20150101

2015, ana gai!

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Dua ribu lima belas, bukan lagi di usia belas "
-------------------------------------------------------------------------------------------


HARD. Susah.

Ya, mungkin ini perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan tahun 2014.
Semua orang ditimpa ujian yang sangat susah, namun sebagai ummat Islam, harus kita percaya selepas kesusahan akan dihantar kesenangan. Apa yang Allah ingin gantikan mungkin lebih hebat dari apa yang kita nantikan.

Maka, demi Tuhanmu sabarlah, 2015 insyaAllah lebih baik dari sebelum ini!

Dua tahun berada di alam umur 20-an.

Bercampur baur haa kehidupan.

Cuba mencari titik keseimbangan.

Hamasah sewaktu belasan dahulu entah ke mana. Kelincahan sewaktu belasan dahulu entah di mana. Makin kecil umur makin hebat sebenarnya, bila umur makin besar ni makin banyak pula buat salah, makin banyak dosa, makin banyak amanah!

Semoga ditemui diri yang dicari, dan semoga kamu kekal dengannya nanti.

Tahun bertambah.

Petanda makin dekat mati, bersediakah? Hurm...kita belum bijak jika belum bersedia, ini diakui oleh Baginda S.A.W, bahawa manusia yang bijak ialah yang bersedia untuk mati!

Ternyata saya sendiri belum lagi bijak.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in.
Bulan Rabiulawwal, tidak lama lagi hari kelahiran dan kematian Baginda S.A.W.
Muhasabah diri, hayati sirah Nabi.

Tahun 2014.

Banyak ujian yang ditimpakan. Rata-rata punya ujian masing-masing. Dari sekecil tempat hingga dunia, semua peringkat ditimpa ujian, ujian yang sangat hebat dan kuat.

Bila difikirkan, ya, Tuhan sedang memanggil kita, memanggil kita untuk kembali padaNya sebelum mana peristiwa akhir zaman dan fitnah terbesar muncul iaitu fitnah Dajjal.

Ya Allah, lindungi kami dari fitnahnya, fitnah dunia, fitnah hidup dan mati mahupun fitnah lelaki mahupun perempuan.

Tahun 2015.

Apa yang bakal berlaku? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Telah diangkat qalam, telah keringlah lembaran.
Berkuranglah kalam, bertambahlah taklifan.
Moga ini mendekatkan diri kepada Tuhan pencipta sekalian alam.

Sekian, post yang ringkas. Sekarang musim sejuk, mahu tinggal sahaja dalam saratoga kalau boleh namun apakan daya, menjadi penggerak agama harus kuat bangkit. Dalam minda ja mungkin mampu

- dalam minda -

Jumpa nanti jika diizinkan masa olehNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------
\
Masa itu terus berlalu,
Sedangkan manusia itu selalu kaku,
Lupa tentang apa yang berlaku,
Lemas dalam kenangan dulu.

Infiru!
Bergeraklah maju,
Terus mengatur langkah menuju Tuhanmu,
Moga kebaikan mengakhiri hidupmu.

Aku ini lemas dalam udara,
Aku ini harus bagaimana?
Kembalilah pada Allah Yang Esa,
Akan dibentangkan jalan olehNya,
Percaya,
Pasti berjaya!

2015, ana gai!












2 comments:

  1. keliru dengan pancaroba dunia,
    kita alpa dan leka ,
    manusia di uji untuk menguatkannya,
    bukan nak menyusahkannya .

    good luck with 2015 !! dah tuaa dah :P

    http://www.kataubaid.blogspot.com

    ReplyDelete