بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
" Harapan manusia, kekuatan Tuhan "
Hari itu, banya perkara yang berlegar dalam kepala.
Banyak harapan yang diterima.
Hati mula berbisik, iman mula menyapa,
" Selama ini kau buat amal kerja kerana apa?
Kerana harapan manusia pada kamu atau kerana Tuhanmu Yang Satu?
Kerana kamu rasa mampu dengan harapan mereka padamu?
Kerana kamu rasa kamu mampu?
Kerana kamu rasa kamu selama ini kuat maka mampu terus kuat?
Kamu lupa. Ya, roh, kamu lupa.
Kamu tidak punya kekuatan kerana kekuatan hanya dari Tuhan! "
Syaitan melarikan pandangan.
Harapan dipersyaitankan!
Bahawa aku perlu bersandarkan hanya kepada Tuhan.
Harapan akan cuba kutunaikan seiring amanah yang perlu dilaksanakan.
Rindu aku yang dulu, yang dekat dengan Tuhanku.
Maafkan aku Tuhan, rabun melihat kebenaran.
No comments:
Post a Comment