20170809

Habuk !

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Hidayah itu kena tadah, lepas tadah jangan buat tak endah "
-------------------------------------------------------------------------------------------


Uish, berhabuk sudah blog ni (>_<)

Lama tinggalkan. Sibuk dengan amanah lain di bumi Mesir yang penuh dengan habuk dan juga mutiara ni, hoho. Apapun alhamdulillah, Allah bagi kesempatan semula untuk menulis kembali di sini, alhamdulillah!


Tadi terjumpa kata-kata al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
" Bulan Ramadan ini disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja. Justeru, BERSIHkanlah kan hati untuk menadah hidayah di bulan Ramadan."

Deep, haha.
Itulah yang terlintas saat terbaca.


Walaupun dah melepasi bulan Ramadan, tetap kata-kata itu berbekas di hati. Yelah, hidayah mungkin mencurah ketika bulan mulia Ramadan namun hidayah tetap ada pada bulan yang lain. Nak kena tadah dengan hati tapi hati kena bersih. Terus teringat hadis 27 daripada hadis arbain Imam Nawawi, berkenaan mintalah fatwa dari hatimu. Sungguh hati kita tahu apa itu dosa, dosa ialah bilamana kita berasa tidak selesa dengannya. Mana mungkin hati kita dapat merasakan kebenaran andai ia dikotori dengan dosa dan keburukan.

Maka isunya sekarang ialah, kita isi hati kita dengan apa?!

Dush dush.
Bertalu-talu juga kena tembak sewaktu usrah tadi.

Kemudian ada sahabat menulis, katanya,
"Takut dah tadah dgn tempayan, tapi tempayan bocor" 

Benar sekali.
Sedih juga kerana itulah kenyataan diri ini juga.
Tapi cepat-cepat ada suara memujuk, katanya kalau bocor tampallah.
Lalu muncullah memori berkenaan kintsukuroi, a Japanese art that repair poetry with gold and imply that the piece is more beautiful for being broken.

Jadi, jom baiki diri!
Yosh, fighting!


Masuk bab habuk skit, kebelakangan ni kuat orang sebut-sebut perkataan murabbiah. Waktu kecik dulu orang duk sebut-sebut ustazah. Nak marah tapi tak ada sebab. Nak sedih memang sedih sebab kenyataannya hanya Allah yang tahu. Nak gembira memang tak sebab perkataan tu bukan perkataan yang main-main tapi datang dengan seribu tanggungjawab, salah buat salah cakap jadi ikutan orang jadi panduan orang. (T_T) tak nak tak nak tak nak tapi andai itu takdir kau, kau nak kata apa?
Bukan kau minta. :(
Beratnya pikul amanah posisi ni Allah yang tahu.


Tapi, kena ingat, kalau itu harga syurga, susah mana, payah bagaimana, kena redah, kena kuat juga. Allah ada, Allah bantu, Allah pandu, Allah izin, insyaAllah kheir. Moga akhirnya hidup ini dalam Islam dan iman.

Walau rasa diri ni umpama habuk, tapi habuk mampu buat orang yang sensitif kulitnya mendapat allergic reaction dan terkadang mampu menyebabkan mata berair jika termasuk ke dalamnya. Habuk pun mampu memberi kesan kepada manusia, maka seharusnya kau juga begitu!

Besar atau kecil impak nombor dua, yang penting kau usaha atau tidak.

So, after asking Allah the right path, start to move, the path won't get shorter by waiting for something else to push yourself forward, it's you who need to move forward.

Habuk pun habuklah. Asal membawa kepada Allah.

Semoga jalan kau terus lurus dengan hidayahNya!

Oh, sebelum next post, please baca buku dan al-Quran banyak sikit, sapu habuk-habuk dalam otak, kembalikan ilmu-ilmu yang pernah isi dulu okay.


Wassalam.





20150101

2015, ana gai!

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Dua ribu lima belas, bukan lagi di usia belas "
-------------------------------------------------------------------------------------------


HARD. Susah.

Ya, mungkin ini perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan tahun 2014.
Semua orang ditimpa ujian yang sangat susah, namun sebagai ummat Islam, harus kita percaya selepas kesusahan akan dihantar kesenangan. Apa yang Allah ingin gantikan mungkin lebih hebat dari apa yang kita nantikan.

Maka, demi Tuhanmu sabarlah, 2015 insyaAllah lebih baik dari sebelum ini!

Dua tahun berada di alam umur 20-an.

Bercampur baur haa kehidupan.

Cuba mencari titik keseimbangan.

Hamasah sewaktu belasan dahulu entah ke mana. Kelincahan sewaktu belasan dahulu entah di mana. Makin kecil umur makin hebat sebenarnya, bila umur makin besar ni makin banyak pula buat salah, makin banyak dosa, makin banyak amanah!

Semoga ditemui diri yang dicari, dan semoga kamu kekal dengannya nanti.

Tahun bertambah.

Petanda makin dekat mati, bersediakah? Hurm...kita belum bijak jika belum bersedia, ini diakui oleh Baginda S.A.W, bahawa manusia yang bijak ialah yang bersedia untuk mati!

Ternyata saya sendiri belum lagi bijak.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in.
Bulan Rabiulawwal, tidak lama lagi hari kelahiran dan kematian Baginda S.A.W.
Muhasabah diri, hayati sirah Nabi.

Tahun 2014.

Banyak ujian yang ditimpakan. Rata-rata punya ujian masing-masing. Dari sekecil tempat hingga dunia, semua peringkat ditimpa ujian, ujian yang sangat hebat dan kuat.

Bila difikirkan, ya, Tuhan sedang memanggil kita, memanggil kita untuk kembali padaNya sebelum mana peristiwa akhir zaman dan fitnah terbesar muncul iaitu fitnah Dajjal.

Ya Allah, lindungi kami dari fitnahnya, fitnah dunia, fitnah hidup dan mati mahupun fitnah lelaki mahupun perempuan.

Tahun 2015.

Apa yang bakal berlaku? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Telah diangkat qalam, telah keringlah lembaran.
Berkuranglah kalam, bertambahlah taklifan.
Moga ini mendekatkan diri kepada Tuhan pencipta sekalian alam.

Sekian, post yang ringkas. Sekarang musim sejuk, mahu tinggal sahaja dalam saratoga kalau boleh namun apakan daya, menjadi penggerak agama harus kuat bangkit. Dalam minda ja mungkin mampu

- dalam minda -

Jumpa nanti jika diizinkan masa olehNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------
\
Masa itu terus berlalu,
Sedangkan manusia itu selalu kaku,
Lupa tentang apa yang berlaku,
Lemas dalam kenangan dulu.

Infiru!
Bergeraklah maju,
Terus mengatur langkah menuju Tuhanmu,
Moga kebaikan mengakhiri hidupmu.

Aku ini lemas dalam udara,
Aku ini harus bagaimana?
Kembalilah pada Allah Yang Esa,
Akan dibentangkan jalan olehNya,
Percaya,
Pasti berjaya!

2015, ana gai!












20141223

Gila :D

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Pesan ibuku, aku rindu "
-------------------------------------------------------------------------

Lama sangat tak update blog, lama gila, eh? Orang kata. Semenjak mendapat amanah bahagian penerbitan dan penerangan, banyak asas dalam biro ini yang terpaksa dibina menyebabkan diri sibuk hampir setiap hari, otak dah jadi macam mesin tiap hari ada saja benda pasal kerja akan timbul dan peperangan mula berlaku apabila kejap nak buku kejap nak buka lappy, last sekali buka dua-dua, haha.

Jadi nak kongsi satu cerita pesan dari ibunda satu ketika dulu. Yang menyebabkan daku bila buat apa-apa memang macam orang gila, makan tak tentu dan sebagainya, orang asyik tanya, sihat ka?
Sebenarnya kurang sihat = Gila tapi masih waras :D

---------------------------------------------------------------------------

Meluncur di jalan raya.



Merah. Berhenti.


Ada seseorang sedang mengutip sampah di jalan seberang. Kusut. Lain gayanya bukan seperti orang biasa.

Gila?

Gila-gila betul dia mengutip sampah.

Ya!

Ini kelebihan orang gila. Sentiasa sungguh-sungguh dalam kerja buatnya.

Teringat pesan ibunda. Satu ketika membawanya ke pekan.

Dalam kereta, tiba-tiba,

" Thief, dengar nie, belajar gila-gila, buat apa-apa kena gila, tak boleh tak gila, tau"

Angguk.


Dalam hati, " Ehhh....ok, arahan diterima "

Pesan ibu ringkas tapi ada makna.

Bukan gila yang menggugurkan hukum wajib ke atas diri. Tapi ini gila yang punya makna berguna. Ini gila bermakna tekun dan bersungguh!

Dan misi dari ibunda berjaya dilaksana saat orang berkata,

"Kau memang suka buat kerja gila"

"Ok, kau gila kerja"

Alhamdulillah, masih berada di landasan menuju Ilahi, 
masih tidak terpesong lagi, 
pernah jatuh berkali-kali tapi saya bangkit lagi.

Saya gila.

Ya, gila tarbiyah, gila dakwah, gila muhasabah, gila ilmu dan aku gila rindu Tuhanku.

Masa untuk gila belajar, bulan Exam Fever Campaign kan, apapun niat biarlah untuk Allah dan kerana Allah. Jom menggila dalam menuntut ilmu yok!

Sudi gila dengan daku?



----------------------------------------------------------------------------------

Gila,
satu perkataan saja,
tapi ada banyak makna.

Buat sesuatu,
hingga lupa waktu,
inilah gila bagiku.

Bila alam ini tak punya makna,
ini tanda kau dah gila,
gila akan alam yang sana,
moga kita gila yang ini saja.

-Dr.Magnanimous-








20140810

Sebuah Kekuatan dan Sebuah Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" Harapan manusia, kekuatan Tuhan "


Hari itu, banya perkara yang berlegar dalam kepala.
Banyak harapan yang diterima.

Hati mula berbisik, iman mula menyapa,
" Selama ini kau buat amal kerja kerana apa?
Kerana harapan manusia pada kamu atau kerana Tuhanmu Yang Satu?
Kerana kamu rasa mampu dengan harapan mereka padamu?
Kerana kamu rasa kamu mampu?
Kerana kamu rasa kamu selama ini kuat maka mampu terus kuat?
Kamu lupa. Ya, roh, kamu lupa.
Kamu tidak punya kekuatan kerana kekuatan hanya dari Tuhan! "


Syaitan melarikan pandangan.
Harapan dipersyaitankan!


Terima kasih Tuhan bagi aku kesedaran.
Bahawa aku perlu bersandarkan hanya kepada Tuhan.

Harapan akan cuba kutunaikan seiring amanah yang perlu dilaksanakan.
Rindu aku yang dulu, yang dekat dengan Tuhanku.

Maafkan aku Tuhan, rabun melihat kebenaran.




Warm Up Again?

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" please realize! "


with the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

It's been a long time for me. huh, dush2.

Too long I guess.

many things are mixed up, up and down, been bad, been good

okay, still yet not the best, but it will, one day, insyaAllah!

now, prepare, ready, get the goal, and run happily


looking for the best in the future, and i do believe that i gave the best before, 
not knowing where i'm going in details, but it will clear one day,
yeayh
even Al-Fateh didn't get Constantinople in his first try
so, keep fighting and trying!

but...
i'm not good as Al-Fateh

yup, i'm not good YET,
yet, but i will be,
move on, keep on, hold on,
the sky still blue,
the heart keeps beat, 
and Allah waiting in the hereafter,
cheer up

Ramadan.... :( I am a badddddd girl to it but I miss it and I want it.

Cruel. Yeah, I'm cruel to it, but Mr.Mato said something that made me realize, I'll share it soon, but now, gotta warm up :')


owkay, till now, bye2, anhyeong ~~~
wassalam :3


20140517

Debaran Tahun Baru...



Bismillahirahmanirrahim pemula bicara,
Assalamua'laikum diucapkan untuk semua,
Tahun baru bakal memjelma,
Debaran di hati ana mula terasa.

Berpantunlah pulak ana nie.
Entah paperkan.

Tapi entah kenapa tetiba aje rasa berdebar,
bukan berdebar tapi macam takut gitu...

Masyaallah, tuhan ajelah tahu apa yang ada kat minda ana sekarang nie,apa yang tersembunyi di hati ana ini.

2010
2010
2010

Fuh! Satu tahun yang agak mengerikan ana rasa.

Kenapa?

Kerana tahun depanlah semua benda nak datang menguji diri,minda,kebolehan,ketabahan,kekomitmenan(datang mai mana perkataan nie?), dan yang paling penting, KEIMANAN ana yang tak berapa kuat nie.

Aduyai...kenapalah terasa berat tetiba plak nie. Bile tengok jadual bulan Januari ana, ana rasa macam nak menjerit, aaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Kemungkinan Jumaat Sabtu bulan Januari nie ana tak ada kat rumah, semuanya penuh dengan tamrin. Setiap hari lepas nie,nak kena tumpu sepenuh perhatian kat pelajaran Form 5. Kena buat kerja sekolah plop, lepas tue BADATI, lepas tue Briged Bakti. Nie mesti kes kena balik lewat tiap-tiap hari. Kena berbicara dengan guru-guru penasihat dari semasa ke semasa. Nak pekse SPM plak tue. Wuisshh,banyaknye keje.

Tapi, takpe, ana suka buat keje banyak-banyak. Working is my passion. Betul3.

Sekarang, dah hilang dah rasa takut,berat dan susah. Insyaallah, ana akan jadikan tahun 2010 tahun yang terbaik yang pernah ana jalani selama ana hidup.

Ya Allah, bantulah aku dalam meniti kehidupan ini.
Ya Allah, temanilah aku senantiasa dalam daku menempuh ujian dariMu.
Ya Allah, perbetulkanlah niatku,imanku dan diriku dalam menghadapi hidup selepas ini.

Buat yang terbaik taun depan,insyaallah. Chayok!


Wassalamu wa allahua'lam...

20140110

Aku, Kau dan Mati

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
-------------------------------------------------------------------------


Jauh.

Jauh pandangannya dilemparkan.

"Thief, kau ok?" Mad memecah sunyinya suasana.

Senyum tawar.

"Herm, ok, mungkin, ustaz aku, da selamat 'pergi', Mad"

"Urm, sabar ja, orang Allah sayang selalu Dia ambil awal" Mad menenangkan, mencuba.

"Heee, tahu, sebab tue aku fikir, aku pun nak siapkan diri aku" Senyum.

Semangat, tiba-tiba.

Thief cuba melakar rancangan atas kertas contengan.

"Ok, kau nie kelakar, semangat buat rancangan, jangan tak buat sudah, study jangan lupa, exam dah dekat, jangan asyik menung lama-lama, tapi kan..."

"Apa?"

"Kau pasti ke Dia sayang kau?" Bisik Mad di telinga Thief.

"Tak pasti, tapi aku pasti satu benda"

"Apa?"

"Aku akan mati juga, Surah Ali-Imran, ayat 185, kalau untuk exam kita boleh buat rancangan, takkan untuk mati kita tak nak buat? Mad, exam ada banyak kali tapi mati hanya sekali"

Diam, tunduk, tajam, terduduk.


Aku, kau, mati, takkan terhapus jejak takdir ini, sedia?

-----------------------------------------------------------------------


 Sedia setiap hari,
kau takkan rugi.

Sedia setiap hari,
 walau kau berat hati.

Sedia setiap hari,
bukan pada kuantiti,
namun pada kualiti,
kerana ikhlas nilai hakiki.

Sedia setiap hari,
tampar pipi,
sedarkan diri,
takdir ini,
bukan mimpi.

Sedia setiap hari,
mampu motivasi diri,
walau bukan semangat tinggi,
kerana kau pasti,
kau akan mati.

-Dr.Magnanimous-







20130930

warm up (>_<)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

" faham? maka mulakan! "


with the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

It's been a long time for me. huh, dush2.

Too long I guess.

many things are mixed up, up and down, been bad, been good

okay, still yet not the best, but it will, one day, insyaAllah!

now, prepare, ready, get the goal, and run happily


looking for the best in the future, and i do believe that i gave the best before, 
not knowing where i'm going in details, but it will clear one day,
yeayh
even Al-Fateh didn't get Constantinople in his first try
so, keep fighting and trying!

but...
i'm not good as Al-Fateh

yup, i'm not good YET,
yet, but i will be,
move on, keep on, hold on,
the sky still blue,
the heart keeps beat, 
and Allah waiting in the hereafter,
cheer up

Ramadan.... :( I am a badddddd girl to it but I miss it and I want it.

Cruel. Yeah, I'm cruel to it, but Mr.Mato said something that made me realize, I'll share it soon, but now, gotta warm up :')


owkay, till now, bye2, anhyeong ~~~
wassalam :3


20130609

Rahsia Hati ;)

~✿~✿~✿~
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~✿~✿~✿~✿~✿~

" Tersingkapnya Rahsia Hati "

Oleh : Musafir Mesir, Dr.Itoshi, 30 Rejab 1434 H

PENGENALAN

Perang Tabuk (Bahasa Arab: غزوة تبوك‎) merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir.

Perang ini terkenal dengan nama perang Tabuk, dinisbahkan kepada sebuah tempat yaitu mata air Tabuk, tempat tujuan pasukan Islam (yang tengah bersafar). Asal nama ini terdapat dalam Shahih Muslim, diriwayatkan dari Mu’adz bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Besok kalian insya Allah akan menuju mata air Tabuk, dan sungguh kalian tidak akan mendatanginya hingga matahari meninggi, maka barangsiapa yang telah sampai disana janganlah membasuh dengan air (maksudnya berwudhu untuk solat Zuhur) hingga aku sampai”. (HR Muslim 4/1784)

Ada nama lain untuk perang ini iaitu perang ‘Usrah, dan telah ditetapkan penamaan ini dalam Al Qur’an Al Karim ketika menceritakan tentang perang ini, dalam surat At Taubah, Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Anshar yang mengikuti Nabi dalam masa ‘usrah (kesulitan), setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka” (QS At Taubah : 117)

Al Bukhari meriwayatkan dengan sanad yang sampai kepada Abu Musa Al Asy’ari, beliau berkata, “Sahabat-sahabatku mengutusku menemui Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta sejumlah hewan tunggangan karena mereka telah mengambil bagian dalam perang ‘Usrah, yaitu perang Tabuk…”, dan Al Bukhari memberi judul bab, “Bab Perang Tabuk yaitu Perang ‘Usrah”. 
(Shahih Al Bukhari 5/150 no 4415)

Disebut dengan perang ‘usrah kerana berbagai macam kesulitan dijumpai oleh kaum muslimin, cuaca buruk, jarak tempuh yang sangat jauh, perjalanan yang sulit karena sedikitnya bekal dan ransum yang dibawa oleh kaum muslimin menuju medan tempur, sedikitnya air selama safar yang panjang padahal mereka menghadapi cuaca yang sangat terik, juga sedikitnya harta yang dibawa oleh pasukan, maupun yang diinfakkan untuk mereka. Dalam tafsir Abdur Razzaq dari Ma’mar bin ‘Uqail beliau berkata, “Mereka keluar dengan kenampakan jumlah pasukan yang sedikit, cuaca yang sangat terik, hingga para pasukan terpaksa membunuh unta-unta, kemudian membelah perutnya untuk mengambil cadangan air dalam perut unta tersebut, itulah krisis air yang terjadi waktu itu”

Al Faruq Umar bin Khathab menceritakan beratnya rasa haus yang dialami kaum muslimin waktu itu, “Kami keluar bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menuju medan Tabuk, dalam cuaca terik yang teramat sangat, dan kami merasa teramat haus hingga mengira leher-leher kami akan putus, sampai-sampai jika salah seorang dari kami ingin pergi untuk membuang hajat dan ia tak kunjung kembali, kami mengira lehernya telah putus (karena mati kehausan), dan sampai-sampai seseorang menyembelih untanya (padahal unta adalah harta dan perbekalan perang yang sangat penting ) untuk membelah perutnya kemudian minum cadangan air dalam perutnya tersebut”

Ada nama ketiga untuk perang ini, yaitu Al Fadhahah. Az Zarqaniy rahimahullah meriwayatkan dalam kitabnya “Syarh Al Mawahib”, dinamai demikian karena perang ini menyingkap hakikat kaum munafiqin, membongkar kedok mereka, membuka rencana permusuhan dan kedengkian mereka, serta membuka jati diri mereka yang keji.

Adapun lokasi Tabuk terletak di utara Hijaz, 778 mil dari kota Madinah, dan merupakan wilayah kekuasaan penguasa Romawi waktu itu.

SEBAB TERCETUS AL-GHUZWAH

Ahli Sejarah mengatakan tercetusnya peperangan ini kerana keinginan dari Empayar Rom ketika itu. Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. 

Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.

Namun, Ibnu Katsir berpendapat bahawa sebab peperangan Tabuk yang paling dasar ialah dalam rangka menunaikan kewajiban berjihad (maksudnya memerangi suatu negara/kaum sebagai sarana untuk membebaskan negara tersebut dari peribadatan kepada selain Allah ). 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bertekad untuk memerangi Romawi, karena merekalah kaum yang paling dekat kepada Islam, juga kaum yang paling utama untuk disampaikan dakwah kepada al haq, dan dalam rangka mendekatkan mereka pada Islam dan pemeluknya. 

Allah Ta’ala berfirman “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka merasakan sikap keras dari kalian, dan ketahuilah, bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertakwa” (QS. At Taubah : 123)

Pendapat Ibnu Katsir ini lebih sesuai dari pendapat-pendapat ahli sejarah lain tentang sebab perang Tabuk, karena perintah yang mendasari adanya kewajiban jihad ialah memerangi kaum musyrikin, kemudian jika telah tertunaikan (perang Tabuk dilaksanakan setelah Fathu Makkah), barulah memerangi ahli kitab yang menghambat dakwah Islam dan melakukan provokasi terhadap kaum muslimin.

Namun tidak dinafikan tentang kemungkinan juga apa yang disebutkan oleh para ahli sejarah, bahawa sebab perang Tabuk diawali dari keinginan Romawi untuk memerangi kaum muslimin, dalam rangka mencegah adanya kemungkinan terlepasnya daerah-daerah jajahan Romawi yang lainnya.

Perang Tabuk terjadi ketika kaum muslimin tengah bersiap menghadapi kemungkinan serangan dari wilayah Ghassan, Syam. 

Peristiwa ini terakam dalam Shahih Bukhari, dari hadis Umar bin Khathab yang menanyakan perihal Nabi yang tengah memboikot istri-istrinya selama sebulan. Umar berkata, “Sebelumnya, kami telah saling berdiskusi bahwa Ghassan tengah mempersiapkan kendaraannya untuk memerangi kami. Pada hari dimana seharusnya ia datang, sahabatku seorang Anshar menghadiri majelis lalu kembali menemuiku setelah shalat Isya’, dan mengetuk pintu rumahku dengan sangat keras seraya berkata, ‘Cepat buka!’, maka aku pun segera keluar menemuinya. Ia berkata, ‘Sungguh telah terjadi perkara besar!’. Aku bertanya, ‘Perkara apa? Apakah Ghassan telah datang?’. Ia menjawab, ‘Tidak, bahkan yang lebih besar dari itu. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah menceraikan/mengasingkan diri dengan istri-istrinya…”

TERSINGKAPNYA RAHSIA HATI

Melalui peperangan ini maka tersingkaplah rahsia hati dan tahap keimanan para muslimin ketika itu, ada yang benar-benar ikhlas dan beriman, ada yang menipu, ada yang bertangguh dan sebagainya. Boleh disenaraikan kepada beberapa golongan :

GOLONGAN PERTAMA 

Mereka merupakan golongan yang sentiasa membenarkan dan beriman kepada Allah S.W.T dan Raulullah S.A.W, apabila diisytiharkan berkenaan persiapan untuk berjihad dan infaq fi sabilillah, mereka segera menyahut akan seruan itu.

Terdapat beberapa kisah di sini yang menarik untuk dijadikan pedoman kita semua dalam berjuang harta,nyawa dan tenaga pada jalan Allah S.W.T 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memotivasikan para shahabat untuk berinfaq dalam perang Tabuk, dengan ganjaran yang besar di sisi Allah Ta’ala. Maka berinfaqlah para shahabat, seperti Uthman bin Affan radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman bin Hubab menceritakan tentang infaq Utsman, beliau berkata :

 عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَبَّابٍ قَالَ شَهِدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَحُثُّ عَلَى جَيْشِ الْعُسْرَةِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ مِائَةُ بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ حَضَّ عَلَى الْجَيْشِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ مِائَتَا بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ حَضَّ عَلَى الْجَيْشِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ ثَلَاثُ مِائَةِ بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأَنَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْزِلُ عَنْ الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ مَا عَلَى عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ مَا عَلَى عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ السَّكَنِ بْنِ الْمُغِيرَةِ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ

“Aku menyaksikan Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam memotivasi para shahabat dalam Jaisy Al ‘Usrah (yaitu Perang Tabuk), maka Uthman bin Affan berdiri dan berkata, ‘Wahai Rasulullah! Aku akan memberikan 100 unta lengkap dengan muatan dan pelananya di jalan Allah!’. Lalu Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam memotivasi lagi, dan Uthman kembali berdiri dan berkata, ‘Wahai Rasulullah! Aku akan memberikan 200 unta lengkap dengan muatan dan pelananya di jalan Allah!’. Lalu Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam memotivasi lagi, dan Uthman kembali berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah! Aku akan memberikan 300 unta lengkap dengan muatan dan pelananya di jalan Allah!’. Maka aku melihat Rasulullah turun dari mimbar dan berkata, ‘Tidak ada bagi Uthman sesuatu yang akan menimpanya setelah ini, tidak ada bagi Uthman sesuatu yang akan menimpanya setelah ini’. 
(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi 5/626)

Dari Abdurrahman bin Samurah radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ جَاءَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَلْفِ دِينَارٍ فِي ثَوْبِهِ حِينَ جَهَّزَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَيْشَ الْعُسْرَةِ قَالَ فَصَبَّهَا فِي حِجْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَلِّبُهَا بِيَدِهِ وَيَقُولُ مَا ضَرَّ ابْنُ عَفَّانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ الْيَوْمِ يُرَدِّدُهَا مِرَارًا

“Uthman bin Affan datang kepada Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa 1000 dinar dalam kantong pakaiannya, ketika itu Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam tengah mempersiapkan pasukan dalam Jaisy Al ‘Usrah, maka Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam menerimanya dan berkata, ‘Tidak ada yang dapat membahayakan Ibnu ‘Affan setelah hari ini (yaitu jaminan syurga atas Uthman radhiyallaahu ‘anhu)’, beliau mengulang-ulang perkataan ini” 
(Musnad Imam Ahmad 5/63)

Adapun Umar bin Khattab, beliau bersadaqah dengan separuh hartanya, dan beliau menjangka mampu mengalahkan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhuma. Al Faruq sendiri yang menceritakan, beliau berkata,

 أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا أَنْ نَتَصَدَّقَ فَوَافَقَ ذَلِكَ مَالًا عِنْدِي فَقُلْتُ الْيَوْمَ أَسْبِقُ أَبَا بَكْرٍ إِنْ سَبَقْتُهُ يَوْمًا فَجِئْتُ بِنِصْفِ مَالِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ قُلْتُ مِثْلَهُ قَالَ وَأَتَى أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِكُلِّ مَا عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ قَالَ أَبْقَيْتُ لَهُمْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قُلْتُ لَا أُسَابِقُكَ إِلَى شَيْءٍ أَبَدًا

“Rasululllah sallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami pada suatu hari untuk bersadaqah, dan waktu itu aku tengah memiliki sejumlah harta, maka aku berkata, ‘Kalau ada satu hari dimana aku bisa mengalahkan Abu Bakar, inilah harinya”. Maka aku datang dengan membawa separuh dari hartaku, maka Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Apa yang engkau nafkahkan kepada keluargamu?’, aku jawab, ‘Sejumlah itu (karena beliau membagi separuh hartanya )’. Kemudian datang Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu membawa semua yang dia miliki, dan Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya, ‘Apa yang engkau sisakan untuk keluargamu?’, Abu Bakar menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk mereka, Allah dan Rasul-Nya’. Aku pun berkata, ‘Tidak akan pernah aku mengalahkan Abu Bakar selama-lamanya’”. 
(Sunan Abi Daud 2/312 dan 313, no. 1678)

Diriwayatkan bahwa Abdurrahman bin Auf berinfaq dengan 2000 dirham, dan itu adalah separuh dari harta yang beliau miliki saat itu, untuk keperluan perang Tabuk
 (lihat As Sirah fi Dhau’ Al Mashadir Al Ushuliyah hal. 616)

Juga diriwayatkan bahwa sahabat lainnya berinfaq dalam jumlah yang besar, seperti Al ‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib, Thalhah bin ‘Ubaidillah, Muhammad bin Maslamah, dan ‘Ashim bin ‘Adi radhiyallahu ‘anhum
 (lihat Al Maghazi Al Waqidi 3/391)

Tidak ketinggalan, para sahabat yang berasal dari golongan fuqara’, mereka juga menyumbangkan apa yang mereka miliki. Hal ini kemudian menjadi bahan  sindiran dan ejekan kaum munafiqin. Alkisah, Abu ‘Uqail datang dengan membawa setengah sha’ kurma, kemudian kaum munafiqin datang dengan membawa infaq yang lebih banyak, dan berkata, “Sungguh Allah tidak ingin atas sadaqah sesedikit itu, tidaklah orang berinfaq sedemikian rupa melainkan hanya untuk riya’”. Kemudian turun ayat :

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ

“(Orang-orang munafik itu) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya”  (QS. At Taubah : 79)

Maka setelah turun ayat tersebut, mereka ganti berkata, “Tidaklah (Abdurrahman) Ibn ‘Auf bersedekah melainkan karena riya”. Mereka pun mempermasalahkan sadaqah orang-orang kaya dengan sebutan riya’, dan mengejek sadaqah orang-orang faqir.

Maka bersedihlah para fuqara’ dari kalangan mukminin, karena mereka tidak memiliki harta yang dapat digunakan untuk berjihad. Adalah ‘Ulbah bin Zaid, ia solat malam dan menangis dalam solatnya, beliau berkata, “Ya Allah sungguh Engkau telah perintahkan aku untuk berjihad, dan aku sangat ingin untuk itu, namun tidak Engkau jadikan di sisiku ini apa yang dapat membantuku dalam memperkuat kedudukan Rasul-Mu”. Maka hal ini pun sampai kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau mengabarkan bahwa ‘Ulbah telah diampuni. (diriwayatkan dari jalur yang lemah, namun terdapat beberapa syahid yang shahih, lihat Al Mujtama’ Al Madani lil ‘Umari hal. 235)

Dalam kisah ini dapat dipetik pelajaran tentang keikhlasan, dan cinta akan jihad dalam rangka menolong agama Allah dan menyebarluaskannya. Terdapat juga faedah betapa lembutnya Allah terhadap kaum dhu’afa dari kalangan mukminin, yang mereka sangat bersemangat untuk beramal
 (lihat Muhammadur Rasulullah, Shadiq ‘Arjun 4/443)

Ada pula sebagian sahabat yang menyumbangkan tenaga. Kaum ‘Asy’ariyun dipimpin oleh Abu Musa Al Asy’ari meminta kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, sejumlah unta dan kendaraan agar dapat turut serta dalam jihad. Namun tidak ada unta yang dapat dinaiki dan berselang beberapa waktu, akhirnya mereka memperoleh tiga ekor unta. (lihat Al Mujtama’ Al Madani hal. 236)

GOLONGAN KEDUA

Golongan kedua ialah golongan munafik yang meminta izin untuk tidak pergi berjihad dan merasa gembira dengan tindakannya itu dan dirakamkan dalam ayat 81 surah At-Taubah.

Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah telah menegur perbuatan Rasulullah itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran:

فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ 

"Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui." 
(Surah At-Taubah,ayat:81)

GOLONGAN KETIGA

Golongan ketiga ialah golongan yang betangguh-tangguh untuk pergi sehingga akhirnya tertinggal daripada mengikuti peperangan dan dihukum pulau selama 50 hari, antaranya ialah Kaab bin Malik r.a.

Kisah Kaab bin Malik agak panjang, insyaAllah akan sama-sama kita layari dalam rangka artikel yang lain bagaimana kisah terasa dunia ini sempit kerana perbuatannya ini dan pengampunan dari Allah S.W.T terhadap mereka yang benar-benar bertaubat. Dikhabarkan dalam surah At-Taubah,

وَعَلَى الثَّلاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الأرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ 
"dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja." 
(9:118)

GOLONGAN KEEMPAT

Golongan yang sedih dan menangis kerana tidak dapat mengikuti nabi s.a.w. dalam perang tabuk. Mengenai segolongan kaum mukminin yang lemah, sakit, dan tidak mampu berangkat jihad, Allah Ta’ala berfirman :

لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ وَلَا عَلَى الْمَرْضَىٰ وَلَا عَلَى الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ

“Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu”. lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.” (QS. At Taubah : 91-92)

Ibnu Abu Hatim mengetengahkan pula hadis lainnya melalui Aufi dari Ibnu Abbas r.a. yang menceritakan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. memerintahkan orang-orang untuk bersiap-siap berangkat ke medan perang bersamanya. Maka datanglah segolongan dari para sahabat yang di antara mereka terdapat Abdullah bin Ma`qal Al-Muzanniy. Lalu Abdullah bin Ma'qal Al-Muzanniy berkata, "Wahai Rasulullah! Bawalah kami berangkat." Rasulullah saw. menjawab, "Demi Allah, aku tidak mempunyai bekal yang cukup untuk membawa kalian." Maka mereka pergi dari hadapan Rasulullah saw. seraya menangis karena kecewa tidak dapat ikut berjihad; mereka tidak mempunyai biaya untuk itu dan tidak pula mempunyai kendaraan. Maka tidak lama kemudian Allah S.W.T menurunkan firman-Nya, "Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberi mereka kendaraan..." (Q.S. At-Taubah 92) Nama-nama mereka itu telah disebutkan di dalam kitab Al-Mubhamat. 

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga ada bersabda tentang kelompok yang tertahan dari jihad :

إِنَّ أَقْوَامًا بِالْمَدِينَةِ خَلْفَنَا مَا سَلَكْنَا شِعْبًا وَلَا وَادِيًا إِلَّا وَهُمْ مَعَنَا فِيهِ حَبَسَهُمْ الْعُذْرُ

“Sungguh di Madinah terdapat kaum yang tidak ikut berperang, tidak ikut mendaki bukit, menuruni lembah, namun mereka bersama kalian (dalam pahala -pent).” Maka para shahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, mereka ada di Madinah?”. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mereka ada di Madinah, tertahan karena ada udzur” (HR Bukhari dalam Kitab Al Maghazi, no. 4423)

GOLONGAN KELIMA

Golongan kelima ialah golongan yang asalnya bertangguh untuk pergi berperang tetapi kemudian sedar dan tanpa lengah menyertai nabi s.a.w. di pertengahan jalan seperti Abu Khaitsamah.

Kisah mereka tercatat seperti berikut:
Thabarani, Ibnu Ishaq dan Al Wakidi meriwayatkan bahwa setelah Rasulullah saw berjalan beberapa hari, Abu Khaitsamah kembali kepada keluarganya di hari yang sangat panas sekali. Kemudian dia disambut oleh kedua istrinya di dua kemahnya yang terletak di tengah kebunnya. Masing-masing dari keduanya telah menyiapkan kemahnya dengan nyaman lengkap dengan air sejuk dan makanan yang tersediakan. Ketika masuk di pintu kemah dia melihat kedua istrinya dan apa yang telah mereka persiapkan, kemudian dia berkata:

"Rasulullah saw berjemur di terik matahari dan diterpa angin panas, sedangkan Abu Khaitsamah bersantai ria di kemah yang sejuk, menikmati makanan yang tersedia dan bersenang ria dengan wanita-wanita cantik? Demi Allah, ini tidak adil!“

Selanjutnya dia berkata: “Demi Allah, aku tidak akan masuk kemah salah seorang di antara kalian sehingga aku menyusul Rasulullah saw.“

Kemudian istrinya pun menyiapkan perbekalan. Ia berangkat mencari Rasulullah saw dan berhasil menyusulnya ketika Nabi saw turun di Tabuk. Ketika Abu Khaitsamah semakin mendekati kaum Muslimin, mereka berkata: "Ada seorang pengendara yang datang.“ Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Ia adalah Abu Khaitsamah!“.

Mereka berkata: "Wahai Rasulullah saw, ia memang Abu Khaitsamah.“ Setelah turun dari kendaraannya. Abu Khaitsamah menghadap kepada Rasulullah sa. Sabda Nabi saw kepadanya: “Engkau mendapatkan keutamaan wahai Abu Khaitsamah.“ Setelah Abu Khaitsamah menceritakan masalahnya, Rasulullah saw berdo‘a untuk kebaikannya.

PERISTIWA DI TABUK

Sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. 

Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.

Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka.

Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:

Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam

Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa

Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.

Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

Tentera Islam berada di sana selama 20 hari.

SUMBER

Ghazwat Ar Rasul shallallaahu ‘alaihi wa sallam Durus wa ‘Ibar wa Fawaid, Ali Muhammad Ash Shalabi hal. 312-317

http://ismiatiqah.blogspot.com/2010/10/ibrah-dari-perang-tabuk.html

http://yhougam.wordpress.com/2013/01/06/perang-tabuk-bagian-ii-infaq-para-sahabat/#comment-351

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tabuk

Oleh,
Musafir Mesir @ Dr. Itoshi
30 Rejab 1434 H

20130606

Peristiwa Isra' Mi'raj ;D


~✿~✿~✿~
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~✿~✿~✿~✿~✿~

" melihat ibrah mencari hikmah "



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.



Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),



Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.



07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

- Artikel iluvislam.com