20120106

Doa Seorang Imam (--_--)

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menguasai segala sesuatu samada di langit dan bumi. Pada malam itu, bulan kelihatan merah. Kata mereka yang pakar ianya gerhana bulan. Di kolej kediaman ada sedikit aktiviti diadakan. Bermula dari solat maghrib berjemaah dan berakhir dengan solat sunat gerhana.

Ustaz Izuan memberi sedikit tazkirah mengenai susur galur tentang solat sunat ini. Gerhana bulan hanya berlaku sekali pada zaman nabi S.A.W, ketika itu nabi berasa sungguh takut dengan kejadian ini lalu menyeru semua umat Islam ketika itu untuk solat sunat gerhana. Allah S.W.T menjelaskan bahawa tujuan fenomena ini terjadi untuk menakut-nakutkan manusia agar ingat kembali kepadaNya bahwa Dia punya segala kuasa dan menjelaskan bahwa kejadian ini tiada kaitannya dengan kepercayaan tahyul samada tentang kematian dan nasib malang serta beberapa andaian lain. Bagi yang mengkaji akan fenomena ini pasti akan berasa sungguh takjub dan gerun kerana tiada apa yang dapat menghalangnya berlaku melainkan Allah tapi bagi manusia yang biasa seperti ana ini mungkin melihat bulan itu sebagai sesuatu yang sungguh indah. Suatu pandangan yang amat kerdil pemikirannya. Biasalah ana masih lagi meniti dalam memahami kehidupan ini jadi bermula dari malam itu dan tahun itu, ana baru belajar bahwa rupanya ada kejadian ini dan ibrah besar di sebaliknya.

Tapi apa kaitannya dengan tajuk doa seorang imam bukan? Ya, malam itu kami semua menunaikan solat sunat gerhana yang diimamkan oleh seorang hafiz ini. Masuk rakaat yang ketiga, suaranya mula sebak dengan bacaannya, disambung dengan tangisan sahabatnya yang di belakang sof. Kedengaran sehingga ke sof ana. Hati ini mula terasa perit. Bukan kerana apa tapi kerana berasa kerasnya hati ini dalam memahami lembut bacaan Al-Quran yang dilafazkannya sedangkan Islamku dari kecil lagi tapi sungguh ana buta bahasa syurga ini. Sungguh ana ini hamba yang hina dan kerdil di dunia yang sungguh luas ini. Terasa teramat sungguh jauh perjalanan tarbiyah yang perlu dijalani dalam misi menjadi hamba yang soleh lagi muttaqin.

Kembali kepada si imam, beliau masih lagi sebak menahan rasa di jiwanya sedangkan sahabatnya sudah mula menangis dari tadi lagi. Suaranya yang sungguh lantang dan jelas itu sedikit sebanyak menggerunkan hati ini dalam terkapai memahami maksud surah yang dibacanya. Sungguh pada seorang imam tiada diperlukan suara yang merdu melainkan suara yang lantang lagi jelas. Seusai solat, berwirid sekejap kemudian doa dipanjatkan kepada Ilahi. Dalam kekhusyukkannya membaca doa, ana tersentak pada ayat doa yang dilafaz dan diulangnya sebanyak tiga kali. ALLAHUMMA INNA NA’UZUBIKA MIN FITNATIN NISAA’, ALLAHUMMA INNA NA’UZUBIKA MIN FITNATIN NISAA’ WA ALLAHUMMA INNA NA’UZUBIKA MIN FITNATIN NISAA’…..TERKEDU, ITU YANG ANA RASA.

Malam itu, naqibat ana ada berkata, bagus betul imam nie, sungguh dia menjaga hatinya dan banyak lagi pujian yang kudengar dari teman-teman lain tentang doa ini. Tapi bukan itu yang ana rasa melainkan suatu perasaan iaitu merasa sungguh terhina. Betapa hinanya diri ini kerana mungkin bisa menjadi fitnah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa tiada lagi fitnah yang lebih besar selepas zamanku melainkan fitnah wanita. Terasa ingin melarikan diri lalu berkurung dari menghadapi dunia luar kerana bimbang menjadi fitnah pada hati-hati mujahid Islam. Jika mampu tidak mahu diri ini dikenali dan muncul di depan mana-mana manusia di dunia ini agar Islam dapat terus tersebar dengan mudah di bumi ini. Tiada lagi kejadian2 mujahid yang tersungkur hanya kerana nisa’ seperti yang sering ana dengar kini, tapi bila difikirkan kembali, dunia ini tidak semudah yang disangka jadi tidak hairanlah jika Allah jadikan antara dugaan yang besar di dunia ini ialah wanita.

 Setiap perkara yang diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk main-main sahaja melainkan ada kebaikan dan keburukannya. Apa yang penting ialah ambil hikmah dan terimanya dengan redha. Jadi ana terima segala suratan yang terjadi. Jom mudahkan diri menerima hakikat, jangan terlalu ego dengan dunia takut tersungkur ke bumi nanti. Tawaduklah hati dan diri. Allah tidak menguji hamba-hambanya hanya untuk suka-suka melainkan ingin mengetahui samada benar atau tidak apa yang terlafaz di bibir manusia tentang cinta kepadaNya. Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu hati. Hanya pilih cinta Allah atau cinta dunia. Cinta dunia mungkin jadi kerja, harta, kebun, rumah dan juga wanita. Jadi sahabat2, antara cinta Allah dan cinta manusia mana satu jadi taruhan dirimu? Sama-sama kita fikirkan. Salam mujahadah hati dari ana, selamat memilih! (^_^) 

2 comments:

  1. masyallah..
    entry nie betul2 menjentik hati saya ..
    nauzubillah..
    agak2 sepnjgn hidup nie, dh brapa kali para mujahid tersungkur dek diri yang sering menjadi fitnah buat dirinya..
    sama muhasabah..
    jazakillah atas perkongsian yer, cik watif .. ^^

    ReplyDelete
  2. cik fiqah...itulah pasal...terkadang rasa nak menyoroh, x nak pergi mana2...dahlah tue bayaklah plak dgr tentang wanita itu fitnah..tersentak jantung dibuatnya...same2 muhasabah, insyaAllah (^_^)

    ReplyDelete