz ad-din di situ. Namun tidak diketepikan hifz an-nafs. Jadi segalanya kembali kepada kekuatan iman dan kehebatan taqwa yang tersemai di dada.

Contoh mudah macam suami isterilah. Suami yang menghargai isteri pertamanya tidak akan mencari isteri kedua, namun jika ada masalah tertentu yang memerlukan isteri kedua dicari maka lakukanlah. 

Contoh lagi seperti antara arak dan nyawa, jika tak minum maka nyawa akan diambil. Orang yang kuat iman dan bijak berstrategi akan memilih nyawa kerana baginya agama harus dijaga dan beberapa taqdir hadapan dia serahkan kepada Allah kerana yakin Allah tidak akan menyiakan kematiannya andai dia mati, namun seribu satu kemungkinan boleh berlaku bukan? Namun jika iman kita sedikit kurang maka Islam tidak memaksa kita, maka boleh dipilih untuk menjaga nyawa demi maslahat masa depan seperti ceritakan hal yang terjadi supaya ummat Islam yang lain berhati-hati dan sebagainya tapi 1001 kemungkinan boleh berlaku jika pilih minum arak demi jaga nyawa sebab bila mabuk kita tak tahu apa yang boleh dilakukan musuh pada kita, moga Allah pelihara.

Dan banyak lagilah contohnya.

Kerana itu pilihan yang mana yang dipilih untuk kita menjaganya samada agama, nyawa, akal, keturunan dan  harta sedikit sebanyak menggambarkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Apa yang ada di hati akan terlahir pada tindakan namun semuanya akan dinilai oleh Allah S.W.T kelak.

Jadi tugas kita ialah berusaha semampu mungkin untuk membuat tindakan yang mendatang keredhaan Allah. Timbang tara seeloknya moga Allah redha.

Bilamana kamu tahu dan yakin akan keutamaanmu maka akan hilang kepentingan pandangan manusia terhadapmu dan akan hadir hikmah pada dirimu.

Sesiapa yang melihat Allah tidak akan memandang dunia. Sesiapa yang melihat mumtaz tidak akan memandang jayyid jiddan. Formula yang mudah namun memerlukan mujahadah. Selamat beramal :D

Utamakan yang utama!


No comments:

Post a Comment