20120818

Fly 2 My Beloved =D

بسم الله الرحمن الرحيم

" Langkah dimulakan lagi walau goyah, senyuman dikuntum lagi walau payah "


Dengan lafaz yang mulia sering dibuka majlis dengannya iaitu bismillahirrahmanirrahim wa bada'tu bibismillahirahmanirrahim...=)

Post ini ana tujukan buat sahabat2 terchenta dan khas buat adikku sayang, asif2, maaf2, sori2, tak sempat menunaikan janji semalam2. InsyaAllah sekadar mampu jari ini cuba untuk menunaikan permintaanmu walaupun terlambat, huhuhu...

'Ala kulli hal, adik ana seorang ini meminta ana untuk menghuraikan serba sedikit tentang sesuatu bagi dia update blognya yang comel sepertinya itu. Sesuatu itu ialah "Di Sebalik Erti Jodoh dan Cinta"
Agak kaget pada mulanya tapi untuk adik yang ana sayang ini, ana cuba ea setakat yang mampu diri yang kerdil ini huraikan.


Kalau ingin dibicarakan soal jodoh dan cinta pengertian keduanya mungkin sudah sedia maklum dan sangat luas konsep dan pengamatannya dalam kehidupan kita. Dua perkataan yang mampu membuatkan hati kecil kita terkelu dan bibir menguntum senyum, minda mungkin boleh melayang seketika.

Akan tetapi sahabat, ketahuilah, cinta itu perlu dan penting bagi manusia tapi ia bukanlah segalanya, kalau hilang cinta tidak beerti kita hilang segalanya bukan? Akan tetapi dengan cinta, semuanya akan kelihatan berbunga indah ibarat berada di taman syurga, mungkin.

Jodoh itu sesuatu yang sudah ditetapkan ketika dalam kandungan lagi, sebelum dirimu membuka mata melihat dunia, sebelum telinga mendengar suara, sebelum bibir membuka menangis, lalu apa yang dikau menungkan? apa yang dikau risaukan? apa yang dikau peningkan? 

Jodoh itu urusan Allah, segalanya urusan Allah, malah ianya menjadi salah satu rahsianya. Jika jodoh itu rahsia Allah lalu mengapa dikau lupa bahawa mati juga rahsia Allah? Kenapa engkau lupa sedang mati itu dekat dan tidak jauh?

Bila dikatakan urusan Allah maka usahlah engkau khuatirkan apa-apa kerana sampai masa ia akan datang menemuimu. Hanya menjadi persoalan masa. Ingatlah, pertolongan Allah tidak lambat dan tidak juga cepat malah datang pada waktu yang tepat. Bukan dengan cara dan masamu tetapi dengan cara dan masanya.

Usah dikejar suatu yang tidak pasti, usah difikir suatu yang bukan urusanmu, alam akhirat itu suatu yang pasti dan ianya urusanmu maka kejarlah akhirat alam yang menjadi tempat tinggalmu buat selamanya, di sana engkau berhak memilih dengan siapa engkau mahu bersama, engkau bisa memilih apa yang engkau mahu lakukan, mampu memilih untuk berbuat apa saja hatta perkara yang mustahil di dunia TAPI andai engkau memasukinya, andai engkau memasuki syurga. 

Mahar perkahwinan mungkin boleh jadi serendah RM1 tetapi mahar ke syurga tidak pernah menjadi nilaian yang rendah malah mahar ke syurga adalah yang paling mahal yang tidak mampu dibeli dengan dunia dan seisinya melainkan TAQWA yang menjadi harganya, melainkan jua dengan rahmat Ilahi.

Mana mungkin taqwa milikmu andai jiwamu dipenuhi dengan dosa, mana mungkin taqwa milikmu andai hatimu gelap dengan maksiat, mana mungkin...

Dan soal cinta...ya, cinta.

Cinta itu suatu rasa yang indah dan suci tetapi sering kali dipalit dengan kotoran dari makhluk yang digelar manusia. Lahirnya rasa cinta tanpa dipinta, lahirnya rasa cinta boleh membawa ke syurga, lahirnya rasa cinta boleh menyebabkan hilang segala duka lara dunia NAMUN mengapa kulihat mereka yang dihinggap rasa cinta itu menjadi lemah?

Tidak! Sama sekali tidak mungkin ini terjadi. Setahuku kerana CINTA, Muhammad ibnu Abdullah mengorbankan segalanya demi Allah kerana cintanya pada Allah, agama dan ummatnya. Kerana CINTA, kulihat para sahabat mengorbankan segalanya demi Allah kerana cinta mereka yang terlalu mendalam. Kerana CINTA juga, kulihat para syuhada' berjihad, kulihat para ulama' tidak berhenti berjuang!
Semuanya kerana cinta, kerana asyiknya cinta mereka pada tuhan mereka hampir lupa pada dunia, kerana indahnya cinta mereka pada tuhan mereka hampir lupa pada kalimah derita, kerana agungnya cinta mereka pada tuhan mereka hampir lupa apa itu erti sengsara. semaunya kerana cinta, bukan?

Kulihat dan kuamati cinta mampu menjadikan lemahnya manusia kepada kuat, cinta mampu menukarkan derita kepada bahagia, cinta mampu menjadikan dunia yang hina kepada dunia yang indah, malahan jika kena caranya, cinta mampu mebawa kita ke syurga.
Nah! mahar syurga itu mahal, gunakan cinta untuk peroleh taqwamu untuk ke syurga. Jangan siakan cinta.

Sungguh merugi orang yang diberi Allah rasa cinta tetapi menggunakan rasa itu ke lembah durjana, lembah itu tidak perlu dita'rifkan hanya sebagai perzinaan kerana zina itu cukup banyak, namun lembah itu cukup dita'rifkan bilamana engkau lupa kan janjimu pada tuhan kerana cinta maka engkau sudah membawanya ke lembah durjana...

Kulihat ramai mujahid dan mujahidah yang tergelincir ke dalamnya, cuba ditarik namun kuhanya mampu mencuba, menangis hati mahu membantu namun tidak mampu, mengalir air di pipi mahu membawa mereka keluar dari lembah itu namun diri ini juga hampir terjatuh kerana diriku hanya insan biasa insan lemah yang tidak punya apa-apa melainkan tuhan. Namun, jika kupunya tuhan maka kupunya segalanya bukan? Perit melihat situasi ini dari dulu lagi, begitu payah mereka keluar, cuba menjadi sebagaimana mereka namun tidak boleh. Jadi sahabat2 dan adik2ku sayang, jangan jatuh ya. Jangan cuba tergolek pun ke dalamnya..=)


Peringatan untukku dan anda semua, jangan kerana cinta yang bertapak di hati menyebabkan hati kita dikotori. Ilmu itu cahaya dan ia hanya memasuki hati yang bersih. Dakwah itu suci maka hanya dari hati yang bersih suci dakwah akan sampai ke hati-hati yang lain. Mana mungkin hati yang kotor dapat membersihkan hati lain? Jagalah ia, jagalah hati, usah dirisaukna cinta dan jodohmu keran Allah kan menjaga dia. Gantungkan harapan dan hatimu pada Allah bukan pada si dia, diam kita soal cinta bukan kerana kita tidak peduli tapi diam kita soal cinta kerana kita tahu Allah memerhati, Allah akan beri. Tidak malukah kita pada Tuhan Yang senantiasa Memerhati?


Sesungguhnya diri ini tidak menafikan cinta namun biarlah cinta itu bertemu dalam cintaNya. Indah bukan kerana satu cinta iaitu kerana cinta kepada Allah dua hati bertemu dalam sujud yang satu. Biarlah dua hati itu bertemu dalam sujud kepadaMu ya Allah...jangan engkau temukan dua hati ini dalam kemurkaan kepadaMu. Amiiin...


'Ala kulli hal, kulihat Ramadhan hampir pergi sebentar lagi, syawal bakal menghadiri sejenak lagi, sungguh kurindu tarbiyah Ramadhan, moga Ramadhan ini mengajarkan kita erti kekuatan dan kefahaman dalam segala soal kehidupan. Ulama' merindukannya kerana pada Ramadhan ada keberkatan, ada rahmat yang melimpah ruah berkali ganda, ada kekuatan perjuangan, ada kehebatan kemenangan jiwa dan....ada cinta Allah padanya. Merugi bagi mereka yang Ramadhan berlalu tanpa Allah mengampuni mereka.


Oleh itu, jOm doa..

" Ya Allah ya tuhanku, ampuni dosa kedua ibubapaku, dosa kaum kerabatku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa para ulama' dan syuhada' dan dosa seluruh ummat Islam di dunia ini. Temukan kami dengan RamadhanMu lagi, andai matinya kami tanpa bertemu dengannya lagi matikanlah kami dengan keampunan dan rahmat dariMu wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui...amiin ya Rabbal 'Aalamiin.."


Allah tahu apa yang terbaik buat kita, apa yang diambil akan diberi semula gantian yang lebih bermakna dan apa yang hilang akan ditemui kembali gantian yang lebih indah dan apa yang diberi sentiasa hebat andai kita melihatnya dari sudut cinta Ilahi.


Anda bijak dan hebat, ingatlah dan yakinlah. Jika tidak masakan Allah meciptakanmu tanpa kamu tidak mampu melihatNya. Kemaskan diri dan persiapkan hati menghadapi mati, redha Ilahi yang kita kehendaki. Soleh dan solehahkan diri. Bila bicara soal jodoh dan cinta terkadang terlalu asyik dengan ta'rif dan sebagainya dan ramai yang terlupa untuk bicara soal persiapan untuk berdepan dengannya. Benda indah tidak mudah bagi kita memperolehnya bukan...jadi kurangkan soal hati banyakkan soal mati, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi.


Akhir kalam, salam Ramadhan yang terakhir dan selamat melangkah ke dunia nyata dengan azzam yang baru, perjuangkan agamamu mOga syahid menjadi impian dan kenyataan, tekadkan hati perjuangkan kalam Ilahi, bersihkan hati dan diri mOga mendapat kasih Ilahi (^_^)




2 comments:

  1. Salam ^^
    serious eh Kak Teh yg tulis? :O
    *big clap*
    muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  2. post nie hampir berzaman dah mirah...serius k.wtif pun x sangka dan jangka :D
    tak sangka boleh tertulis begini, hairan sungguh,
    'ala kulli hal, kullu minaAllah ~

    ReplyDelete