20130313

2 0 1 3 (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم

" Masa berlalu pergi, mati makin mengahampiri "


Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiin :D

Segala puji bagi Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan seluruhnya, alhamdulillah3x untuk segalanya (^_^)

Alhamdulillah masih lagi bernafas, sedar atau tidak rupanya dah 5 tahun ana menjadi blogger tak rasmi nie... :D

5 tahun...masa yang kelihatan agak lama tapi sangat panjang sebenarnya. Ana menerewang ke post2 zaman2 dahulu, tersenyum sendiri, banyak jugak sajak dan kata2 masa sekolah dulu. Kelakar pun ada, baca kembali segala memori, mencari kekuatan di sebalik kekuatan yang diperolehi masa kecik2 dulu, haaaih, mungkin ana jenis yang cepat kembali punya semangat selepas dipatah remuk hancurkan oleh dunia dan manusia. Kembali semangat kerana ana masih punya Allah.

Yup, sebab apa lagi yang diperlukan selain Allah (n_n)

Sekarang, di sini, di bumi Mesir ini ana berada, menghirup udara nyaman bumi ini, bergelar pelajar perubatan, aneh dan kelakar bagaimana hidup ini disusun, walau lari ke mana andai doktor ditakdirkan ia tetap menjelma, teringat ana pernah mengatakan kesia pada ayahnda kerana tiada anaknya yang ke timur tengah, lihat-lihat ana berada di sini walaupun bukan anak lelaki, teringat ana sering mengatakan ibunda inginkan ada anaknya yang menjadi doktor lihat-lihat di sini ana sedang menuntut ilmu perubatan untuk menunaikan impian insan bergelar ibu, moga redhamu melahirkan redha Allah padaku :D


Ada dua cerita yang membuatkan ana terus memberi harapan untuk menjadi doktor iaitu TMD dan 1LoT
Minat ana hanya pada perkara yang berisiko, sahabat pernah kata, tak payah sembang soal perjuangan kalau takut ambil risiko, mungkin itu lambang diri yang kerdil ini, risiko sudah sebati dalam diri. Dan dalam bidang perubatan ada dua bidang yang berisiko iaitu cardiology dan neurology.

Cardio = Jantung

Dalam TMD, bermula cerita dengan doktor yang putus asa tapi demi pesakit dia kembali berjuang. Belajar bukan berdasarkan buku. Jadi doktor kita kena faham seluruh aspek pesakit yang datang kepada kita. Kata-kata yang menarik bagi ana dalam cerita ini lebih kurang berbunyi, " selagi masih ada peluang walaupun 0.01% untuk pesakit hidup, doktor akan mencuba kerana dia tidak akan membenarkan pesakitnya mati begitu saja,  bukan di atas katil pembedahan..."

neuro = otak

Dalam 1LoT pula, mungkin Ryo lebih kurang gaya dengan ana, minat tentang bidang lain, sangat fasih tentang bidang lain, tapi sebab lain yang tiba-tiba datang dalam hidup menyebabkan diri memilih bidang perubatan ini. Bezanya watak ni pilih perubatan dengan harapan dan ana pilih dengan putus asa.
Haha, kelakar an tapi begitulah. Putus asa dengan impian yang ana ingin = law...


Sebenarnya alasan putus asa tue alasan yang tak kukuh pun, sebab Allah kata jangan putus asa, putus asa bukan sifat orang mukmin, heeee, ana nie spesies tak mudah putus asa, kalau putus pun sekejap aja, putus macam tak putus, buat juga biar harapan hanya kelabu. Sebenarnya trauma. Ini yang paling sama antara ryo dan ana. Entah kenapa trauma dengan Malaysia. Haha,  tetiba salahkan negara bukan sebab tak tukar kerajaan lagi ea, tapi adalah kaitan sikit, ngeee. 


Dalam special episode, bila lihat ryo buat macamtue, ana seakan memahami trauma yang dihadapinya, walaupun perkara yang sudah lama lepas namun kesan trauma masih ada hatta orang yang berani pun akan tidak berani. Teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda tidak sanggup dan tidak mampu untuk melihat wajah pembunuh bapa saudara baginda, walaupun kisah lama, walaupun orang itu telah bertaubat, walaupun tiada apa yang boleh dibuat, betapa baginda merasakan trauma itu. Buat masa kini, hanya ana menantikan masa saja untuk membiarkan rasa trauma pergi tapi nampaknya mungkin takkan pergi, hoho, makin tak nak balik negara makin ibu panggil untuk balik, mungkin Allah nak tengok macamana ana cari jalan untuk bergantung padaNya lebih dari dunia dan seisinya. Ya Rasulullah, maafkan ummatmu yang sorang nie kerana pelik, Ya Allah, maafkanku hambaMu yang banyak dosa dan pelik...

Dan satu-satunya lagu yang masuk dengan headphone bing ana ialah lagu ryo, half down, entah kenapa, ana cuba settingkan tapi tak dapat, semua lagu lain jadi pelik bunyinya tapi lagu nie serasi dengan headphone nie, muziknya melambangkan bunyi jantung ana mungkin. 

So, bidang mana ana nanti dalam hospital, wallahu'alam, tapi ana takkan pilih yang mudah kerana ana tahu hidup ini tidak mudah. 'Ala kulli hal, 2013 tahun pertama ana semput mengejar ilmu medic yang memang menyebabkan nafas tak proper kalau masuk bab pengajian tapi inilah kehidupan belajar. yup! usaha jangan tak usaha.



p/s: susah juga jadi orang yang kuat nie, mereka lupa ana hanya manusia biasa bukan malaikat, makin sakit makin banyak senyum ana, andai ada yang memahami erti di sebalik senyum itu,
soalan : kenapa....
ana : .....
pernyataan : takkan kot sebab macam tue....
ana : .......

(>_<)" sebab nie tak nak balik negara, soalan dan pernyataan yang ana sendiri tak mampu nak rungkaikan sebab ana sendiri tak faham, 'ala kulli hal, siiru 'ala barakatillah ya 'awatif fi ardhil Misr, fighting! Allahuakbar!





No comments:

Post a Comment