بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
" Hidayah itu kena tadah, lepas tadah jangan buat tak endah "

-------------------------------------------------------------------------------------------
Uish, berhabuk sudah blog ni (>_<)
Lama tinggalkan. Sibuk dengan amanah lain di bumi Mesir yang penuh dengan habuk dan juga mutiara ni, hoho. Apapun alhamdulillah, Allah bagi kesempatan semula untuk menulis kembali di sini, alhamdulillah!
Tadi terjumpa kata-kata al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
" Bulan Ramadan ini disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja. Justeru, BERSIHkanlah kan hati untuk menadah hidayah di bulan Ramadan."
Deep, haha.
Itulah yang terlintas saat terbaca.
Walaupun dah melepasi bulan Ramadan, tetap kata-kata itu berbekas di hati. Yelah, hidayah mungkin mencurah ketika bulan mulia Ramadan namun hidayah tetap ada pada bulan yang lain. Nak kena tadah dengan hati tapi hati kena bersih. Terus teringat hadis 27 daripada hadis arbain Imam Nawawi, berkenaan mintalah fatwa dari hatimu. Sungguh hati kita tahu apa itu dosa, dosa ialah bilamana kita berasa tidak selesa dengannya. Mana mungkin hati kita dapat merasakan kebenaran andai ia dikotori dengan dosa dan keburukan.
Maka isunya sekarang ialah, kita isi hati kita dengan apa?!
Dush dush.
Bertalu-talu juga kena tembak sewaktu usrah tadi.
Kemudian ada sahabat menulis, katanya,
"Takut dah tadah dgn tempayan, tapi tempayan bocor"
Benar sekali.
Sedih juga kerana itulah kenyataan diri ini juga.
Tapi cepat-cepat ada suara memujuk, katanya kalau bocor tampallah.
Lalu muncullah memori berkenaan kintsukuroi, a Japanese art that repair poetry with gold and imply that the piece is more beautiful for being broken.
Jadi, jom baiki diri!
Yosh, fighting!
Masuk bab habuk skit, kebelakangan ni kuat orang sebut-sebut perkataan murabbiah. Waktu kecik dulu orang duk sebut-sebut ustazah. Nak marah tapi tak ada sebab. Nak sedih memang sedih sebab kenyataannya hanya Allah yang tahu. Nak gembira memang tak sebab perkataan tu bukan perkataan yang main-main tapi datang dengan seribu tanggungjawab, salah buat salah cakap jadi ikutan orang jadi panduan orang. (T_T) tak nak tak nak tak nak tapi andai itu takdir kau, kau nak kata apa?
Bukan kau minta. :(
Beratnya pikul amanah posisi ni Allah yang tahu.
Tapi, kena ingat, kalau itu harga syurga, susah mana, payah bagaimana, kena redah, kena kuat juga. Allah ada, Allah bantu, Allah pandu, Allah izin, insyaAllah kheir. Moga akhirnya hidup ini dalam Islam dan iman.
Walau rasa diri ni umpama habuk, tapi habuk mampu buat orang yang sensitif kulitnya mendapat allergic reaction dan terkadang mampu menyebabkan mata berair jika termasuk ke dalamnya. Habuk pun mampu memberi kesan kepada manusia, maka seharusnya kau juga begitu!
Besar atau kecil impak nombor dua, yang penting kau usaha atau tidak.
So, after asking Allah the right path, start to move, the path won't get shorter by waiting for something else to push yourself forward, it's you who need to move forward.
Habuk pun habuklah. Asal membawa kepada Allah.
Semoga jalan kau terus lurus dengan hidayahNya!
Oh, sebelum next post, please baca buku dan al-Quran banyak sikit, sapu habuk-habuk dalam otak, kembalikan ilmu-ilmu yang pernah isi dulu okay.
Wassalam.